Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2010.

Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;

  1. Kolej Profesional MARA (KPM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. German-Malaysian Institute (GMI)
  4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  5. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Kolej Profesional MARA

Program Diploma
• Business Studies (AL 0057) • Accountacy (AL 0056)
• English Communication (AL 0047) • Business Computer Networking
• Entrepreneurship (AL 0059) • Agro – Business (AL 0064)
• International Business • Integrated Logistic Management
• Islamic Banking & Finance

Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
• F & HND in Computing (Business Information Technology) (AL0061)
• F & HND in Business Computing (AL 0051)
• F & HND in Business (Marketing) (AL0052)

Universiti Kuala Lumpur

Bidang-bidang Pengkhususan Pengajian Peringkat Diploma & Ijazah
• Electrical Electronics & Telecommunication Technology
• Robotics, Automation & Mechatronics Technology
• Machine Building Metal Fabrication & Working Technology
• Automotive, Aircraft, Ship & Industrial Maintenance Technology
• Product Design, Mould & Die & Precision Manufacturing Technology
• Engineering Business & Mangement & E-Commerce
• Computer Networking, Software Engineering, Multimedia & Animation
• Medical & Allied Health Sciences
• Quality Engineering & Industrial Logistics
• Medical Science technology
• Foundation Studies

Kolej Poly-Tech Mara

Bidang Pengajian Peringkat Diploma & Ijazah
• Sains Komputer • Kejuruteraan • Pengurusan Perniagaan
• Sains • Perakaunan • Profesional • Kejururawatan

Institut Kemahiran Mara
Kolej Kemahiran Tinggi Mara

Bidang Pengajian Diploma & HND
• Elektronik • Elektrik
• Automotif • Awam
• Seni & Reka bentuk • Mekanikal & Servis
• Mekanikal Pembuatan • Kejuruteraan & Teknologi

German-Malaysian Institute

Program-Program Diploma Sepenuh Masa

A. Technologi Pembuatan
• Production Technology (Tool & Die Technology)
– KP(BPSG)5195/331(45)(KR500411/2011)
• Production Technology (Mould Technology)
– KP(BPSG)5195/331(45)(KR5005)11/2011
• Product Design & Manufacturing
– KPT(JPS)600-03/331(23)(KA7165)07/2011
• CNC Precision Technology
– KPT(JPS)600-03/331/(47)(KA7164)12/2012

B. Elektronik Perindustrian
• Industrial Electronics (Mechatronics)
– KP(BPSG)5195/331(36)(KR5001)11/2011
• Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control)
– KP(BPSG)5195/331(36)(KR5002)11/2011
• Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)
– KP(BPSG)5195/331(36)KR5003)11/2011
• Network Security
– KPT(JPS)600-03/331/(23)(KA7166)07/2012

Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat samada secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online atau memohon terus di IPMa yang berkenaan.
  2. Pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.
  3. Permohonan secara terus boleh dibuat seperti berikut:
    • Hanya pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 4.00 petang.
    • Program KPM: Di semua KPM yang menawarkan program berkenaan atau di Bahagian Pendidikan Tinggi
    • Program KPTM: Di semua KPTM
    • Pogram GMI: Di GMI
    • Program KKTM & IKM: Di Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) sahaja
    • Program UniKL: Permohonan secara online sahaja
  4. Semasa memohon, perlulah membawa sijil asal dan salinan dokumen berikut;
    • SPM / SPMV & sijil berkaitan
    • Sijil kelahiran pemohon & ibubapa untuk pengesahan taraf bumiputera
    • Kad pengenalan

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Institut Pendidikan atau layari laman web yang berkenaan untuk mendapatkan lebih maklumat.

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 5111 samb. 1734, 1732, 1760 Faks: 03-2691 4457
Laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/

Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001
Emel: enquiries@unikl.edu.my
Laman web : http://www.unikl.edu.my/

Kolej Poly-Tech MARA
Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9281 9700 / 9285 6033 Faks: 03-9281 5764
Laman web : http://www.kptm.edu.my/

Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tingkat 20 & 21, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 5111 samb. 3467, 3480 Faks: 03-2691 4457
Laman web : http://www.ikm.edu.my/

German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor
Talian Umum: 03-8921 9000 Faks: 03-8921 9003
Emel: enquirygmi@gmail.com
Laman web : http://www.gmi.edu.my/

Tarikh Tutup

Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010 ditutup pada 30 September 2009. Tarikh tutup permohonan secara online telah dilanjutkan sehingga 15 November 200915 Disember 2009.

Walaupun begitu Permohonan Secara Terus masih dibuka di UPIM, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Ibu Pejabat MARA, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA, Ibu Pejabat MARA, Kolej-kolej Profesional MARA dan German Malaysian Institute. Sila datang sendiri untuk menyemak samada masih ada kekosongan untuk kursus yang anda minati.

34 thoughts on “Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010

  1. SALAM nilam.
    saya telah membuat prmohonan untuk di atas.
    tapi,saya jadi musykil.
    takpe ke kalau saya dah buat permohonan untuk uitm sebelum nie,dan skrg saya memohon untuk institut pendidikan mara plak?

  2. well utk ad.xpe.nanti dy akan pertimbangkan mane yang layak.kalo da dpt uitm.mara tu xdpt la..tp ape2 ttap leh rayuan kan.hehe
    ak dah lalu sume tu.skng ni ak da uni da.ape2 tanye jelaa

  3. Thx one piece.
    Alamak,makna nya permohonan Uitm saya kena reject la?
    Ruginye! Saya saje je isi institut pendidikan mara nie tadi.
    Cam mne nie? 🙁

  4. Ad,
    Tidak kena kena reject tetapi kedua-duanya akan dipertimbangkan. Maknanya anda mempunyai dua peluang iaitu samada dapat UiTM atau IPMa, jadi lebih daripada ada satu peluang sahaja.

    One Piece,
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini.

  5. macam name nak mohon kktm,,saya tak tahu ..bls pertayaan saya

  6. Maafkan saya. Saya masih kurang faham nie.

    Sebagai contoh, jika permohonan saya ke GMI diterima,adakah permohonan UiTM saya secara automatik akan di tolak?

    Atau pun saya mempunyai peluang untuk menerima kedua-dua tawaran daripada pihak UiTM dan pihak GMI dalam satu masa?

  7. Ira,
    Anda boleh memohon secara online melalui Permohonan Online ATAU datang sendiri ke Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) untuk mengisi borang permohonan.

    Ad,
    Memandangkan kedua-dua permohonan diproses oleh pihak MARA tetapi oleh institusi yang berbeza, ada kemungkinan anda akan menerima hanya satu tawaran. Walaupun begitu ada kemungkinan juga anda akan menerima dua tawaran jika kedua-dua institusi ini tidak berkongsi maklumat permohonan.

    Bagi mendapatkan kepastian yang jelas, saya cadangkan anda berhubung dengan kedua-dua pihak. Sementara itu jika ada pembaca lain yang ada pengalaman yang sama, bolehlah kongsinya di sini untuk panduan bersama.

  8. please someone yang tahu?

    sebab sekarang weekends. dah call pun diorang tak angkat.

    Hrm,macam bawak masalah je isi benda nie.

    Apsal la tangan ni gatal nak isi padahal saya target Uitm.

  9. Ad,
    Cuba hubungi mereka lagi.
    Saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana sekarang anda mempunyai kemungkinan samada mendapat tawaran UiTM atau GMI. Lagipun pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini.

  10. TERIMA KASIH, NILAM.
    Saya telah mendapat email daripada pihak GMI. Berikut isi kandungnya:
    >>
    Terima kasih kerana berminat dengan GMI.
    Untuk pengetahuan anda, UiTM ialah sebuah IPTA dan IPMa pula didaftarkan sebagai IPTS. GMI ialah salah sebuah IPMa.
    Persamaan yang ada antara keduanya ialah nama MARA sahaja tetapi sebenarnya kami merupakan dua entity berbeza.
    Ya, jika anda memohon untuk UiTM dan IPMa, bermakna ada kemungkinan anda akan mendapat tawaran dari kedua-dua IPT.

    Terima kasih,

    MOHD FAIRUDZ HAMDAN
    Admission & Record Officer (Sr.)
    Administration, Finance & Student Affairs Dept.

    German-Malaysian Institute (GMI)

    -Dan ini pula email daripada pihak Unit Pusat Institut Mara(UPIM):
    >>
    Perkara di atas adalah dirujuk

    Untuk makluman UiTM tiada kaitan dengan IPMa jadi tiada
    masalah permohonan yang telah dibuat oleh anda.

    Kemungkinan anda akan dapat dua tawaran jika berjaya.

    –Terima Kasih banyak-banyak kepada Nilam. ^^

  11. Ad,
    Sama-sama…. Gembira kerana masalah anda sudah selesai. Semoga anda akan berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

  12. saya suda mendapat tindak balasn dari ikm kota kinabalu bahawa saya telah menggu 2 bulan untk mndapatkan surat tawaran dari ikm kota kinbalu pada 3 nov 2009,takut2 kalau tawaran saya terbatal tmpah sbab yang berikut…

  13. adakaah saya mendapat twaran berikut

  14. SuhLD16,
    Saya kurang memahami pertanyaan anda, walaupun begitu jika anda telah mendapat pengesahan akan mendapat surat tawaran, rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan cuma anda perlu tunggu sahaja.

  15. sya keliru..untuk memohon kktm sy perlu mengisi borong di UPIM ke?kalau isi borang di UPIM,knapa kos reka bentuk fesyen yang sya nak tak tersenarai??tolong bantu…

  16. Myra,
    Benar, cuma klik di Permohonan Online dan seterusnya pilih Kolej Kemahiran Tinggi MARA.
    Kursus Rekabentuk Fesyen ada di bawah Jabatan Seni & Rekabentuk, sila rujuk Maklumat Program KKTM.

  17. tp saya dah ambil borong kktm dan hantar ke pejabat mara..boleh ke kalau sy nak aply lagi secara online?

  18. Myra,
    Tidak boleh kerana pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.

  19. nk tnyer skit..bila keputsan kmasukan ke kktm intake januari?brpa hri bulan ek?

  20. Amira,
    Buat masa ini belum ada maklumat mengenainya. Lagipun tarikh tutup telah dilanjutkan lagi sehingga 15 Disember depan.

  21. akum, saya nak mohon untuk KKTM dalam bidang Interior Design. Tapi masa nk isi borang kemasukan KKTM on9 tu, xde pown diploma ID ? mcm mane saya nk mohon ?
    blh tlg bantu secepat mungkin ?

  22. asmekom…
    mcam mne sy nk apply masuk kolej polytech mara bg bidang diploma computer system and networking? tp sy nk smbg dip je,sbb skrg sy dh ade sijil tahap 3… dan berapa yuran yang perlu dibayar???

  23. ala,bru sya bru je tgk permohonan hari nie…(17 desember2009)lewat 2hari je tarikh ttp….
    rugi nye x cari awl2……
    nk smbg stdy………………..!!!!
    ingt n smbg diploma senibina…
    sijil 1&2 dah de,tp terlepas lak permohonan ke institut pendidikan mara nie…
    aduh……

  24. Fairus,
    Salam… Ada kemungkinan bidang tersebut tidak ada pengambilan bagi sesi Januari. Cuba semak semasa sesi pengambilan Julai pula.

    Dila,
    Salam… Anda boleh membuat permohonan secara online atau datang sendiri ke kolej yang berkenaan. Yuran pengajiannya adalah RM16,380 tetapi anda boleh memohon tajaan MARA jika layak.

    Yana Kedah,
    Saya difahamkan permohonan secara online telah ditutup tetapi permohonan secara terus masih dibuka di UPIM, Bhg.Pendidikan Tinggi MARA, Ibu Pejabat MARA, Bhg.Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA, Ibu Pejabat MARA, Kolej-kolej Profesional MARA dan German Malaysian Institute. Sila datang sendiri dan bertanya jika ada kekosongan dan nyatakan hasrat anda untuk belajar di situ. Jika tidak ada lagi tempat, anda boleh cuba di pengambilan yang berikutnya.

  25. nur izyan bt jamal says:

    mcm mne nk mohon kktm?

  26. dkt johor…
    dimana tmpt rujukkan tok sy mengambil borang permohonan ipMA

  27. fieya azeez says:

    salam…sy nk ty..camne nk online upim for nex intake?sy da try bkak tp no result..actualy my frenz y nk msuk,emmm…ble ye boleh isi borg for nex intke?n blan bpe intke for 2010…?sy nk tlg kwn sy..

  28. fieya azeez says:

    sy nk ty bile nex intke for 2010..?

  29. Nur Izyan,
    Anda boleh memohon melalui laman web http://online.mara.gov.my/upimonline/

    Afiq,
    Anda boleh memohon secara online di http://online.mara.gov.my/upimonline/

    Fieya Azeez,
    Salam… permohonan secara online telah dibuka sekarang di laman web http://online.mara.gov.my/upimonline/ Permohonan akan ditutup pada 15 April 2010 nanti.

  30. salam..em saya ada banyak isi permohonan..boleh ke saya buat macam tu??..
    saya tak tahu apa nak buat..saya anak sulong.tak tahu nak tanya siape..

    lagi 1..sya dah isi yg intake 2010..tapi macamana nk ubah program pengajian yang saya pilih tu..harap dapat tolong saya ni..

  31. naaaa…mcm mana maw mohon nee ahh???hehehe….

  32. tawaran saya ditolak pada sesi julai yg lepas dan telah membuat rayuan, apakah perkembangan terkini? saya belum dapat berita lagi

  33. saya nk tanye.. saye nak masuk ke mane2 kolej mara tetapi saya xtau mcm mne nk mohon.. saye pelajar lepasan spm 2010.. mohon petunjuk.. ble boleh sye stat mohon n kt mane nk mohon??