Biasiswa Ijazah Pertama Bank Negara Sesi 2013 / 2014

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Program Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2013/2014 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.

Kategori Permohonan Biasiswa BNM

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu;

Bank Negara Malaysia

  1. Biasiswa Pra-Universiti
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian) Bank Negara diberi kepada individu yang layak untuk melanjutkan pelajaran atau sedang belajar diperingkat ijazah pertama di universiti utama dalam atau luar negara.

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Kewangan dan Undang-Undang

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Aggreget Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
  • South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.

           DAN

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2013
  • Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2013 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Kelayakan Tambahan

    • Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh, semangat berpasukan yang tinggi, cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
    • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang hebat

Permohonan

  • Secara atas talian di Portal Permohonan Biasiswa Bank Negara.
  • Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Tarikh Tutup

  • Permohonan biasiswa ijazah pertama Bank Negara ini ditutup pada 27 Mac 2013
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
  • BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my
  • Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia.

2 thoughts on “Biasiswa Ijazah Pertama Bank Negara Sesi 2013 / 2014

  1. […] Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian) […]

  2. thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.