UM, UIA, UTM Universiti Terbaik

Tiga universiti awam mendapat pengiktirafan sebagai universiti terbaik dalam kelas masing-masing daripada 17 institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikaji taraf kualitinya.

Universiti MalayaUniversiti Malaya (UM) mendahului dalam kategori universiti penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mendapat tempat teratas dalam kategori universiti umum dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tempat pertama dalam kategori universiti khusus.

Universiti Islam AntarabangsaBerdasarkan markah keseluruhan enam bidang yang dikaji, Universiti Malaya memperolehi 5 mata atau cemerlang, Universiti Islam Antarabangsa mendapat 4 mata atau sangat baik dan Universiti Teknologi Malaysia mendapat 3 mata atau baik.

Keputusan ini, yang pertama kali diumumkan, hasil penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) selama dua tahun yang diselia oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Universiti Teknologi MalaysiaKetika mengumumkan keputusan tersebut hari ini di kementeriannya di Putrajaya, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penarafan ini bertujuan mengukur mutu, kebertanggungjawaban dan prestasi IPT.

Setara bermula dengan data yang dikutip dan dianalisis dalam projek rintis pada 2005 di 16 IPT dan penilaian tarafnya dijalankan setahun kemudian. Kajian pertama sistem itu pula pada 2007 yang dibuat di 17 IPT awam dan melibatkan data-data tahun sebelumnya.

Satu pasukan tujuh anggota yang diketuai profesor Dr Che Husna Azhari dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaksanakan Setara dan urusetianya di MQA. Sistem Setara ini berasaskan enam bidang utama yang mengandungi 87 pengukur hasil perundingan dengan semua universiti tempatan.

Malaysian Qualification AgencyMohamed Khaled berkata, sistem ini berbeza dengan kaedah yang diguna pakai oleh Times Higher Education Supplement (THES). Domain yang mereka pakai antaranya ialah peer review (semakan rakan sejawat) dan persepsi majikan yang kebanyakan berdasarkan kepada persepsi, berbanding sistem kita lebih komprehensif yang menggunakan enam domain yang mengandungi 87 indikator.

Dalam kategori universiti penyelidikan, tempat kedua jatuh kepada Universiti Putra Malaysia dan ketiga Universiti Kebangsaan Malaysia dengan masing-masing mendapat 4 mata.

Bagi kategori umum, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Sabah masing-masing mendapat 4 dan 3 mata masing-masing.

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dan Universiti Pendidikan Sultan Idris masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga bagi kategori universiti khusus dengan kedua-duanya mendapat 2 mata atau memuaskan.

Mata 1 yang paling bawah dikategorikan sebagai lemah, diikuti memuaskan, baik, sangat baik, cemerlang dan terbilang (6 mata).

Mohamed Khaled berkata, keputusan lengkap kajian ini tidak didedahkan kepada media, sebaliknya diserahkan kepada IPT untuk tindakan.

31 thoughts on “UM, UIA, UTM Universiti Terbaik

  1. UTM? lebih baik dari USM? UiTM?

  2. cmne nk tau subjek yang ade dlm universiti??

  3. Elin,

    Anda boleh rujuk laman web universiti berkenaan.

    • mutiara_harnani says:

      assalamualaikum..saya pelajar uitm mengambil jurusan diploma business study..sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran ke UIA dengan mengambil jurusan undang2 atau undang2 syariah.. bagaimana cara untuk saya memohon..?adakah saya layak untuk memohon jurusan tersebut dan bagaimana kelayakan untuk memohon..?

  4. Arjuna Lara says:

    Sijol STPM 2006 bleh guna lg tak utk apply IPTA?

  5. Arjuna Lara,
    Boleh, anda sepatutnya memohon di bawah kategori Diploma. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

  6. hah.. tak tau apa kata Naib Canselor USM dgn keputusan ni.. eloklah. supaya USM menilai kembali kelemahan diri…

    (walaupun student USM, tak suka sikap bangga membuta uli dgn APEX.)

  7. salam..
    blh tahu tak apa perbezaan pure fizik dan fizik industri???

  8. salam…nak tahu,, apa ya beza antara pure fizik dan fizik industri?

  9. none of them is an APEX U. It’s USM.

  10. salam.. sy baru lepas matrikulasi
    dapat offer kos farmasi di USM..
    bila kah mase yg sesuai utk memohon biasiswa?
    adakah selepas mendaftar di USM atau sebelum?

    • Salam… sebenarnya anda boleh memohon biasiswa apabila tawaran permohonan untuk biasiswa tersebut dibuka. Tarikh tawaran permohonan adalah berbeza mengikut pihak yang menawarkan biasiswa tersebut.

  11. sekiranya bidang farmasi, UM adalah yg terbaik? atau USM? atau dimana2 sahaja sama? kerana mengikut artikel diatas, UM mencapai tahap 5 dlm RnD….

    • kalau farmasi, sila pilih USM, itu yang terbaik dalam Malaysia…kalu medicine and dentistry, anda bole pilih UM….graduan farmasi lulusan USM adalah yang terbaik so far in term of their clinical knowledge (this assumption is based on my experience and from others too) because they are well-trained by experienced lecturers and well-know pharmacy specialists in Malaysia….BTW, congratulation and welcome to the best school of pharmacy in Malaysia…

      • Terima kasih dengan maklumat tersebut.

      • well… history is history..today is not a history

        • yes, history is history but to choose good university is not solely based on ranking…trust me…prospective students should look at the faculty not university…that’s why i said to do medicine/dentistry, choose UM because their lecturers are more experienced and their degrees are recognised by singapore…same with USM pharmacy degree..also recognised by singapore pharmacy council…at least there is recognition by other…anyway.it’s up to you to choose but better choose wisely for your own future…

  12. hanisdzulkifli says:

    salam sume.. bila tarikh nk apply acholarship ek?

  13. congrat..sy bangga sbagai pelajar UIA~

  14. no matter how good is the university… the most important is the student itself .. if just look at the ranking of what faculty of what university .. this mean that you are not improving yourself by just hope for the faculty ranking.. what a bad attitude..we learn to be better , and we share the knowledge as a human..
    but, it's good to compete.. not to compare!!!
    WELL DONE UM… keep on improving it's ranking..this is what we call a " moving machine".. congrats UM.

  15. aiyaa…capable_top..u u_malaya punya org ke?
    cakap malaya saja la…mau tau apa itu beza uia studs dgn lain2 u aa..?their english looo..itu budak belajar agama pun english tip-top juga…
    jgn mara aaa….saya punya cousin bkn melayu juga ada sana study uia..dia crita ini..saya pun ada kawan uia kenal2..

    heeee..saya pun u_malaya punya org juge.jgn mara aaa..
    gurau saje…go UM go!

  16. MOJEED QUADRI says:

    salaam, let the forum a bit interesting by using english language

  17. UM, USM n UKM..yg mana lg baik dlam course bisnes?

  18. universiti mane yg terbaik untuk perakaunan????

    • for accounting among the best universities are UIAM and UiTM…or else if you are qualifed enough, you can do chatered accounting…that is a professional course…t]

  19. adakah sains sukan di uM lebih drpd uitm…dan apakah kelebihan uM dlm bidang sains sukan..dan pasaran kerja mudah dpt atau tidak

  20. if i want to be a psychiatrist what course is the best for me after spm…should i continue matriculation or form 6 or university…i got headache think about it…how about pediatrics?how's the job?…i would like to ask is there any counselor in hospital…a doctor that will help trauma's patients..what course is the best ..is it easy for me to got a job..

  21. salam, nak tanya. utk course acc fr degree univrsity mana yg better. yg certificate nya diluluskan MIA. Utm okay tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.