Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010

Karnival Jom Masuk U 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi. KPT telah menggunakan tagline JOM MASUK U bagi mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Objektif

  • Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf;
  • Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian;
  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum;
  • Menerangkan kaedah permarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA ; dan
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.

Siapa Patut Hadir?

  • Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar.
  • Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (GBKS),
  • Kaunselor, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Sasaran kehadiran ke pameran pendidikan adalah seramai 150, 000 hingga 200, 000 pengunjung.

Aktiviti

Aktibiti yaang akan dianjurkan dalam karnival Jom Masuk U bagi tahun 2010 adalahj;

  • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
  • Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
  • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
  • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
  • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain;
  • Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan akan merangkumi badan dan agensi daripada;

  • Kesemua 20 IPTA
  • Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Beberapa IPTS
  • Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK),
  • Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM),
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan
  • Lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

Forum

Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Di antaranya mereka dari;

  • Jabatan Pelajaran Negeri,
  • Kolej Matrikulasi KPM
  • Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM),
  • Asasi UiTM,
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK),
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah,
  • Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
  • Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)

Lokasi

Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh

Lokasi

9 – 10 Jan 2010 Persada Johor Bahru
16 – 17 Jan 2010 Stadium Melawati, Shah Alam
30 – 31 Jan 2010 Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu
6 – 7 Feb 2010 Stadium Tertutup Nilai
20 –21 Feb 2010 Permata Exhibition Centre, Kuching
27 – 28 Feb 2010 Dewan Millenium Seberang Prai
6 – 7 Mac 2010 Dewan Wawasan Jitra
13 – 14 Mac 2010 Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
20 – 21 Mac 2010 Dewan Universiti Malaysia Pahang
27 – 28 Mac 2010 Stadium Indra Mulia, Ipoh

Karnival ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi kecuali di Permata Exhibition Centre dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Semua pihak yang berkenaan sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke IPTA dan perkara yang berkaitan.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini sila hubungi;

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya.
Telefon : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
Emel : upu@mohe.gov.my

Sumber : Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA

39 thoughts on “Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010

  1. asalamualaikum..
    tumpang tanya. bila politeknik nak membuka kos untuk degree.

  2. ayark, cam best jerk. tp aku dah nak abis u. hehe

  3. Adik saya dapat sms mengenai Karnival Jom Masuk U melalui sms yang juga menyatakan ada interview kemasukan pelajar lepasan SPM ke UTM, UUM dan USM di karnival jom masuk u di JB. Mohon maklumbalas dari pihak penganjur adakah perkara ini benar? Sebab kami tinggal jauh dari JB, jikalau benar kami sanggup turun ke JB untuk tidak melepaskan peluang.

  4. shaffique_ says:

    saya pun dapat sms sama seperti adik smuzakir.. parents meragui kebenaran sms tersebut…harap pihak penaja dapat beritahu dgn lebih lanjut…sesiapa pun yg tahu..tolonglah jelaskan..

  5. eqa_riqah91 says:

    adik saya pn dapat sms yg sama…
    dalam sms tulis,adik saya dipanggil untuk ‘TEMUDUGA’
    tp bila baca kat website ni, karnival ni x sebut pasal temuduga
    cuma cakap ade ceramah..mcm mne ni?

  6. saya bapa kepada pelajar lepasan SPM 2009 menerima sms seperti skmuzakir said..apakah yang akan diadakan bagi sesi temuduga?

  7. Vanco,
    Salam… Dijangka bermula pada pengambilan Julai 2010 ini di tiga politeknik.

    Skmuzakir, Shaffique, Eqa Riqah91 dan Azman,
    Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai sesi temuduga yang dikatakan akan dijalankan semasa karnival ini. Setahu saya temuduga untuk kemasukan ke IPTA akan hanya dijalankan pada April 2010 nanti selepas keputusan SPM, STPM dan STAM diumumkan.
    Sila hubungi pihak penganjur iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03 8883 5801/02 untuk penjelasan.

  8. Saya pelajar lepasan SPM 2009, saya terima sms yang mengatakan saya terpilih untuk sesi temuduga di Hotel Seri Mlaysia. Dan saya agak meragui sms yg diterima. adakah saya perlu pergi menghadiri temuduga ni?

  9. Saya difahamkan tempat pameran untuk lokasi sabah telah diubah. Bolehkah berikan saya alamat tepat untuk lokasi baru supaya memudahkan saya untuk menghadiri pameran tersebut.Terima kasih.

  10. Dyan,
    Lokasi di Sabah ialah di Suria Sabah Shopping Mall.

  11. kenapa karnival tidak diadakan di melaka..??
    =(

  12. saya sokong!kenapa tak diadakan di Melaka? Kami pun nak join karnival ni juga. Ada kawan dah daftar untuk ke KTT melalui karnival ni. Pertimbangkanlah.

  13. Hidayah dan Naddy,
    Harap cadangan anda mendapat perhatian pihak penganjur.

  14. salam….hope pihak berkenaan buat karnival ne kat melaka… senang nak pegi… tempat2 len jauh2…tolong sgt….then,better dengar tklimat@pegi karnival b4 or after result spm kuar??

  15. Adqe_luve dey says:

    xpham la………

  16. salam..nk tnye klau kite terlepas untuk mngisi borg online upu.ade peluang lain utk memasuki ipta ke??

  17. kenapa pihak penganjur x buat karnival ni kat melaka?

  18. syafiranadia says:

    saye rasa angah maksudkan apa beza kalau pergi karnival jom masuk u sekarang ngn dlm bln 3,time result kuar nnt??

  19. biler erk nk buka kos degree kt politeknik

  20. Angah dan Sya,
    Cuba anda hubungi pihak penganjur untuk mengetahui perancangan mereka.

    Inda*,
    Salam… Jika anda telah terlepas untuk Ambilan Jun/Julai ini, anda boleh memohon untuk ambilan Disember nanti tetapi perlu diingatkan bahawa tidak semua kursus/bidang dan universiti ada membuat pengambilan masa itu.

    Angah dan Syafiranadia,
    Di karnival ini kita boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang sesuatu kursus atau universiti yang kita minati. Cuma jika datang selepas keputusan diumumkan akan lebih mudah kita mengenalpasti kursus/bidang atau universiti yang sesuai dengan kelulusan yang diperolehi,

    Khairol,
    Dijangka untuk pengambilan Jun 2010 ini. Iklan pengambilan Politeknik Jun 2010 dijadualkan akan diiklan pada 28 Feb 2010 di Metro Ahad dan 7 Mac 2010 di Mingguan Malaysia.

  21. kenapa tdk mberi alamat

  22. tau x bile rsult pm nak kuar?? cuak r……..

  23. Neth,
    Mungkin pihak penganjur rasa lokasi yang dipilih diketahui oleh masyarakat setempat sebab itu tidak ada alamat penuh diberi.

    Adek,
    Mungkin samada 11,12 atau 15 Mac.

  24. How to get A level application through the Exhibition at Taman Permata Kuching??Do they will exhibit the application that i looking for/??if not,can you give a guidance???

  25. Garret016,
    Pada tahun lepas semasa saya menghadiri karnival ini memang ada institusi yang menawarkan program A-Level.

  26. nak bwk pelajar– mana2 pihak ada sedia pengangkutan secara percuma ke?

  27. greenapple says:

    atas advice aq..better korg g..mmg best giler..cam2 informasi korg ley dapat…g je mne2 booth y korg suke…tp lg baek kalu korg g sume…mmg pnat cket tp bile korg nak apply upu senang…=0…

  28. Pe beza asasi nan dip?

  29. Kaitou,
    Asasi adalah satu program pra-universiti dan Diploma pula adalah salah satu program pengajian di universiti. Sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma sebagai panduan.

  30. Ley tlg trang kn apa itu sains fzikal dan sains hayat? Pe beza nya?

  31. Ley tlg trang kn apa itu sains fzikal dan sains hayat?

  32. hope pihk penganjr dpt buat kat bndr kuantn supaya lebih dekt……
    dewan ump terlalu jauh bagi yg duduk di beserah…………

  33. adakah karnival ini diadakan pada 3 hingga 4 april seperti yang dikata di website …sila sesiapa bagi tahu… terima kasih atas pertolongan

  34. Bleh x bg website untuk semakan kemasukan ke tingkatan 6 2010

  35. […] Related posts:Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010 […]

  36. nur ezzora says:

    salam,., mcm mana erk nak apply masuk ke ikbn alor gajah melaka,.. kepada sesiapa yang tahu.. tolong lah bagi tahu saya..

  37. Sekiranya saya pergi ke karnival ini,,apakah keperluan2 yg perlu saya bawa??

    • Bagi pelajar SPM, salinan keputusan percubaan, bagi pelajar STPM/STAM, salinan keputusan peperiksaan.