Biasiswa Karangkraf 2010

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menawarkan biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf kepada semua warganegara Malaysia lepasan SPM, STPM dan Diploma yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian sepenuh masa di pusat-pusat pengajian Kolej Universiti SEGi dan Universiti Tun Abdul Razak yang terpilih.

Program Pengajian

Kolej Universiti SEGi (Kota Damansara)
  • Bachelor of Mass Communication (Hons)
  • Bachelor of Information Technology (Hons)
  • BSc (Hons) Applied Business Computing
  • Bachelor of Business Management (Hons) in Marketing Management
  • Diploma in Mass Communication
  • Diploma in Graphic Design
  • Diploma in Advertising Design
  • Diploma in Information Technology
  • Diploma in Marketing
  • Diploma in Photography
Universiti Tun Abdul Razak (Kampus Pintar, Kelana Jaya)
  • Bachelor of Accounting (Hons)
  • Bachelor of Business Administration (Hons)
  • Bachelor of Information System (Hons)
  • Bachelor of Information System (Hons)
  • Bachelor of Software Engineering (Hons)
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Management
  • Diploma in Entrepreneurship
  • Diploma in Information Technology
Universiti Tun Abdul Razak (Kampus Razak, Kuala Lumpur)
  • Bachelor of Business Administration (Islamic Financial Planning)
  • Bachelor of Business Administration (Islamic Banking and Finance)
  • Bachelor of Business Management (Entrepreneurship) (Hons)

Syarat Akademik

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian ATAU
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ATAU
  • lulus Diploma dengan mendapat sekurang-kurang PNGK 3.00.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur kurang daripada 25 tahun pada tarikh permohonan.
  • Fasih dan boleh menulis dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Aktif di dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum
  • Bersedia untuk menerima program pengajian dan pusat pengajian yang ditawarkan
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf selepas tamat pengajian
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan (melainkan yang dibenarkan oleh Karangkraf).

Biasiswa

  • Dana Pendidikan Karangkraf tidak memperuntukan sebarang wang tunai.
  • Dana Pendidikan Karangkraf akan menanggung segala kos yuran pengajian.
  • Kos sara hidup sepanjang program ini tidak di tanggung oleh Dana Pendidikan Karangkraf.

Permohonan

  • Permohonan biasiswa ini dibuka sepanjang tahun mengikut sesi kemasukan kedua-dua universiti yang berkenaan.
  • Sesi kemasukan
    • Kolej Universiti SEGi – Januari, Mei dan September
    • Universiti Tun Abdul Razak – Januari, Mac, Mei, Julai, September dan Oktober
  • Borang permohonan boleh diperolehi daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf atau di laman web Kumpulan Karangkraf.
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dihantar kepada: SEKRETARIAT DANA PENDIDIKAN KARANGKRAF Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Seksyen 15 40200 Shah Alam Selangor.


Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan Biasiswa Karangkraf ini bergantung kepada sesi kemasukan dikedua-dua universiti.
    Kemasukan Tarikh Tutup
    Kolej Universiti SEGi Januari – tutup –
    Mei 15 April 2010 7 Mei 2010
    September – belum dibuka –
    Universiti Tun Abdul Razak Januari – tutup –
    Mac – tutup –
    Mei 15 April 2010 7 Mei 2010
    Julai – belum dibuka –
    September – belum dibuka –
    Oktober – belum dibuka –

Maklumat

9 thoughts on “Biasiswa Karangkraf 2010

  1. salam,

    anak saya mendpt tawaran drp Kolej Profesional MARA dan Poly Tech MARA serta
    Politeknik peringkat Diploma,jadi mana satu menjadi pilihan yang terbaik utknya
    dari segi sistem pembelajaran, melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi,prospek utk pekerjaan dll.

    terima kasih.

  2. jomtengokbintang says:

    salam… permohonan ke UNITAR utk bulan julai belum dibuka?
    bila yer?

  3. Biasiswa Karangkraf says:

    jomtengokbintang::

    kemasukan ke UNITAR adalah pada bulan ogos.
    Permohonan sudah dibuka..

    Untuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun.
    Boleh memohon sekarang.

    Layari facebook: Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf untuk maklumat lanjut.

  4. Unisel Industri Selangor Bestari Jaya tidak termasuk dalam senarai ke?

  5. pelajar dari universiti lain adakah boleh memohon?

  6. Mohd Taufit says:

    Saye dari Kolej Matrikulasi…saye habis pada bulan 4..saye boleh memohon biasiswa karangkraf?

  7. reekah george says:

    bahagian sabah ada ka dana pndidikan utk skola umirazak?

  8. kalau saya dapat ptptn, adakah biasiswa karangkraf pun saya dapat? lagipun karangkraf tanggung yuran pengajian..
    macam mana dengan perbelanjaan saya semasa belajar?

  9. Abdulla : yes you may apply to Petronas and have your bachelor deerge in UTP.rajwin : its open now. hurry up!katherine : you can contact PETRONAS ESU personnel for more details. ps: PETRONAS is sponsoring students from various universities and not limited to UTP. and not all UTP students are being sponsored by PETRONAS.All the best for all applicant!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.