Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 2009

Para pelajar PMR 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.

Mulai 13 Mac 2009 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2009 sudah boleh disemak melalui laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Mereka yang berjaya perlu mendaftar ke MRSM yang ditetapkan pada 23 Mac 2009.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.

14 thoughts on “Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 2009

  1. […] Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 2009 […]

  2. ad,,x pgllan selepas pglan ke-2????

  3. Syahmi,
    Biasanya MRSM mempunyai 3 ambilan.

  4. kalau kita tak memohon untuk masuk ke mrsm,
    kemudian kita membuat keputusan untuk masuk ke mrsm padahal kita tidak memohon dan tarikh permohonan sudah tutup,
    bagaimana nak buat?

  5. Arief,
    Jika keputusan anda cemerlang, anda boleh cuba membuat rayuan tetapi perlu diingat bahawa keutamaan diberi kepada mereka yang telah memohon. Tambahan pula ramai yang cemerlang dan memohon untuk memasuki MRSM masih tidak berjaya mendapat tempat.

  6. buat masa sekarang boleh lagi ke memohon?
    kalau boleh nak buat bagaimana?
    boleh tolong saya tak?
    saya amat teringin nak memasuki asrama.
    keputusan PMR saya 7A 1B

  7. salam,, saya ingin bertanya adakah pihak mara sudah menerima surat rayuan sy..sbb saya muskil sy guna stem 30 sen tak tau boleh sampai selangor ke tidakdari kedah…

  8. Arief,
    Maaflah, dah tak boleh.

    Hana,
    Salam… Sepatutnya sampai, insyaAllah.

  9. nadhirah says:

    When are the borangs gonna cum out for 2010? will it be based on our trial results or our mid year exams?? BTW~spekaing about PMR

    yours truly.

  10. Nadhirah,
    Borang diambil berlandaskan keputusan Peperiksaan Semestar Satu Tingkatan Tiga. Sila rujuk Syarat Kemasukan Tingkatan Empat MRSM Semenanjung untuk maklumat lanjut.

  11. borang MRSM keluar bile yek?tul ke lau nak borang mase trial at least kene dpt 6a??kalau 5 a x bleh ke??/

  12. Iffa94,
    Borang permohonan telah boleh diambil mulai 28 September ini dan di dalam Syarat Kemasukan Tingkatan Empat MRSM Semenanjung borang boleh diambil dengan menunjukkan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR dengan mendapat sekurang-kurang lulus dalam matapelajaran Matematik dan Sains.
    Sila hubungi pejabat MARA yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  13. mcm mana kalau kputusan pmr yg sebenar dapat 5A3B??masih ada peluang ke untuk masuk MRSM??

  14. kalau pmr sebenar dapat 5A3B ada peluang utk msuk MRSM x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.