Permohonan Ke Politeknik Sesi Januari 2009

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Sehingga kini terdapat sebanyak 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 22,400 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap sesi pengambilan bagi mengikuti pelbagai program.

Polteknik KPT menawarkan 24 program sijil dan 47 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang cacat pendengaran. Ketika ini terdapat hampir 85,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.

Permohonan kemasukan pelajar ke politeknik sesi Januari 2009 telah pun dibuka mulai 12 Mei 2008 yang lalu. Sebenarnya terdapat dua fasa permohonan ke politeknik ini. Fasa I dibuka mulai 12 Mei sehingga 15 Ogos 2008, manakala Fasa II pula dibuka mulai 23 Ogos sehingga 31 Oktober 2008.

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik bagi Sesi Januari 2009 ini hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (on-line).

Pemohon diperlukan membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang. Nombor Pin ini hanya boleh diperolehi dari Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00.

Lulusan SPM atau setaraf, Lulusan Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar Berkeperluan Khas yang telah membuat permohonan dan tidak berjaya bagi pengambilan kemasukan sesi Julai 2008 yang lalu akan diproses diproses semula untuk kemasukan sesi Januari 2009.

Mereka yang memohon dalam Fasa I bagi lulusan SPM sudah boleh menyemak keputusan permohonan boleh disemak mulai 22 Ogos lalu.

Lulusan Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti KPT, pelajar Berkeperluan Khas dan yang memohon semasa Fasa II boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai 25 November 2008.

Sila kunjungi laman web Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat lanjut, membuat permohonan atau menyemak keputusan permohonan.

Reblog this post [with Zemanta]

3 thoughts on “Permohonan Ke Politeknik Sesi Januari 2009

  1. Saya nak mintak borang disediakan supaya mudah untuk berurusan

  2. camne nak mohon????