Senarai Penerima Biasiswa JPA PILN 2010

Penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di  luar negara pada peringkat ijazah pertama telah ditawarkan kepada 1,750 orang pelajar. Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini memang menjadi perhatian setiap tahun dan 1,500 orang pelajar telah menerima biasiswa ini tahun lepas.

Bidang

Tajaan biasiswa memberi fokus kepada bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial kerana tenaga sumber manusia dalam bidang itu amat diperlukan perkhidmatan awam dan negara.

Kriteria

Kriteria diguna pakai untuk penawaran biasiswa JPA ini membabitkan empat perkara iaitu pencapaian akademik; pembabitan dalam kegiatan ko-kurikulum; sosio-ekonomi/latar belakang keluarga dan prestasi temu duga.

Jumlah Permohonan

Pada 2009, seramai 465,853 calon menduduki SPM berbanding 442,936 orang pada 2008. Bagi permohonan PILN 2010, JPA menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah itu, 10,956 permohonan diterima daripada calon melepasi syarat/gred minimum ditetapkan mengikut bidang pengajian. Peningkatan bilangan calon menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.

Sebanyak 8,948 atau 47 peratus permohonan bagi Bumiputera membabitkan Melayu dan Bumiputera lain dengan 3,929 orang menghadiri temu duga. Manakala 9,896 atau 53 peratus membabitkan permohonan bukan Bumiputera seperti Cina (7.937), India (1,810) dan lain-lain (149) dan 7,027 menghadiri temu duga. Secara keseluruhan, 18,844 calon memohon dengan 10,956 menghadiri temu duga.

Penolakan Dan Rayuan

Selepas keputusan PILN diumumkan pada 21 Mei 2010, seramai 59 pelajar menolak tawaran JPA dan sebanyak 4,298 rayuan diterima. Daripada bilangan itu, terdapat 1,218 rayuan adalah terdiri daripada calon yang mendapat sekurang-kurangnya 9A+.

Penerima Mengikut Kursus

  • 847 bagi kursus kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi di pelbagai negara seperti Australia, New Zealand, India, Republik Czech dan Poland.
  • 493 bagi program berkembar di Kolej Perubatan Pulau Pinang, Kolej Perubatan Manipal Melaka dan Universiti Perubatan Antarabangsa manakala
  • 410 bagi kursus kejuruteraan di Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Penerima Mengikut Kaum

  • 971 orang Bumiputera iaitu
    • 738 Melayu
    • 128 Bumiputera Sarawak
    • 102 Bumiputera Sabah
    • 3 Lain-lain
  • 779 orang bukan Bumiputera iaitu
    • 603 Cina
    • 161 India
    • 15 Lain-lain

Pemohon PILN Ditawarkan PIDN

Seramai 2,000 pelajar cemerlang yang ada membuat permohonan tetapi tidak terpilih di bawah PILN telah ditawarkan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Sebanyak 100 penajaan disediakan kepada pelajar bagi mengikuti pengajian di empat buah universiti penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

sebanyak 1,900 penajaan telah ditawarkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ke IPT tempatan dan kampus cawangan terpilih seperti Universiti Nottingham dan Universiti Monash dalam bidang kritikal dan strategik.

Pelajar terpilih akan ditaja di peringkat matrikulasi, asasi, pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan semasa di peringkat kursus persediaan.

Pecahan mengikut kaum bagi 2,000 penerima biasiswa ini ialah:

  • 1,200 Melayu
  • 540 Cina
  • 200 India
  • 60 Lain-lain

Kos Pengajian

Bagi menampung kos pengajian pelajar seramai 3,750 orang ini memerlukan peruntukan sebanyak RM1.96 bilion pada tahun ini.

Permohonan PIDN

Bagi pelajar yang tidak ditawarkan sebarang penajaan di bawah PILN, mereka masih berpeluang memohon penajaan di bawah PIDN sekiranya ditawarkan tempat di peringkat diploma atau Ijazah Pertama di IPT tempatan. Sila rujuk Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010

2 thoughts on “Senarai Penerima Biasiswa JPA PILN 2010

  1. layak 🙂 tapi tggu dapat result first year dlu,,, maksudnya kena tggu nak naik 2nd year baru boleh apply..

  2. saya baru mndapat keputusan STPM 2010.disebabkn ia x memuaskn saya mahu ulang semula.adakah peluang untuk saya memohon biasiswa JPA jika saya mendapat keputusn yg cemerlg utk ulangan.