Permohonan Kemasukan INSTEP 2012

Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang akan dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.

Petronas - INSTEP

Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.

Program

  1. PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
  2. Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.

Syarat Memohon

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Kimia, Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, Elektrikal, Elektronik dan Mekatronik
  4. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1hb Januari 2012.
  5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN

Mempunyai kelayakan minimum SPM/SPMV seperti berikut:

  1. Kepujian dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan.
  2. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Kimia, Fizik, Biologi, Sains, Sains Tambahan atau mata pelajaran teknologi yang berkaitan.
  3. Lulus dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
  4. Lulus dalam Bahasa Inggeris.

Cara Memohon

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012.
  2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
  3. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  4. Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
  5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
  6. Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
  7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
  8. Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
  9. Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.

Tarikh Tutup

  1. Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012 ini akan ditutup pada 26 Apr 2012, jam 5.00 petang.
  2. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
  3. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Temuduga dan Ujian Bertulis

  1. Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online di laman web Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012.
  2. Semakan keputusan dijangka akan boleh dibuat pada 6 Mei 2012.
  3. Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
  4. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Maklumat

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
    Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
    21020 Kuala Terengganu
    Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
    Faks: 09-668 6130
    E-mel: instep@petronas.com.my

32 thoughts on “Permohonan Kemasukan INSTEP 2012

  1. terbaik la… memang ditunggu2 tawaran ni.. hehe

  2. lepasan spm 2011 bboleh apply ka ?

  3. bleyh tak mohon lagi skarang ni ??
    pergi kat sana , pergi kat pejabat pengambilan pelajar untuk memohon kemasukan julai ???

  4. husaini muhammad says:

    diploma dari politeknik boleh apply juga ke???

  5. fadzlizainal says:

    dipl0ma kejuruteraan awam bley x??

  6. bile die bukak balik permohonan lagy ek? Telambat lak…

  7. Bile die bukak application agy ek?

  8. nurshafiqa yusoff says:

    assalam..saya nak bertanya,, syarat pointer bagi lepasan diploma IPTA berapa ye ?

  9. intake untuk 2013 bile bukak ?

  10. Mohd Sazmi Bin Aziz says:

    Bile bukak lg permohonan INSTEP

  11. bila kemasukan unt 2013???SY BUDAK Diploma elektronik..tamat belajar hujung tahun 2012…

  12. mmg cnfirm blh keja ke..

  13. kira ok lah

  14. aq nk apply la bila dh hbis bljr….mekanikal eng blh kan?

  15. muhammad fahrul fahmi says:

    aku da intrview…nak tawu bile result kluar utk januari 2013

  16. INTAKE JULAI 2013 BILA?

  17. bila intake 2013? saya tamat belajar dalam bulan 4.2013 ini ,…

  18. intake julai bila buka ??

  19. amirul hafiz says:

    salam semua..sy bru tamat diploma civil engineering.boleh kah saya memohon dan apakah bidang yang sesuai??dengar khabar,proses dan pengeluaran boleh diterima….berkenaan pendaftaran online,adakah pendaftaran perlu di dibuat balik sekiranya tarikh permohonan dibuka balik???sekian harap balas…trime kasih

  20. jika saya mempunyai diploma pengurusan perkapalan boleh kah saya menyertai INSTEP ?

  21. instep ada permohonan intake kedua tak??
    sbb sy dah abis bljr dah..tp result tak dapat lagi..result dapat selapas tarikh tutup permohonan..
    macam mana tu???

  22. instep ada permohonan intake kedua tak??

  23. nak tanya anak buah saya ada apply kat instep dan beliau dah lulus temuduga dan dah buat ujian kesihatan .tapi sampai sekarang dia masih belum terima surat tawaran dari instep untuk ambilan januar 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.