Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010.

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi 1/2010 Kemasukan Januari 2010.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi

Syarat Utama

  • Pemohon berumur 18 – 30 tahun
  • Telah tamat Tingkatan 5
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan belum berkahwin

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan ditutup pada 25 Oktober 2009. Permohonan secara online dilanjutkan sehingga 2 November 2009.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Senarai kursus, kelayakan dan pusat IKBN yang menawarkannya sila rujuk Jadual Kursus.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683.

Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2010 dijangka boleh dibuat mulai 1 Disember 2009.

103 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Adi Wira and Azsnets. Azsnets said: RT @eputra Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010 | ePutra http://bit.ly/T5iCz […]

  2. salam..
    mohon jasa baik nilam..
    sy ingin uruskan permohonan matrikulasi bg pihak adik saya tetapi malangnya bila sy check unfortunately dh terlepas. so, ada lagi tak peluang untuk apply lagi matrik?? tolong balas ye..
    ni sbg usaha untuk kebaikan adik sy di masa hadapan..
    mohon sgt2 tlg bant sy dlm hal ni…

  3. […] Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010 sudah dibuka. […]

  4. Worried09,
    Salam… Tarikh tutup telah dilanjutkan sehingga 18 Oktober 2009, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010 untuk maklumat lanjut.

  5. boleh sy tahu.. ikbn peretak duduknye di negeri mane??
    trima kasih..

  6. Yumie,
    Di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

  7. kmie maw isi brg pmhonan ke ikbn…….

  8. salam.. & selamat sejahtera..
    nak tanya IKBN ada tawarkan Diploma kan..
    kalau kite dah abis diploma teknologi mekanikal tu
    boleh sambung degree mekanikal guna diploma tu tak kat mane2 u?

    u apa yang sesuai?

    tolong bantuan anda amat dihargai..

  9. e@e,
    Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Sistem Online Permohonan Kemasukan ke IKBN.

    Muffler,
    Salam… memang ada program pengajian peringkat Diploma. Walaupun begitu saya kurang arif mengenai kelulusan IKBN oleh itu saya tidak begitu pasti universiti mana yang anda boleh mohon.

    Saya cadangkan anda berhubung terus dengan Pusat IKBN yang ada menawarkan kursus berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  10. salam..sy nk tnye macam mne nk semak keputusan kemasukan ke ikbn..sy da mohon tapi tak tau macam mne nk semak..tolong reply secepat mungkin..pleez..thanx

  11. Sue,
    Salam… semakan boleh dibuat secara online apabila keputusan permohonan diumumkan nanti. Sementara itu anda boleh menyemak Status Permohonan anda.

    • kenapa tak bleh pun nak semak keputusan ikbn??sya bca 1 jun dah bleh semak….tpi ni dah msuk 3 jun dah….msih lgi x bleh2 nk semak keputusan…….

  12. salam….kemudahan tiket penerbangan dari sabah ke pertak selangor bagi bidang pengajian pastri,roti n terapi kecantikan ada kena bagi ke?
    sy harap awk leh bantu…
    ..t.q..

  13. assalamualaikum..
    sy nk tnye..
    sy dah wat pmohonan untuk kmasukan sesi 1/2010 ke ikbn..
    sy nk tahu bila keputusan untuk kmasukan sesi 1/2010 ni di buka ?
    dan mcm mane saya perlu semak ?

  14. Nurul,
    Salam… sepatutnya tiket penerbangan memang ada disediakan tanpa mengira kursus yang diikuti.

    R90,
    Salam… semakan boleh dibuat secara online apabila keputusan permohonan diumumkan nanti. Sementara itu anda boleh menyemak Status Permohonan anda.

  15. assalamualaikum…
    saya nak tanya tentang kursus automotif di ikbn. saya sekarang sedang menjalani kursus automotif tahap 2 dan hampir tamat jadi kalau boleh saya hendak sambung tahap 3 di ikbn.
    macam mana caranya?

  16. saya nak mohon kursus ikbn, umur april 2010 sudah 31 tahun. layak mohon lagi ka?

  17. salam…sy nk tanya,adakah IKBN menawarkan kos penerbangan?sy bercadang untuk masuk IKBN..

  18. Safiddin,
    Salam… Pada pendapat saya anda boleh terus memohon seperti biasa dan jika ditawarkan tempat anda akan diberi tawaran bersyarat.

    Ayang,
    Umur biasanya ditetapkan mengikut tarikh permohonan ditutup. Oleh itu pada November ini anda masih 30 tahun dan layak untuk memohon.
    Tyrah,
    Salam… Setahu saya tidak ada tetapi di IKM ada, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IKM Sesi Januari 2010.

  19. bleh sy tahu klau BM tidak krdit,adakh masi berpeluang untuk masuk ke IKBN?

  20. E-N,
    Ya boleh.

  21. blh tnya…ikbn jurusan hotel n katerin kt anew??

  22. Adam,
    Kursus sijil berkaitan Teknologi Makanan hampir kesemuanya dijalankan di Peretak dan Bachok.

  23. sharil anuar says:

    saya dah terlepas utk mendaftarkan anak saya utk kemasaukan ke IKBN tahun 2010. pada bulan berapakah tawaran kemasukan ini akan dibuka semula?

  24. Sharil Anuar,
    Biasanya 2 kali setahun iaitu September untuk pengambilan Januari dan Mac untuk pengambilan Julai.

  25. hmmm…
    kte de problem ckit…
    ni tgh bengang dgn poly…
    nak msuk2 x bleh…
    mcne ek…
    tolg sy dgn tepon no ni 09-2484026

  26. huhuhu…tolg la sy…
    sy tgh tolg kmbr ni…

  27. Salam.sy ada bt pmohonan ikbn bg phak adk sy untk kmasukln januari 2010.bla nk 7semak status pmohonan,tiada rekod dtemui. Cmne tue?

  28. Atikah dan Hana87,
    Sila hubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683 untuk mendapatkan bantuan dan penjelasan.

  29. akum..law twaran kmsukan dah dittup msih boley nk apply ke gune online process?lagi stu,,di ikbn alorgajah hny mnawarkan kursus apa ye?sy berminat bhgian kulinari..adakah ada kursus ini di ikbn?

  30. Anna87,
    Salam… Tidak boleh selepas permohonan telah ditutup. Sila rujuk Jadual Kursus untuk menyemak semua kursus yang ditawarkan di setiap IKBN.

  31. aslmualaikum kpd sesiapa yg dpt jwb.
    sya nk tanya, kalau sbg simpanan utk pilihan yg 1, bagaimana dgn pilihan yg ke-2 & ke-3?. dikira gagal @ kira simpanan juga???.
    pilihan ke-2 sya fotografi.

  32. sy nk wat prmohonan ke ikbn utk sesi januari/2010…tp tarikh tutup dh lepas…cmne ni? bleh lg ke klu sy apply jgk…? pls reply..urgent..!

  33. NURUL FAHYUNI BINTI ABU BAKAR says:

    salam…saya nurul fahyuni abu bakar dari p.pinang
    ingin memaklumkan…saya telah semak keputusan iknb 2010 malangnya saya tidak dapat masuk ke ikbn BUKIT MERTAJAM sesi januari 2010 dalam kursus mekanikan audio video
    saya harap dapat untuk panggilan kedua..
    saya berharap sangat dapat belajar di ibkn untuk meneruskan bidang yang saya minati tu..ini alamat saya SBTS 5840 UNIT 6,GUAR KEPAYANG KEPALA BATAS,PULAU PINANG..

  34. NURUL FAHYUNI BINTI ABU BAKAR says:

    salam…saya dah wat semakan ikbn tp saya xlayak msuk ibkn di bukit mertajam…
    bila panggilan ke dua plak??sya nk sgt masuk ibkn dalam bidang mknikal audio video.

  35. Fakhri L.O.T.D says:

    samekom,klau sya tdak brjaya dpat masuk kew ikbn nie d pngglan ke2 x????????

  36. salam….saya sudah menyemak status permohonan sy telah berjaya masuk ke ikbn miri sarawak boleh kh sy tukar ikbn kat peretak selangor??

  37. sy x puas knp saya xdpt msk ikbn,adakh sy terslh isi borng…sy mengharap sngt dpat msuk..
    so skg sy nk wat rayuan mcm ner eah…
    sy harap tuan dpt bantu…

  38. salam…
    macam mana nk wat rayuan untuk msuk ikbn

  39. sy mungkin tersalah isi borang online. so, sy nak buat rayuan ikbn sesi januari 2010. xtau cam mn???
    bleh tlng sy tak ??

  40. nilam .

    sy nk tau ble keputusan permohonan kemasukan ke ikbn jan 2010 boleh disemak ?

    TQ .

  41. Zul,
    Salam… saya tidak pasti tetapi mungkin sebagai simpanan juga.

    Akuro,
    Anda perlulah memohon untuk pengambilan Julai 2010.

    Nurul Fahyuni,
    InsyaAllah anda akan mendapat panggilan kedua. Jika tidak, jangan berputus asa, mohon lagi untuk pengambilan Jun 2010 pula.

    Fakhri,
    Kalau tak silap saya ada.

    Nurul,
    Pada kebiasaannya tidak boleh tetapi anda boleh berhubung dengan IKBN untuk membuat rayuan. Sila hubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683 untuk mendapatkan penjelasan.

    Asma, Faiz dan Legging,
    Setahu saya tidak ada proses rayuan tetapi anda boleh menghubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Siti91,
    Keputusan telah boleh disemak mulai 1 Disember di laman web IKBN.

  42. salam……………saya ingin tahu bley lg x klau sya nk mbuat pmohonan kmsukan ke IKBN,sya nie juz nk tlg adk sya je…..dye nk amek kos elektrik la….

  43. plez…………………………………tlg sya

  44. Ekin,
    Adik anda perlu memohon untuk kemasukan bagi pengambilan sesi Julai 2010 sebab bagi Januari 2010 telah ditutup. Permohonan untuk sesi Julai 2010 belum dibuka lagi.

  45. salam….

    Adik saya dah berjaya diterima memasuki ikbn Peretak dalam jurusan perekaan gaya rambut…Boleh saya tahu berapa anggaran yuran pendaftaran untuk jurusan ini?

  46. salam,,,ikbn cawangan termeloh sy suwaddi,,ingin mnukar bidang pengajian sijil ke dploma..boleh ke….harap pihak ikbn termerloh..pertimbangkn.adalah dimklumkn saya tersenari dalam nama-nama pengambilan sesi2010..cawangan termeloh….

  47. bidang yg diambil teknologi automotif…

  48. sy nak tanya pasal pemohon ikbn tapi diletak dlm pemohon simpanan ni di kira mcm mana??

  49. sy nak tanya pasal pemohon ikbn yang diletak dlm pemohon simpanan ni di kira mcm mana??

  50. salam..
    sy nk tahu bila akan di buka semula permohonan kemasukan ke IKBN selepas pengambilan sesi Januari 2010 kerana sy terlepas pandang untuk kemasukan sesi Januari 2010?

  51. salam..
    ade x pndfdtaran tok sesi yg ke 2 bg kemasukan ikbn lepasan spm 2009?
    klu ade,bile trikh mula mndftr dan trkh tutop?

  52. salam nilam…kalau dulu saya ad belajar kt giatmara pastu, saya nk sambung kt ikbn boleh x,,,,n saya nk trus belajar tahap 2 n 3??…boleh k mcm tu,harap mendapat balasan segera.

  53. assalamualaikum…sy ingin thu status calon simpanan 2,cmne erk? adakah sy btul2 lyak utk ke ikbn?

  54. nina carinot says:

    x boleh ke kalau sye nak mohon lagi untuk bulan januari ni??>.

  55. Amy,
    Salam… Saya tidak tahu tapi sangat minima. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi IKBN Peretak di talian 03-60651401 atau e-mel ikbn-peretak@kbs.gov.my

    Edy,
    Salam… Saya tidak mengetahui samada anda boleh bertukar bidang dan caranya, oleh itu sila hubungi talian 03 – 8871 3663 / 3664 / 3701 untuk mendapatkan penjelasan.

    Ekin, Sya91,
    Salam… Anda akan ada kemungkinan diterima masuk jika ada pemohon tidak datang mendaftar pada hari yang ditetapkan.

    Liza,
    Permohonan kemasukan ke IKBN bagi sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka dalam bulan March 2010 nanti.

    Wanie,
    Salam… IKBN membuat dua pengambilan dalam setahun iaitu sesi Januari dan Julai. Lepasan SPM 2009 boleh memohon sesi Julai akan dibuka pada bulan March nanti, sila rujuk Permohonan Ke IKBN Sesi Julai 2009 sebagai panduan.

    Nina Carinot,
    Permohonan untuk sesi Januari telah ditutup, sila mohon untuk pengambilan sesi Julai pula.

  56. salam…
    saya mahu bertanya…
    adakah ikbn menawarkan kos penerbanagan..?
    dan apakah syarat2 kemasukan ke ikbn dan pengambilan kos penrbangan taersebut…
    terima kasih…………….

  57. salam. saya nak tau ikbn mana yg ada menawarkan kursus aircond & penyejukbekuan? sy hndk memohon bagi kemasukan 2010. samada januari atau pun julai. bila sy boleh tau keputusan nya?

  58. boleh tak kalau pada hari pendaftaran saya datang walaupun saya tiada borang kemasukan..? sebab saya nak masuk bagi sesi januari 2010.

  59. askum,saya umur 23tahun thun depan 2010,masalahnya saya sudah bkahwin,tetapi saya minat belajar lagi,di mana tempatkah untuk saya mahu sambung belajar..?????

  60. askum,umur saya tahun depan 23,saya sebenarnya berminat sambung belajar lagi,tetapi saya sudah berkahwin.so di mana tempat yg sesuai untuk macam diri saya??????plsss tolong saya……

  61. bile permohonan yang akan datang di buka?

  62. saya nak tahu bila lg pengambilan ikbn nie lg…. sebab saya nak sambung belajar tapi tak tahu bila tarikh lg untuk saya daftar secara online….

  63. salam , saya nak tanye ttg kursus yg di tawarkan
    semua tmpt ke ade kursus yg di tawarkan ?

    fotografi ?

  64. hey….tolong kasi taw sye mcmna mw daftar ikbn?
    tolong beri borang…

  65. sy tak dapat masuk ikbn,sy tak sempat nak mohon sisi 2010 ni…
    mcm mn sy nak buat??

  66. saya nk tanye bila lagi kemasukan untuk jurusan fotografi,saya sngat berminat la..
    tlg reply….

    saya t’lambat mintak…

    ble buleh saye buat permohonan…??

  67. Assalammualaikum,
    Anak saya dah terlepas untuk kemasukan sesi Januari 2010 kerana dah tutup permohonan. Bila lagi sesi selepas Januari 2010 dan bila tarikh tutup permohonannya.

  68. salam..ade program baru kat ikbn aeroangkasa x?kat ikbn mane ye..?

  69. ass”kum apa kbar rakyat ikbn….aq nak tnya cam mana nak aply msuk ikbn
    untuk smbung tahap 3,tolong ya plezz ok

  70. hafiz bin ramli says:

    sy bru menamatkan pljran di akedemit binaan malaysia (a.b.m)
    sy bercadang hendak menymbong pelajarn di ikbn.
    soalan sy:
    sesi paggilan ke 2 pd bulan berapa..?
    dan bila borang pggilan ke 2 akan keluar..?

  71. mohamad syafiq says:

    salam..
    nak tanye budak yang nak sambung sijil tahap 2 bila boleh apply???

  72. nk tnye…tarikh permohonan ikbn yg terbaru bila????????

  73. assalamualaikom..sy nak tau..kemasukan untuk sesi 2010 akan dibuka pada bulan berapa..n sekiranya sy lewat daftar untuk tahun ni..bulan berapa pula sy sepatutnya daftar untuk kemasukan tahun hadapan??tq..harap dapat jawapan secepat mungkin,sy amat memerlukannya..

  74. salam sy nak tanya untk kursus fotografi..kelayakan dan syarat2 yg perlu ada?ikbn di di chembong ada menawarkan kursus tersebut tak?

  75. cmne ae nk isi brng mlalui online sdgkan ssh nk cri n g stu tiap kli nk online msti dh trlps trkh ttpnya.tlg bri sy mklumat smua bleh?tq

  76. fauzi riduan says:

    assalammualaikum..sye mhd fuazi bin riduan..
    sye nk tnye ble sye leh mohon ikbn..kerana sye da lwat daftar msuk ikbn sesi 2010..
    sye harap tuan/puan beri kejer sme..
    terima kasih
    sila hubungi sye 0172151028..

  77. salam. adik saya ingin sangat ke ikbn. tarikh untuk pengambilan blan januari 2010 telah tamat. jadi boleh bagi tahu tarikh pengambilan bulan julai bila?.

  78. assalamualaikum,bleh tnya ckt.ad brape sesi pgambilan msuk k ikbn?

  79. bla ek blh sya mhon msuk k ikbn?

  80. bila intake 2010.?

  81. nak tnye sikit klu tarikh lahir belum tibe lagi waktu mermohon cam ne ea?
    skrng umo sye 17 bile bln lapan bru 18…
    sebab die kate 18-30 tahun..
    cam ne nie ea?

    sye nak taw sngt2 sye takut waktu mohon x bly nti…
    sye nak mohon bgi sesi 2/2010

  82. shaierah says:

    selamat petang

  83. salam…
    sy nk tnya permohonan ikbn untuk seisi julai 2010 bila agknya?????

  84. boleh tlg x?
    sy dh dftar utk sesi julai 2010
    ble bleh semak
    nk tahu sy diterima atau x

  85. salam…nk tnya cm na nk mohon kemasukan ke ikbn…….

  86. kusus ap ya ad kat siniyh.. nape ssh nak mohon?? cm ne ea?? x tw r

  87. bila permohonan untuk sesi ke-2 bagi tahun 2010? saya mahu tahu untuk membuat permohonan.

  88. salam 1 malaysia..
    untuk ikbn, dia nak pemohon yang belum berkahwin. tapi bagaimana pula sekiranya si pemohon merupakan seorang duda? berumur 20 tahun dan adakah dia layak mengisi atau memohon ikbn??

    terima kasih.

  89. salam 1 malaysia..
    dinyatakan bahawa pemohon yang layak hanya mereka yang belum berkahwin. tapi bagaimana pula bagi mereka yang telah bercerai (duda/janda) adakah mereka layak mengisi atau memohon ikbn?

    terima kasih..

  90. Bolehkah anak saya lepasan SPM 2009 memohon kursus IKBN pengambilan sesi Julai?

  91. saya boleh masuk lagi ker ikbn

  92. ARIF_AMIL says:

    AIIIII SUME MCM MANE NK MHON IKBM

  93. ARIF_AMIL says:

    AII SUME MCM MANE NK MHON IKBN NI

  94. SALAM…saye taw pmohonan bagi sesi jan2010 tlh ditutup dan akn diadakan sesi bagi julai2010..bilakah tarikh yg sesuai untuk mohon??saya xtawlaa..

  95. Salam , sy nk apply ikbn t0x adk sy..sesi julai201o. . .bler agkny dpt isi , thx!

  96. Farhanah,
    Salam… IKBN ada menawarkan kursus penyelenggaraan pesawat. Syaratnya perlu disemak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Fida,
    Salam… Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Along87,
    Salam… Anda boleh sambung belajar berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang anda ada sekarang.

    Amer, Along, Andy, Man, Awie, Dee5166, Amer_8tom, Mohamad Syafiq, Ida, Asha88, Noor, Fauzi, Nur, Fais, Nadieya, Asap, Hafiz, Fez, Aizeray, Arif Amil, Ena dan Matahati,
    Permohonan kemasukan IKBN sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka bila-bila masa sahaja. Biasanya bagi pengambilan sesi Julai akan dibuka dalam bulan Mac.

    Bell dan Asha88,
    Salam… Sesuatu kursus di IKBN tidak ditawarkan di kesemua cawangan IKBN. Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    PaEe,
    Salam… saya tidak pasti. Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Hafiz,
    Saya tidak pasti berkenaan panggilan kedua tetapi permohonan kemasukan IKBN sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka bila-bila masa sahaja. Biasanya bagi pengambilan sesi Julai akan dibuka dalam bulan Mac.

    Amin,
    Salam… biasanya ada dua pengambilan iaitu sesi Januari dan sesi Julai.

    Dol,
    Anda masih boleh memohon.

    Aszz,
    Anda perlu mendapat kepastian daripada IKBN apabila permohonan untuk sesi Julai 2010 dibuka nanti.

    Kay,
    Memang boleh.

  97. bismihafiz bin mohamad hasbi says:

    a’kum…. macam mana nak sambung tahap 3 di ikbn…

  98. bismihafiz bin mohamad hasbi says:

    saya nak sambung tahap 3 di ikbn…

  99. IKA AMANI92 says:

    saya sudh cuba mencari dimana borang pemohonan ke ikbn untk sesi julai 2010,tetapi tidk menjumpainye….adakh ina bermaksud yg pemohonan ke untuk sesi julai belum dibuka

  100. Bismihafiz,
    Sila buat permohonan bagi sesi pengambilan Julai 2010.

    Ika Amani92,
    Permohonan ke IKBN bagi pengambilan Sesi Julai 2010 telah dibuka sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010.