Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2009

Para pelajar UPSR 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.

Mulai 11 Mac 2009 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak melalui laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.

TERKINI : Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009

20 thoughts on “Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2009

  1. […] Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2009 […]

  2. Saya harap sangat anak saya dapat MRSM. Tapi nama beliau tidak tersenarai dalam panggilan ke-dua. Rayuan dah dibuat. Walaupun beliau tidak aktif dalam sukan tapi sangat aktif dalam program2 yang sekolah anjurkan. Beliau juga seorang bekas pengawas sekolah selama 4 tahun. Sekarang ni juga beliau juga terpilih sebagai pengawas sekolah. :-(((

  3. Harith Mirza,
    MRSM biasanya mempunyai ambilan ketiga dalam bulan April. InsyaAllah anak anda akan terpilih.

  4. Terima kasih di atas jawapan anda. Walaupun anak saya tidak terpilih untuk panggilan ke_2, saya bersyukur beliau kini berada di dalam kelas terbaik dan terpilih sebagai pengawas sekolah. Harapan saya semoga beliau akan berjaya seperti sahabat2 beliau yang berada di Sek Berasrama Penuh dan MRSM. Sekarang saya dapat meyelami perasaan ibubapa yang kecewa kerana anak-anak beliau tidak berpeluang belajar di tempat yang sesuai. Saya percaya anak saya “Muhamad Harith Mirza Bin Mohd Rafi” akan berjaya walaupun di sekolah biasa.

  5. Harith Mirza,
    Sama2, insyaAllah anak anda Muhamad Harith Mirza akan cemerlang bila sentiasa berusaha dan gigih menghadapi pelajaran. Ramai juga yang berjaya walaupun belajar di sekolah harian.

  6. bila kita boleh tahu keputusan permohonan ke mrsm..panggilan ketiga…….

  7. Mukhriz,
    Belum ada maklumat mengenainya tetapi cubalah semak di Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009.

  8. bila boleh tahu keputusan panggilan ketiga MRSM tingkatan 1 2009…….
    Diharap cepat keluar sebab pendaftaran sepatutnya kan bulan april?

  9. Aida,
    Belum ada maklumat mengenainya tetapi cubalah semak di Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009.

  10. saya agak aktif dalam sukan dan merupakan seorang penolong ketua pengawas semasa sekolah rendah. saya harap sangat saya akan terpilih ke MRSM. bila panggilan ke tiga akan keluar???

  11. macam mana nak semak panggilan ke tiga? online ke?

  12. Izzma,
    Sila rujuk jawapan saya kepada Aida.

  13. salam..

    Bila MRSM Mukah nak dibuka?

    Contoh: Sekiranya MRSM Mukah dibuka tahun hadapan, adakah saya yang mendapat 5A dalam UPSR 2008 akan diterima?

    Harap MRSM MUKAH BUKA TAHUN NIE,,,,

  14. Afifi,
    Salam… Saya tidak ada maklumat bila MRSM Mukah akan dibuka. Pengambilan baru biasanya untuk tingkatan 1 dan tingkatan 3 tetapi untuk pengambilan pertama di MRSM Mukah saya tidak pasti. Cuba hubungi MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk maklumat lanjut.

  15. bUDAK MA2 says:

    hype nilam

    tak saba lagi nie nak tunggu mrsm mukah buka…..hrp bka bln 7 nie ye….bye gud luck

  16. bUDAK MA2,
    Sama-sama tunggu pengumuman daripada pihak MARA.

  17. Hai nilam,

    Nampaknya MRSM MUKAH tak dibuka tahun nie. May be tahun depan. Okey kengkawan yang lain, doakan saya dapat 8A PMR 2011 nanti,k. Good Luck to u all. From,,,Afifi,

  18. Afifi,
    Didoakan anda akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat tempat di MRSM Mukah.

  19. Pihak MRSM kenapa saya saya tak dappat masuk mrsm padahal saya seorang yang sangat aktif dalam bidang kk kat sekolah rendah saya dulu.Saya jugak mendapat 5a dlm upsr.kenapa pemohonan saya ditolak tetapi pemohonan seorang rakan saya yang kurang aktif dalam kk diterima?

  20. andy fardzna alex says:

    nilam..
    nak tanya pengambilan untuk tawaran tingkatan 4 mrsm berdasarkan result pmr atau result ujian semester1 di sekolah..Mrsm mukaha bila nak dibuka agaknyer…