Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2009

Para pelajar yang telah memohon untuk memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini. Pada mulanya diberitakan semakan hanya boleh dibuat pada minggu depan.

Semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Terdahulu keputusan permohonan memasuki Tingkatan 1 di MRSM telah boleh disemak bermula semalam.

Sila kunjungi laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009 untuk menyemak status permohonan anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya!

Mereka yang gagal mendapat tempat ke MRSM boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rasmi berserta sijil-sijil yang telah disahkan dan surat sokongan lain jika ada kepada pihak MARA.

Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan.

TERKINI : Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009

5 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2009

  1. npa nk akess untk kemasukan mrsm x leh….pe dah jd…ponat denn

  2. semakan kemasukan mrsm xde pon………mane mghlng…sila tunjukan jln kepd mereka yg budiman..ana da sesat nie….

  3. Letih dan Niko,
    Pihak MARA telah mengubahsuai laman web mereka baru-baru ini menyebabkan beberapa link tidak berfungsi lagi. Sila guna link yang baru ini, Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009.

  4. assalamualaikum..
    bila keputusan kemasukan mrsm untuk tahun 2010 akan keluar??