60 Sekolah Menengah Teknik Jadi Sekolah Menengah Vokasional

Setelah beberapa tahun dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik (SMT), 60 daripada 88 SMT di seluruh negara akan kembali menawarkan aliran vokasional dan dikenali semula sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) secara berperingkat menjelang 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata usaha menambah bilangan SMV penting bagi memenuhi keperluan semasa selain kecenderungan pelajar kini lebih menjurus pada subjek kemahiran.

Sebagai langkah awal, 26 SMT akan ditukar kepada SMV bulan depan, manakala selebihnya akan dijalankan secara berperingkat sehingga 2012. Kementerian menyasarkan pada 2012, hanya 28 SMT beroperasi di seluruh negara manakala yang lain ditukar sepenuhnya kepada SMV.

SMT sekarang ini tertumpu kepada bidang kejuruteraan. Oleh itu, kementerian mahu memperbanyakkan SMV memandangkan kajian sebelum ini dilakukan, pelajar lebih cenderung mendalami kemahiran bagi meneruskan karier mereka pada masa akan datang.

Usaha itu perlu dilakukan secara drastik berikutan kebanyakan negara lain terutama Indonesia lebih maju bidang kemahiran walaupun kekurangan peralatan teknologi. Lulusan vokasional juga seperti perhotelan dan katerer mendapat permintaan tinggi daripada industri ketika ini.

Dulu, masyarakat beranggapan SMV adalah sekolah budak jahat dan kelas kedua. Anggapan itu salah kerana ilmu kemahiran cukup penting kepada pelajar.

Kajian kementerian mendapati 39 peratus pelajar cenderung pada akademik, 29 peratus vokasional, seni 19 peratus, budaya dan sosial 9.7 peratus dan sukan hanya mencatatkan 2.7 peratus. Ini adalah berdasarkan Ujian Aptitud yang dibuat di kalangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Kementerian juga sedang meneliti cadangan membina kolej vokasional supaya negara mampu mengeluarkan pelajar lulusan Diploma dalam bidang kemahiran yang berpotensi tinggi. Pada masa depan juga kementerian mewujudkan jurusan penerbangan di SMV sama seperti di Indonesia bagi menambah nilai kemahiran pelajar vokasional

Proses penawaran semula aliran vokasional di 60 SMT berkenaan akan melibatkan kos kira-kira RM400 juta. Ini kerana SMV memerlukan kelengkapan, alatan dan mesin yang lebih banyak berbanding sekolah teknik.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV masih dibuka dan akan ditutup pada 4 Januari 2010 ini. Maklumat lanjut sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.

62 thoughts on “60 Sekolah Menengah Teknik Jadi Sekolah Menengah Vokasional

  1. saya berniat membuat kerjasama dengan sekolah vokesyional di malaysia yang bertaraf antarbangsa. dapatkah saya memperoleh informasi nama sekolah dan alamatnya? saya tunggu informasinya ya?

    salam

    bu vera- indonesia

  2. mohd futhur rahman bin zainal says:

    saya berminat sekali memohon masuk di sekolah vokasional…boleh ke pihak tuan membantu saya..apakah yang patut saya buat untuk mendapatkan borang kemasukan di sekolah vokasional tersebut,sedangkan sampai sekarang saya masih tidak boleh mengisi borang melalui online..tolong bantu saya..

  3. Verawati,
    Salam… Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat Aras 5 Dan 6, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 603 8884 5154 atau faks 603 8884 5047 untuk mendapatkan maklumat tersebut.

    Mohd Futhur Rahman,
    Saya difahamkan server yang memproses permohonan online mempunyai masalah. Beri masa beberapa hari untuk mereka mengatasi masalah tersebut sebelum anda mencuba lagi.

  4. saya nak mohon sekolah vokesional

  5. saya teringin sangat nak masuk teknik vokasional ipoh…

  6. muhammad helmi bin mohd radzi says:

    saya nak masuk sekolah teknik aliran vokasional

  7. salam…
    boleh saya tahu bagaimana hendak mengetahui course2 yang ada d setiap sekolah vokasional. contohnya, saya berminat untuk mengambil course katering, di sekolah vokasional mana yang disediakan course tersebut (untu seluruh malaysia)?

    terima kasih.

  8. salam,,,, saye ingin memohon untuk memasuki sekolah menengah teknik dan vokasional tapi, mcam mane nak mengisi borang tersebut secara online?? sye juga tidak dapat mencari borang di mane2 laman web,,,

  9. Bila tarikh terawal keputusan tawaran ke Sekolah Teknik di umumkan dan semakan boleh di lakukan dengan menekan butang apa? Harap dapat bantu saya

  10. Ingin mengetahui mengenai Sekolah vok (Kemahiran),
    Adakah SPM tak di miliki setelah bersekolah Vok aliran Kemahiran?.

  11. saya tidak berpuashati dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian..kita tidak seharusnya fokus kepada kamahiran semata- mata…sesungguhnya pengetahuan perlu didahulukan berbanding kemahiran…

  12. sy mw sgt msuk ke sklh teknik tp kpa x pdt tawaran? ?keputusan sy 0k. .

  13. sy mw sgt msuk k sklh teknik tp kpa x tawaran sdg kn result pmr sy 0k. .
    ble ka sy tw bla tarikh kluar list studen y layak msk ke sklh teknik? ?

  14. saya nk tanye…macm mane nk masuk sekolah teknik vakasional?saya amat berminat dalam vakasional..sekolah vakasionl dekat shah alam ade x?tq

  15. sharifah shafieqa says:

    bile kputusan keluar ????????
    ta sbar ni

  16. Sape dapat smt k.trganu?

  17. indra p.s says:

    sye bekas pelajar vokasional dlm bidang hiasan dalaman pada tahun 2008-2009……..pada mulanya sye fikir terpilih dlm aliran vokasional mrupakan ssuatu yg sgt teruk & sye juga beranggapan bahawa aliran vokasional hanya utk pelajar yg krg cemerlang ttpi hakikatnya vokasional mrupakan bidang yg sgt mnarik utk dipelajari….ia bkn hanya mrangkumi kemahiran sahaja malah ia juga mrangkumi bidang pegetahuan……..slain itu,sye juga dpt tahu bahawa aliran vokasional juga mrangkumi bidang sains………jdi kpd ssiapa yg terpilih dlm aliran ini,xperlu mrasa malu atau takut krna bidang ini sgt menyeronokkan…….

  18. indra p.s says:

    sye bekas pljr vokasional dlm bidang hiasan dalaman 2008-2009……vokasional mrupakan bidang yg sgt menarik & sronok utk dipelajari,ia bkn hanya mrangkumi kemahiran sahaja malah ia jga mrangkumi bidang sains & pegetahuan……….

  19. indra p.s says:

    ble spm 2009 kluar eyh???????spe tau????????

  20. Syeda,
    Salam.. Semasa permohonan dibuka, satu senarai sekolah beserta kursus yang ditawarkan akan disediakan bagi memudahkan pemilihan sekolah dan kursus. Sebagai panduan sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.

    Millah94 dan Shamil,
    Salam… sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.

    Yati, Liah dan Sharifah,
    Keputusan telah diumumkan pada 18 Januari, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.

    Jun,
    Memang benar mereka yang mengambil aliran Kemahiran di Sekolah Vokasional akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

    Indra,
    Terima kasih dengan perkongsian pengalaman anda semoga dapat membantu mereka yang ragu-ragu tentang SMV aliran Kemahiran.

  21. slm.sy merupakan pelajar pusat latihan tenaga pengajar kemahiran vokasional,adakah saya layak untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah menengah vokasional?bagaimana untuk saya memohon praktikal mengajar di sekolah menengah vokasional?dan bagaimana untuk memohon menjadi tenaga pengajar di sekolah menengah vokasional?

  22. camne ni na daftar kemasukan kat skola mengah teknik vokasional?pening..

  23. saya ingin memasukan anak saya ke SMVokasional pd 2011, boleh bagi senarai SMV & SMT beserta kursus yg ada sekarang?

  24. siti nor rafidah says:

    sye berminat untuk memasuki sekolah menengah vokasional..
    bleh sye tahu bila permohonan untuk pengambilan 2011 di buka…

  25. kenape org cari borang pemohonan tak keluar ini arrrrrrrrrrrrrrrrr tlg tunjukkan

  26. bila nak kelua boang tersebut

  27. nur syahirah says:

    asal borang smv x keluar2..ke blom kluuar agi???

  28. saya berminat hendak memasuki teknik vokasional ..
    boleh saya tahu bile permohonan untuk pengambilan 2011 di buka ..

  29. slm..ble ye prmhonan 2011 di buka..

  30. syuhada azaha says:

    utk teknik 2011 blew?

  31. apew nie x dpat masuk skola teknik…..

  32. bla permohonan tuk msk teknik 2011 dibuka ??? n mcm mn nak apply

  33. bila borang permohonan kemasukan ke sekolah vokasional 2011

  34. bila borang permohonan kemasukan ke sekolah vokasional 2011 di buka…………………………..ye

  35. tlg r sy cm ner nk borang kemasukan sk men teknik muar tlg r sy plzzzzzzzzzzzz????????????????????

  36. saye nk senarai -senarai skola vokasional blh tak..plzzzzzzzz

  37. mcm mnew nk mohon nhe..?

  38. macam mane aa nak masuk sekola teknik

  39. i nk msok vocasional school but xau nk mohon cam ner????????

  40. cam ner nk mohon sekolah vokasional??????????

  41. nur shahirah says:

    i dont want teknik vokasional

  42. cme mne nk mhOn nie..
    ayoyo poning kepalo..

  43. cme mne nk mhon nie

  44. sy nak tahu
    utk msk smt dlm bidang bakeri keputusan mcm mn yg diperlukan?????

  45. macm ne na mohon msk ni erk?

  46. macam nee na msk skol nit????? ad sape2 yang tawu ta?????

  47. susah nyeeee tataw cmneee na wat nyyy??

  48. sekolah ini , memerlukan bape gred A , B , C , D . ?

  49. wea.. ko org rase ner sye
    dapt ditrme masok x..
    huhuh

  50. hy.. ko org rase ner sye leh
    ditrme masok x..

  51. sy ingin nak msuk smt?

  52. yer3..sy pn..cne ek?tlg gtw jp..