Karnival Pendidikan MARA 2009

Karnival Pendidikan MARA sekali lagi diadakan dengan penyertaan pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) serta pendidikan MARA (IPMa) yang pelbagai maklumat menarik mengenai program-program pengajian dan kerjaya terkini bagi lepasan sekolah dan individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran.

Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian akan memberi maklumat berkenaan pendidikan tinggi di pameran yang diadakan di karnival tersebut.

Di antara maklumat yang boleh diperolehi adalah;

Info Program Pengajian
Maklumat terkini mengenai program-program pengajian pra-u, diploma, ijazah, lepasan ijazah serta profesional daripada institusi pengajian yang mengambil bahagian.

Info Program Latihan Kemahiran
Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan kemahiran.

Kaunseling Pendidikan & Kerjaya
Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Temuduga Terbuka
Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.

Pinjaman Pelajaran
Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.

Karnival Pendidikan MARA ini akan diadakan di enam zon seperti berikut;

ZON TIMUR
7 dan 8 Mac 2009
10.00 am – 6.00 pm
Kuantan Parade, Kuantan, Pahang

ZON KEBANGSAAN
13 – 15 Mac 2009
10.00 am – 6.00 pm
Ruang Legar, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

ZON SABAH
30 dan 31 Mac 2009
9.00 am – 5.00 pm
Dewan Persidangan Wisma SESB, Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah

ZON SARAWAK
3 dan 4 April 2009
9.00 am – 5.00 ptg
Sarawak Chamber Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak

ZON SELATAN
11 dan 12 April 2009
10.00 pg – 6.00 ptg
Melaka Mall, Melaka

ZON UTARA
15 dan 16 April 2009
10.00 pg – 6.00 ptg
Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Karnival ini terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut berkenaan karnival ini boleh diperolehi dengan menghubungi;
Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA
Telefon : 03-2691 5111 sambungan 1309
Telefon : 03-26903906/3650
Faks : 03-2692 7386.

Reblog this post [with Zemanta]

One thought on “Karnival Pendidikan MARA 2009

  1. huhu..apsal 30 mac lak?aduh~tym sy besday la…bila mara nak buat interview ek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.