Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009

TERKINI : Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

Lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya ramai yang telah berjaya dalam permohonan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada pertengahan tahun ini.

Namun terdapat beberapa orang pelajar yang gagal atau terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran semasa pengambilan sesi Julai yang lalu. Walaupun begitu ini tidak bermakna peluang mereka telah tertutup terus kerana mereka boleh memohon semasa pengambilan berikutnya.

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi pengambilan sesi Disember 2008 / Januari 2009 telah mula dibuka bagi beberapa universiti. Pengambilan bagi sesi Disember 2008 / Januari 2009 ini diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan berbanding pengambilan sesi Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Setelah melayari kesemua laman web IPTA terdapat beberapa sahaja IPTA yang membuat pengambilan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah bagi sesi Disember 2008 / Januari 2009.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuka permohonan kepada calon-calon bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM bagi kemasukan sesi Disember 2008 secara sepenuh masa atau pengajian luar kampus (separuh masa) melalui program-program pengajian seperti berikut:

  1. Asasi/Diploma/Pra Diploma
  2. Ijazah Sarjana Muda
  3. Pengajian Luar Kampus
  4. Profesional dan Lepasan Ijazah

Tarikh tutup permohonan adalah 5 September 2008. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi UiTM Online.

Di samping itu UiTM juga ada menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh atau e-PJJ untuk mereka sedang bekerja. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman web Institut Perkembangan Pendidikan UiTM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2008.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga ada membuka permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UIAM bagi kemasukan sesi November 2008.

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2008. Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula ada membuka Permohonan Calon Saluran Kedua (program sepenuh masa), iklan berkenaannya akan dikeluarkan pada bulan November setiap tahun dan permohonan perlu dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian UKM.

Maklumat lanjut berkenaan pengajian yang ditawarkan dan kelayakan minimum untuk permohonan saluran kedua ini boleh diperolehi di Syarat Saluran Kedua UKM.

Universiti Sains Malaysia (USM) juga ada membuat pengambilan sendiri selain daripada pengambilan berpusat yang diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengambilan calon peringkat ijazah pertama bagi kemasukan khas, kemasukan saluran kedua, warga emas dan pengajian jarak jauh diuruskan sendiri oleh USM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengetahui tarikh permohonan dibuka untuk pengambilan ini bolehlah merujuk kepada laman web Saluran Kemasukan USM.

USM telah pun membuka permohonan kemasukan ke Program Pengajian Jarak Jauh bagi sidang akademik 2009/2010 untuk lepasan Diploma, STPM, SPM, SPM dan yang setaraf dengannya. Mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas juga layak memohon di bawah kategori Warga Emas. Pemohon perlulah memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program berdasarkan Program Pengajian yang dipilih.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di laman web Program Pengajian Jarak Jauh USM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 November 2008 ini.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) juga ada membuat pengambilan bagi sesi Disember selain sesi Julai. Permohonan kemasukan ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UTHM
bagi pengambilan sesi Disember setiap tahun adalah diselaraskan oleh UTHM dan iklan akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama tempatan.

Ketika artikel ini ditulis belum ada maklumat di laman web UTHM bila tarikh permohonan ini akan dibuka. Walaupun begitu pemohon boleh melayari laman web Kemasukan UTHM dari masa ke semasa untuk mengetahui tarikhnya dan mendapatkan keterangan lanjut.

Permohonan kemasukan sepenuh masa semestar II (pengambilan Disember) sesi akademik 2008/2009 program Sarjana Muda UTHM telah pun dibuka. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kemasukan UTHM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2008 dan tarikh tutup penghantaran dokumen yang telah disahkan ialah pada 8 Oktober 2008. Terima kasih kepada Khai24 kerana memberi maklumat ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula mempelawa calon warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Lepasan Diploma atau setaraf untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi ambilan Semester Kedua sesi 2008/2009.

Permohonan kemasukan ke UTM ambilan Semester Kedua sesi 2008/2009 ini adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja. Tarikh tutup Aplikasi Atas Talian (Online Application) ini adalah pada 19 September 2008 dan perlu menghantar salinan Borang Permohonan online berserta sijil-sijil dan transkrip yang telah disahkan selewat-lewatnya pada 26 September 2008.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan ini boleh diperolehi di laman web di Permohonan Kemasukan Pelajar ke UTM.

UTM juga telah membuka pengambilan semestar Disember sesi 2008/2009 bagi program pengajian separuh masa untuk diploma dan ijazah. Tarikh tutup permohonan bagi mengikuti pengajian separuh masa ini adalah 17 Oktober 2008. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di School of Professional And Continuing Education (SPACE) UTM.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga telah membuka permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pengambilan sesi akademik Disember 2008. Calon-calon lulusan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma adalah layak untuk memohon.

Pengambilan bagi program ini adalah untuk pasaran terbuka dan bukan bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat di laman web Permohonan Dalam Talian UPSI. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 September 2008. Terima kasih kepada Bani kerana memberi maklumat tentang perkara ini.

Universiti Malaya (UM) pula mempelawa mereka yang berminat membuat permohon bagi mengikuti Program Ijazah Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan.

Borang permohanan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web University Malaya. Tarikh tutup menghantar permohonan adalah 20 Oktober 2008.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula telah membuka permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama pengambilan semestar kedua sesi 2008/2009. Permohonan boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti. Pemohon juga perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program untuk kemasukan ke Program Ijazah Pertama di UUM ini.

Guru-guru yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tidak layak untuk memohon kemasukan ini.

Maklumat lanjut berkenaan syarat am, syarat khas program, borang permohonan dan perkara yang berkaitan boleh diperolehi dari laman web Kemasukan UUM. Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang permohonan ialah sebelum atau pada 31 Oktober 2008. Terima kasih kepada Miza dan Hafiz kerana memberi maklumat tentang perkara ini.

Begitulah secara ringkas beberapa IPTA yang ada membuka pengambilan untuk sesi Disember 2008 / Januari 2009. Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang pembukaan permohonan ke IPTA sesi Disember 2008 / Januari 2009 sila tinggalkan komen dan ianya akan dikemaskini di sini supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.

Reblog this post [with Zemanta]

93 thoughts on “Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009

  1. thank you…dah puas cari kat laman web tadi…pening dibuatnya..
    nasib baik info telah dikumpulkan…senang nak baca…thank you again

  2. terima kasih ye..puas sy check satu2 web..hehe..thanks again..

  3. bdk nak blaja says:

    nape xleh nak online intake utm??ada masalah k?

  4. redhead & princess,

    Sama-sama.

    bdk nak blaja,

    Nampaknya buat masa ini laman web UTM tidak boleh dilayari. Sila cuba lagi di lain masa.

  5. salam…nape website utm x leh masuk…ada link lain ke utk utm ni.sila bg respon

  6. salam…bile no pin UPU mle d jual utk ambilan disember 08/09??

  7. sy nk tnya uia utk november intake kna bli no pin dimana??

  8. mawi,
    Laman web UTM sudah boleh dilayari.

    Stdentslife,
    Nombor PIN UPU tidak diperlukan sebab segala urusan pengambilan sesi Disember diuruskan sendiri oleh IPTA yang berkenaan. Oleh itu semua pembayaran juga perlu dibayar terus kepada IPTA tersebut.

    suzie68,
    Nombor PIN tidak diperlukan. Bagi UIA bayaran proses permohonan sebanyak RM 75.00 dalam bentuk kiriman wang atau wang pos perlu disediakan atas nama Pengarah Kewangan, UIAM.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi UIA di 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel: admissions@iiu.edu.my

  9. salam,hanya Universiti yang nilam senarai di atas saja je yang ambil pengambilan Disember?UPSI tidak ada ke pengambilan Disember?

  10. mcm maner nk apply 4 uthm??

  11. bani,
    Salam… Senarai di atas cuma apa yang tersiarkan di laman web IPTA berkenaan semasa saya melayarinya. Mungkin ada IPTA yang telah mengiklankan pengambilan mereka di akhbar yang saya tidak tahu atau baru mengemaskini laman web, jadi tidak ada dalam senarai di atas.

    Oleh itu jika sesiapa mengetahui mana-mana IPTA yang ada membuat pengambilan sesi Disember 2008 atau Januari 2009 tetapi tidak disebut di atas sila maklumkan di sini supaya ianya dapat dikemaskini.

    2we,
    Menurut laman web Kemasukan UTHM memang ada pengambilan sesi Disember 2008. Walaupun begitu setakat ini belum ada maklumat baru mengenainya. Untuk penjelasan mungkin anda boleh menghubungi UTHM di talian 07-453 7000/25/20.

  12. ok..nex intake uia utk lpsan spm ada k??

  13. suzie68,
    Setahu saya lepasan SPM boleh memohon pengajian peringkat Asasi/Foundation di UIA, pengambilannya hanya pada sesi Julai sahaja.

    Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi UIA di 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel: admissions@iiu.edu.my

  14. khai24,
    Terima kasih dengan maklumat ini.

  15. kemasukan untuk upsi lepasan stpm sesi disember xde ker…dan cammane nk mohon..time kasih..

  16. PENGAMBILAN SEPTEMBER UNTUK UPSI DAH KUAR ARI NI…

  17. xtahu,
    Permohonan kemasukan ke UPSI telah dibuka sila rujuk laman web UPSI.

    bani,
    Terima kasih dengan maklumat ini.

  18. pemudaputatan says:

    salam bro nilam, ums tak de 2nd intake ke?

  19. pemudaputatan,
    Salam… tiada maklumat mengenainya di laman web Universiti Malaysia Sabah. Anda mungkin boleh menghubungi UMS di talian 088-320 000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  20. pemudaputatan says:

    tnx bro…how about uum?xde juga ker maklumat

    1 lagi bro…ape tu kemasukan saluran kedua (like ukm,usm)?

  21. salam..
    nk tnyla, lepasan diploma blh aply maktab utk amik ijazah? klu blh bila slalunya boleh memohon?

  22. kalau kite tahun akhir blh tak kite apply untuk kemasukan disember..sebab skrg saye sem6 diploma (tahun akhir) ada sape nak komen???

  23. salam.. kemarin kwn sy cal hhp uum, depa bgtau akan kuar iklan utk intake dis dlm mingguan m`sia esok(ahad). mari kita ramai2 tgk..

  24. pemudaputatan,
    Menurut Hafiz iklan untuk pengambilan UUM sesi Disember 2008 telah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia 21 September 2008 tetapi saya belum melihatnya.

    Saluaran kedua adalah peluang melanjutkan pelajaran untuk mereka yang pernah atau sedang bekerja untuk memasuki IPTA.

    Hafiz,
    Salam… Kemasukan ke maktab perguruan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran dan bila saya semak Aplikasi Perguruan semua permohonan telah ditutup.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pengambilan sesi akademik Disember 2008. Calon-calon lulusan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma adalah layak untuk memohon. Tarikh tutupnya 28 September ini. Maklumatnya ada dinyatakan di atas.

    Terima kasih kerana memberi maklumat tentang UUM itu, saya telah menyemak laman web UUM tetapi setakat ini belum ada maklumat mengenainya.

    duan lang,
    Setahu saya jika anda sedang mengambil diploma dan ingin mengambil ijazah di IPTA yang sama, anda boleh memohon. Jika anda ingin memohon IPTA yang lain tidak pasti pula.

    Untuk kepastian cuba hubungi IPTA yang berkenaan.

  25. salam…nk apply uum mcm ne?

  26. nk apply maktab perguruan bg lepasan spm mcmne?

  27. mcmna mo apply mbil p’lancongn or p’didikn awl ank2

  28. mcmna mo apply pi nurse

  29. mcm na mo apply pi oum

  30. EM NAK TANYER LA…UKM AND UTHM X BUKAK LAGI KER ONLINE APPLICATION NYER???
    RESPON PLS…

  31. uum dah kuar. kawan2 boleh tgk kat kemasukan.uum.edu.my, ada iklan kat kosmo n mingguan msia 21sept. tapi saya dah tgk, boleh g kat tarikh penting n soalan lazim je, bila klik kat borang permohonan, xkuar pape,maybe ada masalah teknikal

  32. ida,
    Permohonan kemasukan ke UUM telah pun dibuka, sila rujuk Kemasukan UUM. Kemasukan ke maktab perguruan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sila rujuk Aplikasi Perguruan untuk maklumat lanjut.

    ofelia,
    Anda perlu menyemak dengan IPTA atau IPTS yang ada menawarkan kursus pelancongan atau pendidikan awal kanak-kanak. Begitu juga dengan kursus kejururawatan, apa yang saya ketahui hospital kerajaan dan swasta turut menawarkan kursus ini.

    OUM adalah sebuah IPTS sila rujuk laman web Open University Malaysia.

    Student,
    Untuk UKM bagi kemasukan untuk lepasan ijazah, permohonan telah pun ditutup. Sementara bagi kemasukan ijazah pertama UKM hanya membuka permohonan melalui saluran kedua, iklannya dijangka keluar bulan November nanti.
    Manakala untuk UTHM telah pun dibuka, sila rujuk Kemasukan UTHM. Tarikh tutupnya adalah 26 September 2008.

    Miza,
    Terima kasih dengan maklumat ini. Anda perlu PDF Reader untuk membaca keseluruhan maklumat di situ.

  33. kemasukan untuk uia leh pkai brg manual je ke sbb online pya utk kesukn feb je

  34. salam..
    masih ada lagi ke permohonan ke ipta fasa 3 khususnya utk permohonan ke uitm?

  35. usm 2nd intake bila?

  36. nuril ekma says:

    assalamualaikum…

    terima kasih banyak2 kepada penulis blog. Saya pun tak sedar yang UUM dah open for the online aplication. Terima kasih sekali lagi. Saya puji usaha anda. Dah banyakblog yang bagi information mcm ni tapi i think you r the best… Keep up the good work… Nyway, selamat hari raya aidilfitri….

    salam akhir dari saya ………….

  37. halo..blh sia tau yg intake january2009 untuk UNIMAS, bila borang ia start jual di bank simpanan?sdah closing date kah?

  38. shah,
    Untuk undergraduate USM ada membuat 3 kali pengambilan iaitu April, Julai dan November. Untuk pengambilan April dan November boleh dibuat secara manual dan online tetapi untuk Julai hanya secara online melalui MOHE.

    fara,
    Salam… Biasanya cuma ada 2 kali pengambilan sahaja setahun.

    tracy,
    Bagi peringkat ijazah pertama pengajian sepenuh masa hanya dibuat pada bulan Julai sahaja. Jika ingin kepastian sila hubungi Unit Kemasukan dan Pengambilan USM di talian 04 – 653 3329 atau 657 5613. Sementara itu, Program Pengajian Jarak Jauh USM telah pun dibuka.

    nuril ekma,
    Waalaikumsalam… terima kasih.

    cath,
    Setahu saya UNIMAS hanya membuat pengambilan melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu sila tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh KPT. Walaupun begitu anda boleh hubungi UNIMAS di talian 082-581000 atau faks 082-581388 untuk maklumat lanjut.

  39. nak tanya..
    adakah sudah terlambat bagi saya (lepasan diploma) untuk memohon mana2 kemsukan ke IPTA bg sessi dec/jan 09 ini?
    bolehkah senaraikan mane2 IPTA yang masih membuka permohonannya sehingga sekarang?
    terima kasih!!

  40. alamak..kenape aku baru tau upsi ade wat panggilan ke 2…kenape aku tak alert..aku sllu gak bukak portal mohe..rupenye bkn kt situ iklannye..nyesalnye…umo makin tue

  41. sy ade terbace pasal IPG, institut pendidikan guru, cmne nak mohon n bila leh mohon?ade sesapa tau pasal maklumat tentang IPG ni? klu ade share la same. same. tolongla bg maklumat klu ade yang alert pasal ni.terima kasih

  42. cerimerah,
    Bagi pengajian sepenuh masa cuma tinggal UUM sahaja yang akan ditutup pada 31 Oktober 2008 ini. Bagi pengajian separuh masa bagi USM tarikh tutup permohonannya adalah 4 November 2008. Sementara itu UKM akan hanya membuka permohonannya pada bulan November nanti.

    gunnerz,
    Sabar sajalah… boleh cuba pengambilan Julai 2009 nanti.

    miza,
    IPG diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sila rujuk IPG dan Aplikasi Perguruan untuk maklumat lanjut.

  43. pengambilan untuk PJJ yang masih buka? untuk intake januari 2009?

  44. bila result kemasukan ke uia dbuka.. sy tgk ia dbuka utk international student je.. lg 1,permohonan ke uia 100% pkai brg manual kan..

  45. Maimun,
    Berdasarkan maklumat yang saya ada hanya USM masih terbuka untuk memohon PJJ, tarikh tutupnya 4 November ini. Sila rujuk Program Pengajian Jarak Jauh USM untuk maklumat lanjut.
    Sementara itu UKM dijangka akan hanya membuka permohonannya pada bulan November nanti.

    Shah,
    Saya juga tidak mempunyai maklumat mengenainya. Untuk program undergraduate, UIA ada membuat 3 kali pengambilan iaitu April, Julai dan November. Pengambilan April adalah untuk pelajar antarabangsa sahaja.
    Permohonan boleh dibuat secara manual dan online tetapi untuk pengambilan Julai permohonan perlu dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi secara online sahaja. Pengambilan November telah pun ditutup pada 30 September lalu.
    Sila hubungi UIA di talian telefon 03 6196 4000 ext. 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau email : admissions@iiu.edu.my untuk maklumat lanjut.

  46. Sy ada terbaca syarat2 kemasukan utk sesi disember.Kemasukan uum sesi disember utk calon stpm2006dan sbelumnya sahaja ke?dlm hal ini adakah calon stpm2007 x layak ke utk mbuat permohonan?sy tlh mhantar emel kpd phk uum tp tiada balasan yg dibuat

  47. bro nilam cakap saluran k2 tu tok yang dah keje kan?so mcm saye ni leh mohon x?coz ri2 saye apply x dapt rayuan pon xdapt sila blaz secepat mungkin ye

  48. thks for the info..klu tak sebab p dis blog,,xtau laa.sy dh pn apply for upsi & uitm.
    tgu medsi saja..thx a lot

  49. permohonan kemasukan ke ipta utk lepsan spm 2008 xde ke?..
    bila borg tu kuar?..

  50. Reo,
    Saya faham masalah yang dihadapai tetapi saya sendiri tidak dapat dapat menjawabnya, harap maaf. Cuba hubungi UUM di talian 04 9283108, 04 9283174, 04 9283107 atau 04 9283168 untuk penjelasan.

    Aqilah,
    Saluran kedua ini memang untuk mereka yang sedang atau ada pengalaman bekerja. Oleh itu anda perlu memohon pengambilan lain dan jika telah terlepas untuk memohon semasa pengambilan sesi Disember/Januari, anda boleh memohon untuk pengambilan Julai 2009 nanti. Iklan dijangka akan dikeluarkan dalam bulan Mac nanti.

    Mella88,
    Sama-sama, gembira dapat membantu.

    cTea,
    Iklan permohonan kemasukan ke IPTA untuk lepasan SPM 2008 dijangka akan disiarkan dipenghujung Februari atau awal Mac 2009 nanti.

  51. thx again..ahad nie saya ada exam medsi..wish me luck =]

  52. tq…so xyah applyla untuk saluran ke2 2 nti yer?kalu owng yang xbekerja xleh apply k?yg permohonan julai 2 same dengn bdak2 y amik stpm thn ni la kan?so saye kene bli no pin jgk k cam dierang?coz no pin dah djual kat BSN

  53. Mella88,
    All the best!

    Aqilah,
    Memang betul tapi perlu diingatkan bahawa tarikh tutup menghantar permohonan adalah sebelum keputusan SPM/STPM diumumkan.

  54. ok thanz tp tak taw la nti saye dapt k x?

  55. cam ner nak mohon maktab …….?

  56. Aqilah,
    Sama-sama… insyaAllah dapat.

    Ejat,
    Kemasukan ke maktab perguruan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran dan maklumat mengenainya boleh didapati di Aplikasi Perguruan. Buat masa ini semua permohonan telah ditutup.

  57. salam…sowi nak tanye lagi banyk sagt masalah xtaw nk tye sape ble permohonan maktab perguruan dibuka?lgi 1 boleh k saye bli sekrg no pin 2?nti klu bli x laku plak?ade x umo cam saye ni 20 msuk u lambat?lgi 1 dlu mse stpm saye amik subjet bm,pgajian am,sej & p.perniagaan so couse p ek ssuai?btol k orang ckp kalau mtak u y jauh2 cam sabah senag dapt?

  58. thx bro nilam.may god bless me and u guys~!
    exam kali ke-2 medsi tue.soalan yg sama cm dulu gak oww.byk saingan jugak laa.neway,gud luck to them too!terima kasih byk sgt2 =)

    aqilah,saya pn 20 jugak still lom msk U..since bis skewl.STPM jugak laa mbik sej,pgajian perniagaan,pngajian am and bm.fuh!saya kerja gak skank neyh.bze keja gakk.smbil2 keja smpat gak check2 application U.just apply jer cos yg ssuai dgn klayakan result aqilah kay.For your info,still byk lagi org umo 20 yg lom msk U lg..kna reject n bla2 la.just don’t give up kay..be optimistic.cheeers! =]

  59. tq melissa saye pon keje ni

  60. nak tanye bile permohonan ke ukm dibuka..
    bln 11 kan…pertengahan bulan or akhir??

  61. aiii slamat pagi tadi saye buke laman web kementerian pelajaran tinggi die xcakp pon tok kmasukn kpd pelajar stpm yg dah lepaz jz tok stpm yg terbaru jee so camner saye leh mohon x?confiuz laa bro nilam 2long jawab yee…….time kasih

  62. uitm punya result untuk intake disember dah kluar ke?d orang kate minggu kedua bln 11 kan?camne ek nak chek?
    UKM punya intake disember dah boleh mohon ke?
    sesape yang tau, share la kat sumer ye. thanks

  63. Aqilah,
    Saya sendiri tidak pasti bila permohonan ke maktab perguruan dibuka. Ada sesiapa yang tahu?
    Nombor Unik ID itu patut dibeli pada bulan Februari nanti. Umur bukan menjadi halangan untuk memasuki IPTA yang penting kemahuan. Saya tidak pasti kursus apa yang sesuai, mungkin ada rakan-rakan yang boleh membantu.

    Berkenaan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:
    1. Kategori STPM – Untuk lepasan STPM 2008
    2. Kategori STAM – Untuk lepasan STAM 2008, 2007 dan 2006
    3. Kategori Diploma/Setaraf – Untuk lepasan STPM/Matrikulasi 2007 dan sebelumnya, Lepasan STAM 2005 dan sebelumnya, Lepasan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS dan kelayakan lain yang diiktiraf.

    Mella88,
    Sama-sama.

    Shu,
    Betul bulan November tetapi setakat ini belum ada maklumat lanjut berkenaannya.

    Miza,
    Keputusan kemasukan ke UiTM boleh disemak di Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM.
    Setakat ini saya pun tiada maklumat tentang pengambilan Disember/Januari UKM.

  64. sye nak thu bla g ada pngambilan nie ye?

  65. ok thanz

  66. June,
    Pengambilan sepenuh masa Disember/Januari kebanyakannya dah ditutup. Mungkin June boleh mencuba memohon untuk pengambilan Julai 2009

    Aqilah,
    Sama2

  67. Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Asasi/Diploma UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Diploma UiTM (PLK/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM (PLK/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Profesional UiTM (Sepenuh Masa/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Pra Diploma UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

  68. Terima kasih Mella88.

  69. SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF AMBILAN DISEMBER SESI 2008/2009

    Semakan calon jaya menduduki temu duga :

    18 November 2008 (Selasa)

    Tarikh temu duga adalah pada 22 November hingga 25 November 2008

    *good luck guys*

    MAY GOD BLESS YOU ALL (^^,)

  70. Terima kasih Mella88 dengan maklumat ini.

  71. TERIMA KASIH SUMA YANG BAGI MAKLUMAT KAT KAWAN2 KITA.WEB NI MMG BEST

  72. sy sem akhr sjil hospitaliti pengurusn kt kolej ptpl..n buln 3 thun dpn sy akn g pctikl slame 6 bulan…ley ke sy nk mohon kemasukan ke u skrg???????

  73. lepas raye aji ne dh strt mid.sem sehhhhhhhhhhh kt kolej sy ne…cepat 2.kt kolej ptpl ..huhuhuh…….

  74. Bro nilam,

    Thanks again
    Isnin nie saya pergi interview uPSI
    Tak sangka bleh dapat plaa
    Offer letter dr uitm pn ada dapat
    THxxxx Lott!!

  75. macam mana saya nak mohon utk masuk ke IPTA, sedangkan saya dah ada no ID nya?

  76. saya nak tanya macam ne nak mohon kemasukan ijazah pendidikan di upsi

  77. saya lepasan diploma dr uitm dan ingin menyambung ijazah dlm bidang pendidikan ke maktab perguruan @ upsi.. apakah syarat2 kemasukan dan bila blh saya memohon?

  78. Zma,
    Anda cuma akan selesai praktikal pada bulan September 2009, jadi saya syorkan anda mohon untuk pengambilan Disember 2009/Januari 2010.

    Mella88,
    Semoga berjaya!!

    N,
    Saya rasa anda perlu membeli no ID yang baru. Walau bagaimanapun sila rujuk Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel upu@mohe.gov.my untuk pengesahan.

    Yunira,
    Anda boleh memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk pengambilan Jun 2009 atau terus memohon dengan UPSI untuk pengambilan Disember 2009. Iklan untuk pengambilan Jun 2009 dijangka disiarkan pada 1 Februari 2009 manakala untuk Disember 2009 pada pertengahan September 2009.

    queen86,
    Syarat kemasukan boleh disemak di UPSI Admission Requirements dan permohonan boleh dibuat seperti jawapan kepada Yunira di atas.

  79. Saya sendiri tidak pasti bila permohonan ke maktab perguruan dibuka. Ada sesiapa yang tahu?teringin sgt nk msuk maktab…sy lepasan diploma..

  80. saya nk msuk maktab…cmner nk mhon?…saya lepasan diploma

  81. salam…nak tanya bile agaknya kita boleh tau keputusan tawaran PJJ USM sesi 2009?

  82. Amer,
    Jika anda mempunyai Diploma anda boleh juga memohon UPSI. Pengambilan UPSI dibuat dua kali setahun, pengambilan Jun perlu dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi manakala pengambilan Disember perlu dibuat terus kepada UPSI.

    Manakala pengambilan ke maktab pula diuruskan oleh Kementerian Pelajaran. Saya tidak tahu bila permohonan ke maktab dibuka tetapi anda boleh rujuk Aplikasi Perguruan.

    Aqma,
    Saya pun tidak tahu tetapi cuba hubungi Puan Yamisah Yazid di talian 04-6533697.

  83. hai… sy baru kat cni…. nak tanya keputusan rayuan uitm sesi dec 2008 bila kuar ek…. jenuh ni check… xada gak..

  84. Erra,
    Saya pun tidak pasti, cuba hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
    Universiti Teknologi MARA Malaysia di talian 03-55443532

  85. assalamualaikum…
    permohonan ke UTEM tak keluar lagi ke
    macam mana nak memohon? ada cadangan x?

  86. Boss,
    Saya pun tidak mempunyai maklumat mengenai pengambilan UTEM bagi sesi Disember/Januari 2009. Walaupun begitu anda boleh memohon untuk pengambilan Julai 2009, maklumat lanjut sila rujuk Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010.

  87. saya nak study part time tapi tak tau kat mana

  88. Jeep,
    Sebenarnya ada banyak tempat untuk belajar separuh masa. Terpulang kepada minat dan kelulusan yang dimiliki sekarang.
    Hampir semua IPTA ada menawar pengajian separuh masa atau pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh. Sila rujuk laman web IPTA yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  89. nilam,permohonan ke upsi utk intake jun2009 dah dibuka ke belum?
    bagaimana mahu memohon melalui kementerian pengajian tinggi?

  90. Queen86,
    Permohonon ke UPSI untuk pengambilan Jun 2009 telah pun dibuka dan boleh dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma dan tarikh tutup permohonan adalah 5 Februari 2009.

  91. memohon uum perlu nombor pin ke?