Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2009

Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari 2010.

Calon yang menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut. Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos.

Di samping itu calon-calon boleh juga menyemak keputusan STPM 2009 mereka mulai jam 12.00 tengahari, 25 Februari 2010 melalui SMS dengan menaip STPM <jarak> No. MyKad dan hantar ke 39003 atau menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.

Keputusan STPM 2009 boleh juga disemak secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12.00 tengahari pada hari yang sama.

Seramai 52,348 calon telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2009 dan daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

Sumber : bernama

20 thoughts on “Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2009

  1. waaaaaaaaa….brdebornyer rse nk mbik rsult 6ti…
    hrp2 dpt rsult cmerlang…amin…

  2. Wish them all the best!

  3. same la di cnie, terkejot bler dpt taw result keluar agk awl. Hrp2 result kali nie cemerlang gemilang dan terbilang. Amin. Bdk Stp Clifford 2009 Aja Aja Hwaitin!

  4. 4.0 all the way!

  5. t’kjut gler rsult kua awl..smge rsult terbaik punye..amin…

  6. gementarnye sye…arap dpt result yg gempakkkk

  7. aduhhhhhhhhhhhh.tkut nya…result kuar awl…sngat la.

  8. takuttttttttttttttttt….result stp kuar awl….sangat la/…….arap2 ok la keputusan…amin……….

  9. huhuhu…takut gla…wtpe sume da x kna….risau tol…
    hrap2 dapat result yg cmerlang la..amin,….all the best 4 u all…

  10. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by shaznilam: ePutra – Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2009: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) … http://bit.ly/bWl0xy

  11. ape punya kptusan ….nape truk sgt…
    mst ada yg x kn ngn result 2…huhuhu

  12. SPM result bile lak keluar??

  13. salam. tahniah saya ucapkan kepada semua lepasan STPM yang baru mengambil keputusan. Moga terus sukses dalam kehidypan.

    Kepada encik moderator a.k.a encik nilam. saya ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan.Saya sedang menggu keputusan spm, dan sy sgt berminat untuk memasuki tingkatn 6.Soalan2 sy ialah:

    1)adakah sy dapat memilih sendiri sekolah mana yang sy ingin untuk ke tingkatan 6? Jika tidak, bagaimanakah pemilihan sekolah untuk pelajar2 tingkatan 6 ditempatkan dibuat?
    2)adakah surat tawaran untuk form6 dihantar selepas atau sebelum result spm keluar nanti

    3)ada ke sekolah berasrama yang menawarkan tingkatan 6 untuk bersekolah disitu?

    sy benar2 berharap encik mod a.k.a encik nilam membalas soalan sy ni.

    Terima Kasih.

  14. Ain,
    Salam…
    1. Sekolah dan jurusan akan ditentukan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri berdasarkan keputusan SPM anda. Walaupun begitu anda masih boleh memohon untuk bertukar sekolah atau jurusan.
    2. Semakan tawaran ke tingkatan 6 perlu dibuat secara online dan surat tawaran perlu dicetak sendiri secara online juga. Tawaran ke tingkatan 6 akan diumumkan selepas keputusan SPM dan Matrikulasi dikeluarkan.
    3. Sekolah berasrama penuh tidak ada tetapi kalau tidak silap saya sekolah berasrama biasa ada yang menawarkan tingkatan 6.
    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menyemak kategori Tingkatan 6.

  15. Terima kasih banyak2 tuan nilam. ^^

  16. Ain,
    Sama-sama…

  17. slm… sy nk tny,sy lpasan spm 09 baru shj mdapat result spm bln feb lepas, sy dapat 1 A+,4 A-,3B+ & 1 C+ (A- untuk fzk dan B+ untuk kedua-dua subjek biologi dan kimia) , persoalanny sy layak tak masuk tingkatan 6 dalam jurusan sains..??? sy mcm dah hilang arah tuju..tlg,anyone?? plizzz.. sy takut sy da takde masa dpn.. huhu..

    lagi satu, sy dpt tahu yg sesiapa yg sudah habis stpm boleh terus sambung belajar di peringkat ijazah.. Betul ke? Sy nk dptkan kepastian

  18. Rem,
    Salam… Anda menang layak masuk tingkatan 6 jurusan sains. Memang benar, selepas tamat STPM anda boleh sambung belajar di peringkat ijazah. Bidang yang boleh anda pohon nanti bergantung kepada mata pelajaran dan gred anda. Mungkin anda boleh rujuk Panduan Tentang Tingkatan Enam.

  19. terima kasih encik nilam… thanks 1000x!

  20. lw sye amek sci sukan kt stpm adekah lebih baek drpd sye amek sci technology di usim?
    kerana sye terlalu meminati sukan,,dan xmeminati jurusan sains n technologi tersebut ianya pilihan ibubapa sya,,tlg sye!,,,facebook -memen azmin