Permohonan Kemasukan IKB MAIWP Sesi Januari 2018

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP  (IKB MAIWP) bagi pengambilan Januari 2018.

Pengajian IKB MAIWP

Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.

Permohonan Kemasukan IKB MAIWP Januari 2018

Foto : Laman web MAIWP

Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.

 

Kursus Yang Ditawarkan

  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Lelaki (RFPL)
  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita (RFPW)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)

Kelayakan Memohon IKB MAIWP

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Warganegara Malaysia,
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 35 tahun.
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RFPL, RFPW, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan 3 kredit dan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita kecuali RFPW hanya untuk wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
  • Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Kemudahan Yang Diberi

  • Wang saku bulanan RM100.00.
  • Yuran pengajian percuma.
  • Peralatan dan bahan pembelajaran.
  • Asrama dan makan minum.
  • Bengkel kemahiran dan bilik kuliah.
  • Perpustakaan dan makmal komputer.
  • Kemudahan riadah dan rekreasi.
  • Kelengkapan pakaian seragam.

Cara Memohon IKB MAIWP

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di  Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP
  • Sila pastikan memasukkan emel yang sah kerana semua maklum balas adalah melalui emel.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak sebagai rujukan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2018 ditutup pada 30 September 2017.

Temuduga

  • Semua permohonan akan ditapis dan pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara.
  • Temuduga dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober / November.
  • Sila bawa dokumen yang berkaitan semasa sesi temuduga.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal sesi Januari 2018 dijangka akan diumumkan pada bulan Disember 2017.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Institusi Pendidikan MAIWP untuk maklumat lanjut.
  • Alamat surat menyurat IKB adalah seperti berikut : Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
  • Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi IKB di talian 03 9283 0385 / 0386 / 0198 atau faks 03 9281 1387 atau emel ikbmaiwp91@gmail.com jika terdapat sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.