Penajaan Tambahan Pelajar Lepasan SPM 2007

TERKINI

Keputusan permohonan biasiswa program penajaan tambahan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang mendapat 9A dan ke atas dan Ivy League Universities dan setara bagi tahun 2008 telah boleh disemak mulai 29 Julai 2008.

Maklumat lanjut sila rujuk Keputusan Permohonan Biasiswa Penajaan Tambahan Lepasan SPM.

Mulai tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menawarkan penajaan tambahan untuk pelajar–pelajar yang cemerlang bagi mengikuti pengajian di dalam dan luar negara. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon untuk mendapatkan tajaan JPA seperti berikut:

Program Luar Negara

Pelajar-pelajar yang sedang atau mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian Tahun I peringkat ijazah pertama di universiti-universiti Ivy League atau setara.

Program Dalam Negara

  1. Pelajar-pelajar SPM 2007 yang mendapat 9A dan ke atas yang sedang mengikuti pengajian di Tingkatan 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa atau Pusat Matrikulasi / Asasi Sains lain di bawah Institusi Pengajian Tinggi Awam;
  2. Pelajar-pelajar yang sedang atau mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian Tahun I peringkat ijazah pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University dan Curtin University of Technology di Malaysia;

Program dan institusi-institusi yang ditaja

  1. Tingkatan 6 di Sekolah-Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.
  2. Matrikulasi di Pusat-Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Asasi Sains di Pusat Asasi Sains UM (PASUM), Pusat Asasi UiTM, Pusat Asasi UIA, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, Pusat Tamhidi USIM, Pusat Asasi UPNM.
  4. Ijazah Pertama di Nottingham University, Monash University, Curtin University of Technology dan Swinburne University.
  5. Ijazah Pertama di Ivy League Universities iaitu Brown University, Cornell University, Columbia University, Dartmouth College, Harvard University, Yale University, Princeton University dan University of Pennsylvania.
  6. Ijazah Pertama di British Top Universities iaitu University of Cambridge, University of Oxford, Imperial College London, London School of Economics dan University College London.

Sila ambil perhatian bahawa JPA hanya akan menaja bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja.

Syarat-syarat Permohonan;

(a) Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 31 Disember 2008;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam Bahasa Melayu,Sejarah dan Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral serta mana-mana 6 matapelajaran berikut;
    Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Inggerís, Matematik, Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Ekonomi Asas, EST, Geografi, Teknologi Maklumat, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi, Tasawur Islam, Pendidikan Seni;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakitpenyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya;
  5. Mendapat tempat ke Tingkatan 6 atau Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pusat Asasi Universiti Malaya atau Pusat Matrikulasi / Asasi Sains lain di bawah InstitusiPengajian Tinggi Awam atau University of Nottingham, Monash University, Swinburne University dan Curtin University of Technology di Malaysia atau universiti-universiti Ivy League di Amerika Syarikat dan universiti-universiti terkemuka di United Kingdom atau setara;

(b) Syarat Khusus bagi permohonan program ijazah pertama di Nottingham University, Monash University, Curtin University of Technology dan Swinburne University, Program Ivy League
Universities dan setara

  1. Calon-calon yang menerima tawaran di 4 kampus cawangan di Malaysia disyaratkan memperolehi keputusan seperti berikut:
    A-Level 12 Mata South Australian Matriculation (SAM) 90 %
    Australian Matriculation (AUSMAT) 90 %
    International Baccalaureate (IB) 33 mata
  2. Calon-calon yang menerima tawaran ke universiti Ivy League disyaratkan memperolehi keputusan Scholastic Aptitude Test I (SAT I) sekurang-kurangnya 1,400 mata bagi Critical Reading dan Matematik, dan markah TOEFL sekurang-kurangnya 105 (Internet Base Test).
  3. Calon-calon yang menerima tawaran ke universiti terkemuka United Kingdom disyaratkan memperolehi Gred A dalam sekurang-kurangnya 3 matapelajaran dalam peperiksaan A-Level, atau 40 mata dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB), dan markah IELTS sekurang-kurangnya 7.0.

Bidang Tajaan

  1. Perubatan
      Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  2. Sains Tulen
      Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  3. Sains Gunaan
      Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/Sains Makanan, Perikanan/Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  4. Teknologi
      Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  5. Sastera
      Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan
  6. Sastera Ikhtisas
      Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

Calon-calon yang tidak layak memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang telah mendapat penajaan lain untuk melanjutkan pengajian.

Tempoh Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:

Bagi tempoh pengajian 4 tahun atau kurang
– Kursus bukan profesional tempoh berkhidmat 4 tahun
– Kursus profesional tempoh berkhidmat 6 tahun
– Jumlah ganti rugi RM 110,000 di IPTA dan kos sebenar bagi IPTS

Bagi tempoh pengajian lebih 4 tahun
– Kursus bukan profesional tempoh berkhidmat 5 tahun
– Kursus profesional tempoh berkhidmat 7 tahun
– Jumlah ganti rugi RM 130,000 di IPTA dan kos sebenar bagi IPTS

Bagi kursus perubatan dan pergigian
– Tempoh berkhidmat dengan kerajaan ialah 10 tahun
– Jumlah ganti rugi RM 250,000 di IPTA dan kos sebenar bagi IPTS

Kursus profesional meliputi kursus-kursus seperti perubatan, pergigian, farmasi, perubatan veterinar, kejuruteraan, seni bina, perakaunan, kejururawatan, undang-undang, penilaian harta, ukur bahan dan ukur tanah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon hendaklah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan percuma melalui talian di http://esila.jpa.gov.my mulai tarikh iklan dikeluarkan;
  2. Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://esila.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my;
  3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahajadiambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  4. Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  5. Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pemohonan PenajaanTambahan SPM 2007”;
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pemohonan Penajaan Tambahan SPM 2007”sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  7. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3550. Talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat); dan
  8. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerjamulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2008. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

6 thoughts on “Penajaan Tambahan Pelajar Lepasan SPM 2007

  1. Salam,
    adakah pelajar yg memenuhi semua syarat2
    yg ditetapkan layak secara automatik untuk
    menerima biasiswa dalam negara atau dipilih
    berdasarkan kriteria seperti PILN?

  2. Aiman,

    Salam…. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenainya.

  3. Salam.kenapakah anak saya mendapat 9a,sedang belajar matrikulasi,tidak mendapat tajaan tambahan?

  4. Sq1956,
    Sila berhubung dengan pihak JPA untuk maklumat lanjut.

  5. Bila keputusan program penajaan tambahan pelajar lepasan spm 2007 diumunkan? Portal esila dan eputra tidak dapat disemak……

  6. Ahmad Fikri says:

    Assalamualaikum. Saya telah mendapat 8A dalam SPM 2010. Adakah saya boleh memohon biasiswa ini? Saya akan melanjutkan pelajaran ke KDU Penang untuk A-level. Sebarang maklumbalas amat saya hargai. Terima kasih