Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2014

Para pelajar tahun enam yang telah memperolehi keputusan UPSR 2013 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2014 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai 17 Disember 2013.

Sekolah Seni menawarkan empat bidang iaitu Muzik, Tarian, Teater dan Seni Visual.

Semakan Permohonan Sekolah Seni

Semakan boleh dibuat di portal berikut:

Sekolah Seni Malaysia

Syarat Kemasukan

  • Tawaran ke Sekolah Seni ini hanya sah sekiranya murid memenuhi syarat-syarat di bawah;
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
    • Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum, berupaya bergerak tanpa bantuan orang lain/tangan bertongkat/tanpa kerusi roda. Ini disebabkan Sekolah Seni Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk murid yang mengalami kecacatan seperti yang dinyatakan.
    • Bersetuju menerima Sekolah Seni Malaysia yang ditawarkan dan menerima bidang kesenian yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Seni Malaysia yang berkaitan.
  • Semua syarat di atas perlu dipatuhi sepanjang masa persekolahan. Kegagalan murid mematuhi mana-mana satu daripada syarat-syarat di atas boleh menyebabkan tindakan yang sesuai dikenakan kepada murid yang terlibat.
  • Semua murid yang menerima tawaran diingatkan supaya menyediakan keperluan yang sesuai seperti yang dinyatakan.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan permohonan ke Sekolah Seni ini, sila hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan di talian 03 8884 6829 atau emelkan pertanyaan ke salmahsalleh@moe.gov.my
  • Boleh juga menghubungi pegawai berikut;

2 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2014

  1. Dato VS Mogan says:

    Sila maklumkan kepada saya syarat kemasukan kelas rancangan khas bagi pelajar-pelajar tingkatan satu. pelajar2yang mendapat keputusan cemerlang (7A) adatak layak ditempatkan di kelas rancangan khas ? vsmogan.office@gmail.com

  2. berapa umur hinga berapa umur boleh masuk sekolah seni malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.