Keputusan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah Ambilan Januari 2010

Mereka yang ada membuat permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi Ambilan Januari 2010 boleh membuat semakan mengenai keputusan permohonan mereka mulai 8 Januari 2010.

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Dalam Talian Tawaran Ke Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI-SR Ambilan Januari 2010.

Calon yang berjaya ditawarkan mengikuti program KPLI-SR ini dinasihatkan supaya mencetak surat tawaran sementara dan membawa surat tersebut ke Institut Pendidikan Guru pada hari pendaftaran.

Calon yang berjaya ini juga dinasihati untuk mematuhi arahan yang diberi dengan teliti, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka tidak layak untuk mendaftar di Institut Pendidikan Guru.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran dan semoga menjadi tenaga pendidik yang berdedikasi.

One thought on “Keputusan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah Ambilan Januari 2010

  1. ble tarikh pgambilan kpli 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.