Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011 – Monbukagakusho MEXT

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedami 2011 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Sarjana (Postgraduate) adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 1 Mac – 31 Mac 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.

Biasiswa

  • Elaun bulanan
    • Penerima biasiswa Sarjana Muda – 125,000 yen lebih kurang RM4,675
    • Penerima biasiswa Sarjana – 152,000 yen lebih kurang RM5,685
    • Jumlah ini adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.
  • Tiket kapalterbang pergi-balik juga disediakan.

Kategori

Biasiswa ini dibahagikan kepada dua kategori:

  1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2011)
  2. Program Sarjana (kursus 1½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2011)

Syarat

Program Sarjana Muda
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2011 iaitu dilahirkan antara 2 April 1989 dan 1 April 1994.
  • Pemohon mestilah telah tamat SPM atau O-level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  • Pelajar STPM (tingkatan 6 rendah atau atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon.  Asalkan keputusan peperiksaan boleh diketahui pada Mac 2011.
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran utama yang lain.
Program Sarjana
  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2011 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1976).
  • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  • Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.

Permohonan

Cara
  • Borang permohonan untuk Sarjana Muda dan Sarjana boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp).
  • Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon untuk program sarjana, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor Hasaliza dari JPA di talian 03 8885 3555.
  • Semasa menghantar borang permohonan sila nyatakan Sarjana Muda atau Sarjana pada sudut atas kiri sampul surat. Jika tidak, permohonan anda tidak akan dilayan.
Proses
  • 31 Mac 2010 – Permohonan ditutup
  • Mei – Jun 2010 – Ujian bertulis. Hanya mereka yang berjaya akan dipanggil
  • July 2010 – Temuduga. Hanya mereka yang berjaya akan dipanggil
  • Ogos 2010 – Percalonan ke Ibupejabat di Tokyo
  • Jan -Feb 2011 – Keputusan Permohonan
  • April 2011 – Berlepas ke Jepun

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup untuk permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) ini adalah 31 Mac 2010.
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa permohonan yang lengkap dihantar sebelum tarikh tamat permohonan. PERMOHONAN LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Maklumat

  • Maklumat lebih terperinci boleh diperolehi di laman web www.my.emb-japan.go.jp.
  • Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di pusat tersebut atau melalui talian 03-2177-2600 sambungan 185 pada masa yang dinyatakan.
  • Kedutaan Jepun terletak di No. 11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.

6 thoughts on “Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011 – Monbukagakusho MEXT

  1. […] TERKINI : Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011 – Monbukagakusho MEXT […]

  2. […] : ePutra addthis_url = 'http%3A%2F%2Fwarkah.com%2Fjapan-scholarships-2011%2F'; addthis_title = […]

  3. anna montana says:

    sy msk matrikulasi thun ni tp bulan mei. jd, tahun 2011 kuar result bulan mei. cmner nk apply..?
    course ape yg ditawarkan..?

  4. sy hbs degree insya Allah 2012..
    if nk apply for master, sy prlu apply thun 2012 0r 2013 nt?
    terima kasih..

  5. Salam…. saya nk apply master ke Jepun 2011 tp permohonan dh tutup. So, tahun depan masih akan dibuka atau tidak permohonan baru ke Jepun?

  6. ala.. dah lebih umur lak la.., lau dah lebih umur tak layak la ek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.