Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008

TERKINI : Sila rujuk Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010.

Permohonan untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibuka bagi pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2008/2009 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Program Diploma dan Ijazah yang ditaja di IPTA adalah seperti berikut;

Program Diploma dan Ijazah yang ditaja di IPTS adalah seperti berikut;

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat Asas;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2008
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2007/2008 atau Semester Satu Sesi 2008/2009) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas; atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2008/2009 atau pemohon yang telah diterima masuk ke institut pengajian tinggi seperti yang disenaraikan di atas sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda perlu mempunyai salah satu pencapaian minimum kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.30
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi seperti yang disenaraikan di atas sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mesti mempunyai pencapaian minimum salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2007/2008

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2007/2008 – GPA 3.30

Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2008/2009

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.30

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Perubatan
    Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Iktisas
    Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

Mereka yang berikut tidak layak untuk memohon biasiswa ini;

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.


Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 22  Jun 2008 dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2008”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2008” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3550, 03-8885 3559 atau 03-8885 3529. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat);
  7. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my
  8. Permohonan ini adalah percuma.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Julai 2008.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk eSila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Zemanta Pixie

27 thoughts on “Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008

  1. […] Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2008/2009 telah dibuka mulai 22 Jun 2008. Tarikh tutup permohonan adalah 13 Julai 2008. addthis_url = ‘http%3A%2F%2Feputra.com%2Fbiasiswa-jpa-bagi-lepasan-spm-2007%2F’; addthis_title = ‘Biasiswa+JPA+Bagi+Lepasan+SPM+2007’; addthis_pub = ‘nilam’; […]

  2. bila keputusan biasiswa jpa diploma tahun 2 akan keluar ek?

  3. aim,
    Keputusan permohonan biasiswa telah diumumkan sila semak di Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008

  4. DavidZMetal says:

    hi, may i know what are the terms in this scholarship?

    do we need to go for interview?

  5. Hi, dah dapat keputusan PIDN 2008 tapi tidak menyatakan jumlah biasiswa tersebut. Agak-agak berapakah jumplahnya?

  6. DavidZMetal,
    Tahniah kerana telah berjaya mendapat biasiswa JPA. Setahu saya anda tidak menghadiri temuduga walaupun begitu sila hubungi JPA di 03-88853049 bagi mendapatkan maklumat berkenaan program tajaan biasiswa ini.

    Angel,
    Tahniah kerana telah berjaya mendapat biasiswa JPA. Saya tidak mengetahui jumlah tajaannya tetapi pasti akan dinyatakan dalam surat tawaran nanti. Jika ingin penjelasan lanjut sila hubungi JPA di 03-88853049.

  7. hi..saya ingin tahu kenapa permohonan biasiswa saya ditolak sedangkan telah memenuhi semua syarat2 yang ditetapkan..malahan CGPA saya melebihi 3.30..saya pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan pembuatan..

  8. syuklanz86,
    Maaf, saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda. Cuba hubungi JPA di 03-88853049 untuk mendapatkan penjelasan.

  9. bila keputusan rayuan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 di keluarkan oleh jpa?

  10. fasham,
    Maaf kerana saya pun tidak tahu. Cuba hubungi JPA di talian 03-8885 3049 atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  11. sya terlewat memberi jawapan penerimaan biasiswa dalam negeri..adakah permohanan saya di tolak.?

  12. Gabby,
    Ini terpulang kepada pihak jawatankuasa pemilihan.

  13. tiada ka open permohonan biasiswa JPA bagi kami yg baru mndapat tawaran iaitu pelajar tahun pertama semester dua sessi disember 2008/2009?

  14. utk student tahun pertama semester dua 2008/2009??
    bila boleh memohon?

  15. imaan dan r.u.,
    Tawaran permohonan untuk Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negeri bagi mereka yang sedang menuntut di IPTA akan diiklankan lagi dalam bulan Jun 2009 nanti. Sila selalu kunjungi blog ePutra ini atau terus ke laman web JPA untuk maklumat terkini.

  16. adakah sekarang masih dibuka permohonan biasiswa jpa????

  17. wani najibah says:

    sy pljar jurusan dip pengurusan bank di uitm..
    ambilan julai 2008..
    sy tlh mdapat 4.0 dlm exam semester ptma..
    then bila sy blh buat permohonan tuk biasiswa jpa?
    adakah semester 3 bru sy blh mmhon..
    ape yg sy tahu pd jun2009 bru dbuka permohonan…

    satu lg..sy tlh memohon ptptn pd awal semester lpas..
    adakah perlu utk sy mansuhkan pinjaman tersebut utk mdapat biasiswa jpa?
    atau duit biasiswa nanti akn tersendirinya akn ditolak utk mbayar pinjaman sy?

    melalui maklumat dr kakak sy, biasiswa pasti jumlahnye lbh sdkit dr pinjaman..
    sy bmbg sy akn alami mslh kewangan di uitm apabila tiba semester yg kelima..

    harap dpt membantu..
    terima kasih..

  18. pada sem 1,sy telah pun mendapat duit dri tawaran ptptn.sekarang sy bru nk msuk sem2,dan sy diterima dlm rayuan biasiswa jpa baru- baru ni,adakah duit biasiswa jpa yg akn saya dapat dimasuk ke dlm bank yg sama dgn duit ptptn masa sem 1?

  19. Hain,
    Sila rujuk jawapan kepada Imaan dan R.U. di atas.

    Wani Najibah,
    Anda boleh memohon pada Jun 2009 nanti. Anda tidak perlu menamatkan PTPTN sekarang, tunggu sehingga anda telah berjaya memdapat biasiswa baru hentikan pinjaman. Setahu saya wang biasiswa itu tidak akan ditolak untuk membayar pinjaman, walaupun begitu cuba semak semula perjanjian PTPTN anda atau bertanya kepada mereka yang ada pengalaman dengan keadaan anda.

    Sue,
    Ya, jika anda memberi maklumat bank yang sama.

  20. saya pelajar lepasan spm 2008.bagaimana cara untuk saya memohon biasiswa jpa? dan bilakah masa untuk saya memohon biasiswa ini?

  21. Saya seorang pelajar semester akhir program diploma di bawah tajaan JPA yang masih belum menerima tawaran masuk ke program sarjana muda ataupun sijil diploma daripada pihak universiti tetapi memenuhi kriteria CGPA untuk semua sesi akademik lepas, bolehkah saya memohon untuk biasiswa JPA pada Jun 2008 atau Jun 2009?

  22. Ukhti,
    Sila rujuk Biasiswa JPA Bagi Lepasan SPM untuk maklumat lanjut. Iklan permohonan dijangka akan disiarkan pada awal Mac 2009 nanti.

    Pearl,
    Memandangkan anda adalah pelajar tajaan JPA saya tidak pasti syaratnya. Biasanya permohonan hanya boleh dibuat bila anda telah mendapat tempat di IPTA.

  23. I nak tnya,
    Next applctn bila utk schlrship jpa ni?

  24. Tengku,
    Sila rujuk jawapan kepada Ukhti di atas.

  25. hye..saya nak tanya.bila tawaran biasiswa untuk tahun 2009?thanks

  26. Aina,
    Iklan tawaran biasiswa untuk tahun 2009 bagi mereka yang telah diterima masuk ke IPTA dijangka akan dikeluarkan pada bulan June nanti.

  27. saya telah ditawarkan biasiswa jpa untuk pengajian dalam negara sesi 2010'kita kena bayar dahulu ke?mak saya mana ada wang.kami orang kampung