5,320 Dipilih Ke MRSM Untuk 2009

Seramai 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan memasuki 40 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara penghujung bulan depan, meningkat sebanyak 300 pelajar berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata jumlah tempat yang terhad itu, berbanding jumlah permohonan yang diterima berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke MRSM.

“Pertambahan 300 orang pelajar itu kerana terdapat dua kolej baru sudah dibuka iaitu masing-masing di Bentong, Pahang dan Betong, Sarawak. Kolej itu masing-masing akan menerima 150 orang pelajar baru.

“Mara menerima banyak permohonan, tetapi kerana faktor tempat yang terhad menyebabkan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti saja layak memasuki MRSM bagi memastikannya kekal sebuah institusi yang unggul,” katanya.

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Selain MRSM, sebanyak 6,100 lulusan UPSR turut berpeluang memasuki SBP Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Nam berkata, MRSM adalah antara institusi pendidikan dikenal pasti menjadi pilihan utama lulusan cemerlang UPSR dan PMR untuk melanjutkan pelajaran, selain sekolah berasrama penuh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, surat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM akan diedarkan pada pertengahan bulan depan dan pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri di MRSM seperti ditawarkan pada penghujung bulan yang sama.

“Bagaimanapun, kami akan memberi keutamaan kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, permohonan kali kedua hanya boleh dibuat jika adanya kekosongan selepas proses pendaftaran kemasukan pelajar baru selesai dilakukan.

“Pemohon boleh membuat rayuan kerana kalau ada kekosongan kita akan menawarkan tempat di MRSM. Kebiasaannya akan berlaku banyak kes pelajar menolak tawaran yang kita berikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TERKINI
Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak mulai 30 Januari 2009.

Reblog this post [with Zemanta]

102 thoughts on “5,320 Dipilih Ke MRSM Untuk 2009

  1. Kids are getting smarter…

  2. macamna nak check keputusan permohonan ke tingkatan 1 MRSM

  3. bagaimana nak check secara on-line keputusan permohonan kemasukan ke MRSM untuk ting 1 2009

  4. 6pintar_gurl says:

    sy tgh tunggu kputusan upkk. arap2 baik ar. doakan sy spy dpt 5a1 dalam upsr tahun ni ek! smg sy dpat masuk mrsm!!!

  5. Saya mndpt 4a1b dlm UPSR.Saya juga telah mndpt gred b dlm subjek sains. Adakah saya layak diterima SBP?

  6. Bila keputusan temuduga di MRSM Kota Putra akan diumumkan dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan tersebut. Saya amat memerlukan perhatian segera dari pihak tuan kerana ini membabitkan sekolah lain dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pendaftaran, sekian terima kasih.

  7. Zana dan Raja Mala,
    Anda boleh menghubungi MARA Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk menyemak keputusan permohonan.

    6 Pintar,
    Usaha Tangga Kejayaan

    Alia,
    Mereka yang mendapat 5A mempunyai peluang lebih cerah untuk dipilih.

  8. blh tak saye nak tkr sekolah dari sbp ke mrsm?

  9. Hafiz,
    SBP dan MRSM ditadbir oleh dua pihak yang berbeza. Oleh itu pertukaran adalah agak sukar.

  10. Haziq_hamzah says:

    maafkn sy,,
    mcm mne sya nk check kputusan permohonan ke MRSM utk ting 4 secra online?

  11. Haziq,
    Tahun ini pihak MARA belum lagi menyediakan kemudahan semakan online tetapi pautan tahun lepas masih boleh dilayari iaitu Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 dan Keputusan Kemasukan Tingkatan 4.
    Harap ada sesiapa yang boleh memberitahu samada ia boleh digunakan untuk menyemak keputusan kemasukan 2009.

  12. Berapa haribulankah keputusan kemasukan murid tingkatan satu diumumkan? Dan bolehkah diperolehi melalui online?

  13. Ainiilyas,
    Sila rujuk jawapan saya kepada Haziq.

  14. klu saya menolak tawaran sbp, peluang saya untuk memasuki mrsm ade? andainye saye tidak dpt tawaran ke mrsm, boleh kah saya membuat rayuan? saya amat berminat memasuki mrsm kerana saya ingin mengikut jejak abg saya.

  15. Salam…
    Kepada sesiapa yg telah berjaya memasuki mana2 MRSM,
    saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah!!
    Selamat Maju Jaya!!

  16. Hafiz,
    Jika anda telah menerima tawaran SBP, biasanya nama anda telah dikeluarkan daripada mereka yang akan dipertimbangkan untuk MRSM. Saya nasihatkan anda berhubung terus dengan MARA Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk menyatakan hasrat anda dan bertanya mengenai proses rayuan.

  17. Salam.. Nilam, sesiapa yg telah ditawarkan untk masuk ke MRSM memang xkan ditawarkan ke mana-mana SBP/SBPI lg ke?
    T.k

  18. Assalamualaikum,nilam..
    bile keputusan ke ting 1 mrsm secara online akan dkeluarkan?

  19. Aisyah,
    Waalaikumsalam… tahun ini nampaknya belum ada lagi. Laman web tahun lepas pun dah tak boleh masuk. Setakat ini samada tunggu surat tawaran atau terus telefon pihak MARA untuk mengetahui keputusannya.

  20. Memandangkan jumlah yang begitu ramai untuk memasuki MRSM. Maka diharapkaan tiada pilih kasih atau pilih bulu, adil dan saksama. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

  21. danial aliff says:

    tahun lepas boleh semak kemasukan pelajar tingkatan 1 ke mrsm secara online.
    kenapa tahun ni tak boleh?

  22. Khaza,
    Harap begitulah. Tahniah kepada mereka yang berjaya.

    Danial Aliff,
    Saya pun tak tahu setakat ini memang tak dapat semak online.

  23. mira_zaid96 says:

    pada borg sbp..saye minta aliran agama..
    bagaimana nak tukar pada aliran sains?
    bagaimana nak tahu samada saya dapat mrsm atau sbp ke tidak???
    mengapa ada 1 sahaja mrsm di selangor???
    YG MENGHARAP~

  24. kalau saya telah ditawarkan ke SMKA yang ditadbir oleh JAPIM , bolehkah saya mendapat tawaran ke MRSM????

  25. Mira_Zaid96,
    Permohonan SBP adalah melalui sekolah, sila rujuk dengan guru yang berkenaan untuk bantuan.
    Pengambilan pertama SBP Tingkatan 1 telah pun mendaftar, manakal difahamkan proses temuduga untuk pengambilan kedua telah pun dijalankan. Anda dinasihatkan berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, KPM untuk maklumat lanjut.

    Manakala bagi MRSM ada yang telah mendapat surat tawaran. Semakan secara online dijangka boleh dibuat pada hujung bulan ini atau anda boleh terus menghubungi MARA Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah).

    Raja Amir,
    SMKA bukan di bawah SBP, jadi anda masih berpeluang mendapat tempat di MRSM.

  26. mengapa pihak mrsm kurang memberi perhatian kepada pelajar bandar ting 3 yang ingin memasuki mrsm?tidakkah ini membuatkan pelajar bandar berasa tidak adil?harapan saya adalah saya ingin memasuki dan menimba ilmu di mrsm..cuba pertimbangkan..terima kasih

  27. tolong pertimbangkan kemasukan pelajar bandar ting4 ke mrsm…

  28. assalamualaikum nilam
    bagaimana saya ingin check keputusan kemasukan tingkatan satu secara online?
    saya minta supaya nilam jawap secepat yang mungkin
    terima kasih…..

  29. safia afiqah says:

    bagaimana hendak menyemak keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 2009 ke mrsm?

  30. Saya,
    Sememangnya keutamaan diberi kepada pelajar luar bandar, walaupun begitu pelajar bandar juga berpeluang untuk memasuki MRSM jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

    Tirah1406,
    Waalaikumsalam… Semakan dijangka boleh dibuat pada minggu hadapan.

    Safia Afiqah,
    Semakan boleh dibuat minggu depan dan cara semakan akan diberitahu pada masa yang sama.

  31. pening lar..mula2 ckp semakan online akhir bulan januari..pastu awal bulan 2 plak..

  32. diminta pihak mara memberi peluang kepada saya untuk memasuki mrsm kerana telah menjadi impian saya untuk memasuki sekolah ini sejak dari dulu lagi…minta dipertimbangkan..

  33. Fatin,
    Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM sudah boleh dibuat mulai hari ini. InsyaAllah anda akan berjaya.

  34. […] beliau hanya seramai 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan dipilih untuk memasuki 40 MRSM di seluruh negara penghujung bulan Februari ini, meningkat sebanyak 300 […]

  35. adik saya skrg mmg belajar di mrsm…td dia ckp ada kwn2 dia dh tau dpt mrsm mane utk ke msrm bg tgkatan 4…bila sy bukak web mara…ada smakan utuk tngkatan 4…tp adik sy x berjaya…yg musykilnyer…kwn2 dia check guna no.giliran…kt lmn web mara tu….hanye key in no IC…mcmaner tu?atau ada laman web khas utk pljar mrsm?

  36. m3ll,
    Saya tidak tahu pula ada laman web lain yang boleh semak guna nombor giliran. Mungkin mereka menelefon pihak MARA.

  37. Saya ingin membuat rayuan pertukaran mrsm tahun 1 2009,kerana saya dapat mrsam di langkawi dan saya tinggal di kuala lumpur,bagi saya amat jauh dan sukar utuk ke langkawi,memandangkan cost dan saya dari keluarga yg sederhana.Macam mana cara untuk saya membuat pertukaran.Dan kawan 2 saya dari Kuala Lumpur ramai yg dapat di Kuala Kubu dan Negeri Sembilan.Tolong saya jawab soalan ini Terima Kasih.

  38. Hana,
    Penempatan MRSM adalah muktamad tetapi anda boleh memohon dengan Pengetua MRSM Langkawi selepas mendaftar nanti. Permohonan pertukaran akan diproses jika terdapat kekosongan di MRSM yang dipohon.

  39. ye..ha.. akhirnya aku berjaya gak masuk mrsm tingkatan 4 selama empat tahun menanti…..

  40. boleh tak saye nk buat rayuan ke mrsm?

  41. Abg Cilok,
    Tahniah kerana berjaya tetapi anda hendak merayu mengenai apa?

  42. amirul azrai says:

    assalam…bilakah tarikh lapor diri bagi mereka yang mendapat tawaran ke MRSM Pekan dan MRSM Bentong? TQ

  43. Amirul,
    Mereka yang dapat MRSM Pekan dan MRSM Bentong boleh membantu memberitahu Amirul di sini.

  44. amirul azrai says:

    assalam…tetapi di sini tiada pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM bentong n pekan…i mean this website…adakah sama tarikh bagi setiap MRSM di Malaysia iaitu 10.2.09?

  45. Amirul,
    Waalaikumsalam… harap sesiapa yang tahu mengenai tarikh pendaftaran tersebut dapat berkongsi maklumat di sini. Setakat ini tarikh yang disebut oleh mereka yang berjaya ke MRSM adalah 10 Februari, mungkin semua MRSM sama.

  46. Setahu saya MRSM Bentong belum diberitahu tarikhnya coz tu MRSM baru, so mungkin lewat sikitlah daftar. Anak saya dapat kat situ.

  47. Dda,
    Terima kasih..

  48. bila tarikh masuk mrsm bentong?

  49. amirul azrai says:

    MRSM Bentong mungkin dibuka pada bulan Mac ini…

  50. Amirul,
    Terima kasih.

  51. budak _menunggu_surat! says:

    ha asmeykum..
    tumpang bertanyer..
    sy sdah chek name sy secra on9..
    dan sy berjaya ke mrsm pekan..
    soalan saya..
    bile kah agaknyer surat tawaran akan smpai ke rumah sy?
    trima kasih…

  52. ble tarikh daftar ke mrsm pekan?mcamana nak hubungi mrsm tersebut.

  53. amirul azrai says:

    wassalam budak _menunggu_surat!

    saya juga diterima di mrsm pekan..kemungkinan pihak mara hanya menghubungi kita dan tidak menghantar surat tawaran…maaf jika tersilap…

    ayumiesan,
    daftar di mrsm pekan mungkin pada awal bulan 3…mrsm tersebut masih tidak boleh dihubungi kerana masih dalam pembinaan dan kemungkinan akan dibuka pada bulan 6 tetapi mengikut maklumat, pelajar yang mendapat ke MRSM pekan akan menumpang di MRSM bentong dahulu sehingga MRSM pekan Siap sepenuhnya…tq..maaf jika tersilap maklumat…saya juga merupakan pelajar yang akan memasuki MRSM pekan…

  54. amirul azrai says:

    MRSM pekan masih tidak boleh dihubungi tetapi anda boleh menghubungi pengetua MRSM bentong di e-mel: myusoff@mara.gov.my / myusoff@mail.mara.gov.my

  55. Amirul Azrai,
    Terima kasih sekali lagi, anda banyak membantu.

  56. BILA KEPUTUSAN PEGABILAN KEDUA MRSM KELUAR

  57. salam..
    sy bleh twrn mrsm bentong..
    urm..confirm kew pndaftaran awl bln 3 nie???
    hrp sesape dpt membantu..=)

  58. Haziqah dan Liyana,
    Harap ada pembaca yang boleh membantu.

  59. saya salah seorang yang terpilih ke mrsm bentong,pahang.Pada 20 feb saya telah menghubungi pejabat mara dan saya diberitahu tarikh lapor diri ialah pada 2 mac.Untuk makluman lanjut,sila hubungi :
    Tel: (03) 2691 5111 samb.

    Kurikulum: 3392

    Perkhidmatan: 3399

    Hal Ehwal Pelajar: 3323/3765

    harap maklumat ini dapat membantu

  60. Farah21,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

  61. hazirah_samsml says:

    salam…cm ne nk tau yg sye dpt msk mrsm ke x?n smpi biler kmasukan nh?plz reply…tq

  62. Hazirah,
    Anda boleh semak di laman web MARA bila diumumkan atau terus telefon pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766. Jika anda tidak menerima sebarang panggilan sehingga penghujung April, ini bermakna anda telah gagal.

  63. Salam..
    Nilam, sy mengambil kesempatan sementara sy ada dlm lab ni.. Hehe.. Mmg best la skolah kt sini.. W’laupun agk padat jadualnya,tp sy brjya menyesuaikan diri.. Alhamdulillah.. Dan sy juga telah menghafaz 1 Juz Al-Quran! Sekali lg alhamdulillah! 🙂

  64. Aiysha,
    Salam…
    Terima kasih kerana menghantar khabar dari sana. Gembira mendengar Aisyah gembira dan boleh menyesuaikan diri belajar di asrama. Belajar rajin2 dan dengan bijak ye!!

  65. bilakah keputusan ke mrsm panggilan kedua secara online akan dikeluarkan?

  66. Rajaamir,
    Pihak MARA akan mengumumkannya di masa terdekat ini.

  67. Salam semua saya baru aje mendapt tawaran ke mrsm bentong pada 23 mac ni ade sape sape yang dapat dan boleh membantu saya bagaimana mrsm bentong tu. Tolonglah…

  68. salam saya nak tau pengambilan mrsm bentong untuk tingkatn 1 jer atau tkat 4 juga. sila beri penjelasan.

  69. sy nk tanya sikit kat nilam ..anak sy dpt tawaran ke mrsm..tapi slh satu syarat kemasukan ialah ibu bapa tidak di blacklist atau di kenakn tindakan undang2 oleh pihak mara..sy pula telah diblacklist. adakah ini bermakna tawaran ini terbatal?

  70. fiq,
    mrsm bentong ialah mrsm yang terletak di km 63, lebuhraya karak-kuala lumpur…ia dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang lengkap..di mrsm ini, pengambilannya majoritinya berdasarkan pencapaian anda di dalam ko-kurikulum dan kurikulum…anda tidak akan menyesal untuk belajar di dalam mrsm ini…terima kasih…pengambilan pelajar di sini ialah bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 sekali..di dalam 1 bilik terbahagi kepada 4 orang..

    • firdaus nazman says:

      semasa berada di mrsm tu……apa lagi yg menarik disana?….adakah jadualnya lebih padat berbanding sekolah harian biasa?….hrp anda semua dpt berkongsi cerita dan pengalaman ttng mrsm bentong…wassalam…

  71. Fiq,
    Sila rujuk komen Amirul Azrai.

    Mamat,
    Biasanya pihak MARA akan memeriksa maklumat yang diperlukan sebelum tawaran dikeluarkan. Mungkin anda tidak dikategori sebagai blacklist untuk tujuan pemilihan anak ke MRSM.

    Amirul Azrai,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.

  72. tq nilam

  73. Mamat,
    Sama2.

  74. terima kasih amirul azrai. satu lagi saya nak tau didalam 1 bilik itu hanya utk pelajar tkt 1 atau bercampur tkt 4. saya menanti jawapan.

  75. salam nilam..saya terbaca post dari aiysha kat atas tu..dia telah hafaz 1 juz al quran. kat mrsm ada kelas tahfiz ke?

  76. Mamat,
    Mulai tahun 2009, MARA telah mewujudkan MRSM (Agama) di Kota Putra, Besut. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

  77. nilam..MRSM BENTONG MRSM agama ker?

  78. Fiq,
    Buat masa ini hanya ada satu sahaja MRSM (Agama) iaitu di Kota Putra, Besut.

  79. siape yg daftar ke mrsm bentong pd 23 haribulan.ni?

  80. salam nilam.. nilam ni tenaga kerja mrsm ke?

  81. Fiq,
    Selamat mendaftar ke MRSM Bentong. Jika ada kelapangan bolehlah anda hantar cerita pengalaman anda belajar di sana nanti untuk disiarkan di sini.

    Mamat,
    Salam… tidak.

  82. weyh..mrsm ak..hahaha..mrsm menok..1st batch spm da dpt no 9..
    thun dpn no..1
    spe yg dpt mrsm yg br2..jgan kecewa..bt elok2 k..all th best..huhu..bange gle logo mrsm ak..

  83. saya mendapat 4a 1b dlm percubaan upsr… sy tlah mendapat b dlm sns.. adakah sy layak??

  84. Lidya,
    Permohonan untuk ke tingkatan 1 MRSM 2010 belum dibuka lagi. Permohonan adalah berdasarkan keputusan sebenar UPSR, jika mendapat 4A 1B ada peluang tetapi bergantung kepada beberapa faktor lain.

  85. Bagaimana kemasukan ke MRSM bertaraf tahfiz yang khabarnya baru dibuka di Terengganu?Apakah pelajar SBP boleh memohon selepas peperiksaan PMR ?

  86. Faris,
    Setahu saya MRSM tersebut hanya membuat pengambilan baru pelajar tingkatan satu sahaja.

  87. Apakah syaratnya sama dengan MRSM biasa dan bagaimana cara memohon MRSM tersebut bagi pelajar lepasan UPSR?
    Apakah nama MRSM tersebut?

  88. Faris,
    MRSM Agama tersebut terletak di Kota Putra, Besut. Sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.

  89. betul ke kalau dpat 5A peluang untuk masuk MRSM lebih cerah????

  90. Ioren,
    Memang benar… aktif dalam ko-kurikulum juga membantu.

  91. Nis_rif_jwa_ira says:

    andainya sya tlah di tawar kn oleh KEMENTERIAN PELAJARAN untuk memasuki ke skolah berasrama penuh adakh sya msih boleh msuk ke MRSM??
    sya perlu tau jwapan nya…

  92. mubin mattar says:

    a”kum smua tlong sye eh
    macam mne nak tahu kte dapt ke x mrsm…?

  93. macamana nak tengok keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke mrsm ek?

  94. saya nak tau macam mana nak semak keputusan permohonan p[ertukaran MRSM bg ting1??parents saya sudah membuat permohonan untuk pertukaran MRSM untuk adik saya yang kiniditempatkan di MRSM Bentong,Pahang.

  95. Nis_rif_jwa_ira,
    Mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP tidak akan mendapat dipertimbangkan untuk ke MRSM.

    Mubin Mattar dan Fatin,
    Salam… Anda boleh semak secara online atau hubungi terus pejabat MARA.

    Aisya,
    Anda boleh berhubung dengan MRSM yang berkenaan atau hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3392/3765.

  96. mcm mana nak check keputusan p`tukaran mrsm??

  97. firdaus nazman says:

    assalamualaikum semua….. saya ada dengar pelajar lelaki lebih cerah peluangnya untuk masuk ke mrsm walaupun hanya dapat 6a 1b…adakah itu betul?….satu lagi..saya memng berhasrat nak msuk mrsm dan saya kurang terlibat dlm sukan kebanyakannya saya lebih aktif dlm debate inglish,syarahan,dll..so,adkh saya ade peluang boleh masuk mrsm,sbb saya difahamkan mane2 pelajar perlu aktif dlm sukan….harap nilam dan semua pembaca dpt menjelaskan….sekian wassalam….

    • Waalaikumsalam…. Sebaiknya dapat keputusan yang terbaik kerana akan mencerahkan peluang untuk mendapat tawaran. Mengenai peluang lelaki lebih cerah itu memang betul.
      Peluang mendapat tawaran bergantung kpd
      – keputusan peperiksaan UPSR/PMR
      – status ekonomi sosial
      – kokurikulum (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
      – lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) utk PMR shj

      • firdaus nazman says:

        owww….kalau result upsr dulu bad..boleh ker?….saya dulu mmng teruk dlm upsr..dn alhamdulillah saya telah dpt 5a untuk mid year exam bru2 ini….tu saya tanya tu…:D