Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM

TERKINI :

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.

Memandangkan kuantum pemohon adalah tinggi dari kalangan Lepasan SPM, iaitu dianggarkan 200,000 permohonan, KPT mengambil langkah-langkah proaktif bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan melaksanakan permohonan Aplikasi Dalam Talian secara dua fasa iaitu :

  1. Fasa 1 : Pendaftaran Permohonan
  2. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan
    (Mereka yang tidak mendaftar semasa Fasa 1 masih boleh berbuat demikian semasa Fasa 2 dibuka nanti)

Kaedah ini merupakan usaha dan keprihatinan KPT untuk meningkatkan serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA adalah lancar, berkesan dan mesra pengguna.

Calon Lepasan SPM ( Pemohon Lepasan SPM 2008, 2007 & 2006 serta Setaraf) dikehendaki mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA Fasa 1 ( Pendaftaran Permohonan) melalui url http://www.mohe.gov.my atau terus ke laman web rasmi Kemasukan Ke IPTA yang dibuka mulai 3 November 2008. Tarikh tutup permohonan Fasa 1 ialah pada 31 Disember 2008.

Bagi permohonan Fasa 1, calon Lepasan SPM hanya perlu menggunakan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta Kata Laluan.

Calon perlu mengisi maklumat atau butiran seperti berikut :

  1. Maklumat Peribadi ;
  2. Maklumat Pekerjaan & Keluarga ;
  3. Maklumat Akademik (Bagi Berkaitan Sahaja) ;
  4. Kategori Permohonan ; dan
  5. Maklumat Kokurikulum (Untuk Sukan & Permainan serta Tahap Penglibatan).

Sementara itu permohonan Fasa 2 pula akan dibuka mulai 3 Februari 2009 jam 12.00 tengah hari. Pemohon boleh membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas (SMS Banking) / Mesin ATM (Bagi yang memiliki akaun GIRO BSN Sahaja) seluruh negara sehari selepas iklan pelawaan disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan.

Calon perlu mengemukakan permohonan Fasa 2 dengan mengguna pakai Nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan Kata Laluan. Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :

  • Kategori B, C, D – 3 Mac 2009
  • Kategori A – 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan.

Justeru KPT menyarankan agar semua pemohon Lepasan SPM mengemukakan permohonan bagi Fasa 1 dalam usaha meningkatkan kelancaran proses permohonan. Impaknya, dapat mengurangkan tempoh masa pemohon ketika mengemukakan permohonan mereka pada Fasa 2 nanti.

Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

Sumber: Kenyataan Akhbar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Permohonan Fasa 1 Aplikasi Dalam Talian Untuk Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Atau Setaraf Sesi Akademik 2009/2010

Reblog this post [with Zemanta]

129 thoughts on “Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM

  1. […] Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2009/2010 bagi lepasan SPM telah pun mula dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai 3 November 2008 lalu. Berikut adalah […]

  2. wat is kategori A?what is the difference between it with kategorib,c,d?

  3. saya lepasan SPM 2008..saya tidak sempat untuk mendaftar untuk fasa 1..adakah masih sempat jika saya mendaftar dan memohon pada fasa 2 pada 3 Februari ini??

  4. akum..sy lepasan spm 2008…Sy nk tnye..sy xsmpat nak buat permohonan kemasukan ipta pade fase 1..bolekah saye mohon bile fasa 2 si buka pade 3 februari ini?

  5. Meng,
    Kategori A untuk Lepasan SPM 2008 sahaja
    Kategori B untuk Lepasan SPM 2006 atau 2007
    Kategori C untuk Lepasan SPM 2005 dan sebelumnya serta sijil yang diiktiraf
    Kategori D untuk SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau, SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008.

    SW dan Cyrus,
    Salam… Anda boleh mendaftar dan memohon bila fasa 2 dibuka pada 3 Februari nanti, jangan risau.

  6. sye baru aje lepas GCSE(General Certificate of Secondary Education) yang diambil di United Kingdom. GCSE ni setaraf SPM. jadi saye boleh tak mohon kemasukan ke german malaysian institute?

  7. Wazirwajdy,
    Kemasukan ke German Malaysian Institute diuruskan sendiri oleh pihak GMI. Sila hubungi mereka; GMI, Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000, Kajang, Selangor
    telefon 03 8921 9000 atau faks 03 8921 9001 atau emel enquiry@gmi.edu.my untuk maklumat lanjut.

  8. sy nk tnye…

    mcm mne nk msuk pra u?

    adekan web untuk ke pra u sudah d buke?

  9. -saya lepasan sijil kolej komuniti untuk sambung ke pengajian ke peringat seterusnya adakah perlu menggunakan sijil SPM

  10. Feera,
    Pra U yang anda maksudkan adakah program Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6?
    Matrikulasi telah ditutup, Asasi akan dibuka mulai 1 Februari dan Tingkatan 6 selepas keputusan SPM nanti.

    Nurul,
    Ya anda perlu kedua-duanya iaitu Sijil Kolej Komuniti dan Sijil SPM.

  11. sye lepasan spm 2008,
    sye telah m’buat permohonan fasa 1..
    bgaimana sye ingin m’buat semakan semula permohonan sye itu?
    adakah perlu mnunggu semasa fasa 2 dibuka?

  12. Hannah,
    Ya anda perlu tunggu semasa fasa 2 yang akan dibuka mulai 3 Februari.

  13. nak tanya budak STPM 2oo7 boleh tak wat permohonan ke IPTA 2009 fasa ke 2

  14. Ayiem,
    Tentu boleh dan anda perlu memohon di bawah kategori Lepasan Diploma, maklumat lanjut sila kunjungi Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma tetapi sila ambil perhatian bahawa tarikh tutupnya adalah 5 Februari ini.

  15. Salam. Kalau saya tak beli no BSN tu dengan daftar Fasa 1. Adakah saya masih boleh mendaftar?

  16. salam,
    sye lepasan spm 2008,
    sye telah m’buat permohonan fasa 1..
    sye ingin m’buat semakan semula permohonan sye itu..
    sye sudah pon memiliki no unik id dan masih berada di tgn sye..
    sye bce di ats sye perlu isikan kad pgnln, no unik id dan kata laluan..
    mslh sye, sye terlupa kata laluan..
    jd bagaimana ya?

  17. […] Lepasan SPM Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf boleh dibahagikan […]

  18. sya nak tnya,
    xtually sya dah beli number unik id for upu online thun 2008 through skool.
    n sya pown dh apply fasa 1
    suddenly, number tu dh hilang.
    boleh xkalau saya beli lagi untuj apply fasa 2?

  19. borg fasa 2 sudah dibuka kan??
    kat mane nk daftar nyer 2?
    sye x jmpe pun…

  20. kat mna nk daftar kemasukan ke ipta 09/10??
    kata da dibuka tp x jumpe pun form tu..

  21. Shahrul,
    Salam… Boleh, anda boleh beli nombor unik ID di BSN dan buat permohonan sekarang.

    Shuyin,
    Salam…Sebenarnya untuk kata laluan anda boleh guna kata laluan atau nama ibu tetapi jika anda terlupa kedua-duanya anda perlu menghubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848.

    Syaquiella,
    Boleh.

    Teha,
    Pautan tersebut telah dibuka sekarang sila rujuk di Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010.

  22. aqilah_Tmn Kenanga Sik says:

    Saya juga adalah pelajar lepasan SPM 2008.
    Juga telah mengisi untuk permohonan Fasa per-1
    Masalahnya saya terlupa kata laluan………
    Boleh X saya buat kata laluan baru?????????????????

  23. aqilah_Tmn Kenanga Sik says:

    saya juga student lepasan SPM 2008 dan telah mengisi permohonan utk fasa per-1.
    Skrg ni x sabar2 nk isi utk fasa ke-2.Tp problemnya terlupa kata laluan……..
    Macam mana?????????????????/

  24. Aqilah,
    Sebenarnya untuk kata laluan anda boleh guna kata laluan atau nama ibu yang anda masukkan semasa mendaftar ketika fasa 1 dahulu. Seandainya anda lupa kedua-duanya anda boleh mendapatkan kata laluan tersebut daripada BPKP. Sila menghubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848.

  25. salam..sy nk tnye pmohonan ke politeknik sudah ditutup ke??
    lg satu..sy dgr skarang ni ade pmohonan ke maktab perguruan dimana pengajian selama 4 tahun dn trus ke peringkat ijazah tidak perlu ke peringkat diploma.. kemudian stelah itu boleh jadi guru.
    btul ke??tp batch ptame blom keluar lg kn??
    dan memerlukan result yg cemerlang utk msuk ke maktab tersebut.
    sy juga dgr pmohonan ke maktab ini dibuka selepas result SPM keluar dlm tempoh masa yg pendek..lebih kurang 10 hari masa bekerja.
    tp dmane boleh buat pmohonan tersebut??
    terima kasih.

  26. saya lepasan SPM 2008..saya tidak sempat untuk mendaftar untuk fasa 1..adakah masih sempat jika saya mendaftar dan memohon pada fasa 2 pada 3 Februari ini dan dimana untuk saya mendaftar untuk fasa 1

  27. Husna,
    Salam…
    Permohonan ke Politeknik bagi pengambilan Julai 2009 akan dibuka pada bulan Mac nanti.
    Manakala permohonan ke maktab perguruan boleh dirujuk di Aplikasi Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya tidak mempunyai maklumat tentang pengajian yang anda tanya itu.

    Pali,
    Pendaftaran untuk fasa 1 telah pun ditutup. Oleh itu anda boleh terus mendaftar dan memohon semasa fasa 2 ini. Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010.

  28. sy xinagt kata laluan dn nama ibu untuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA

  29. Hello.

    Saya lepasan SPM 2006 dan baru mendaftar untuk fasa 2 kerana terlepas fasa 1.

    Masalahnya sekarang, saya gagal untuk mengisi Borang Permohonan Kemasukan Ke IPTA kerana dikatakan nombor unik id saya salah. Walaupun telah cuba bnyak kali.

    Adakah sebab slip saya itu sudah ‘expired’ dan adakah perlu saya memperbaharui slip BSN saya itu?

  30. Razak,
    Jika anda terlupa kedua-dua kata laluan atau nama ibu anda perlu menghubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 untuk bantuan.

    Azfarul,
    Nombor ID hanya boleh digunakan untuk tahun semasa sahaja. Oleh itu jika anda membeli nombor unik ID selepas 3 Februari 2009 sepatutnya tidak ada masalah.

  31. HELLO

    Saya pelajar lepasan SPM 2008.Saya telah mengemukakan permohonan ke IPTA 2009/2010 Fasa 2 melalui internet di dalam telefon mudah alih saya(telefon mudah alih saya mempunyai fungsi internet).Pada helaian 8/8,ada tertulis ‘terima kasih,permohonan telah selamat diterima oleh sistem’.Ini bermakna saya telah berjaya mengemukakan permohonan ke IPTA Fasa 2 dengan selamat.Walau bagaimanapun,di bawahnya ada tertulis ‘sila pastikan anda mencetak Jawapan Penerimaan Permohonan & Maklumat Permohonan(Menu SEMAKAN) sebagai rujukan permohonan.’Saya telah menggunakan internet menerusi telefon mudah alih dan ini bermakna saya tidak dapat mencetak maklumat tersebut.Lebih malang lagi,komputer tidak dapat membaca data yang telah disimpan di dalam telefon mudah alih saya untuk dicetak.Tambahan pula,permohonan hanya boleh dikemukakan sekali sahaja.Justeru,apa yang perlu saya lakukan?

  32. Jadi kategori A cume boleh memohon selepas keputusan spm ke?

  33. bile nyer daftar utk fasa 2 xdpt pun

  34. Chopp,
    Jangan bimbang sebab anda boleh mencetaknya dengan masuk masuk ke bahagian SEMAKAN.

    Eve,
    Sebenarnya anda boleh membuat memohon sekarang dan memilih 8 pilihan kursus pengajian.

    Naz,
    Fasa 2 untuk lepasan SPM telah pun dibuka sekarang.

  35. saya terlupe r kata laluan…mcm mne eyk..

  36. Wanadia,
    Sebenarnya untuk kata laluan anda boleh guna kata laluan atau nama ibu yang anda masukkan semasa mendaftar ketika fasa 1 dahulu. Seandainya anda lupa kedua-duanya anda boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut daripada BPKP. Sila menghubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848.

  37. Salam, di sini sy hnya ingin berkongsi maklumat mngenai permohonan ke maktab perguruan.
    kepada yg berminat, permohonan ke maktab perguruan boleh dibuat di lmn web http://www.emoe.gov.my setelah result SPM keluar dan anda perlu membeli no pin di kaunter BSN terlebih dahulu.
    terima kasih.. 😉

  38. Husna,
    Terima kasih.

  39. Hye !!!
    Saya baru shj mndftrkan diri ke ipta utk fasa ke-2….
    dan semuanya brjln dgn lancar….
    saya cuma ingin tahu kalau2 ada lagi permohonan utk
    fasa yang seterusnya… atau fasa 2 mrupakan fasa yg trakhir….
    maklumlah sy ni tak ‘alert’ dgn apa yg brlaku…

  40. Arynna,
    Tidak ada lagi fasa seterusnya cuma selepas keputusan dikeluarkan pastikan anda menyemak kembali keputusan peperiksaan dengan program pengajian yang dipohon. Jika ada yang tidak bersesuaian pastikan anda mengubahkannya supaya peluang mendapat tempat ke IPTA lebih cerah.

  41. ~~ingin tahu~~ says:

    salam..
    saya nak tanye..
    bila permohonan IPTA fasa 2 ini ditutup???

  42. sy lepasan sijil kolej komuniti…

    bleh ke sy nk smbung untuk ijazah terus?…

    dimana tmptnya?

  43. ~~ingin tahu~~,
    Kategori B, C, D – 3 Mac 2009
    Kategori A – 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan.

    Asyraf,
    Lepasan ijazah biasanya perlu mengikuti pengajian peringkat Diploma dahulu sebelum boleh sambung ke peringkat Ijazah.
    Lepasan sijil kolej komuniti boleh memohon pengajian peringkat Diploma antaranya di Politeknik.

  44. salam, di mana kita boleh buat permohonan ke politeknik??.
    boleh beri saya link ke tempat permohonan tersebut?
    terima kasih.

  45. slm.. bilaka fasa ke 2 akn d tutp??..

  46. Husna,
    Salam….
    Iklan untuk pengambilan Politeknik Julai 2009 akan disiarkan pada 15 Mac 2009.
    Anda boleh rujuk di laman web Permohonan Politeknik.

    Along,
    Salam…
    Fasa 2 akan ditutup 10 hari selepas pengumuman keputusan SPM.

  47. salam..
    saya nak tau la sket..
    saye ade buat permohonan time fasa 1..
    pastu lepas seketike no unik id hilang pastu kata laluan tu pn sye lg la lupe…

    pastu sye peg bsn beli no bru..
    sye pn msuk la laman web permohonan guna no unik ngan kata laluan bru.
    so,adakah sya skrang sudah membuat 2 permohonan atau masih dikira 1 permohonan..pleez..tolng jawab..sye da kne mara ngan mak ni

  48. Naseeb,
    Salam…
    Anda cuma telah membuat satu permohonan kerana anda baru guna sekali sahaja nombor unik ID BSN bersama nombor mykad anda. Untuk kepastian anda boleh buat Semakan di laman web BPKP atau telefon mereka di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848.

  49. hii…blh x sya m’isi fasa 2 jikalau no pin bsn sya hilang?
    ataupun sya terpksa mmbeli pin baru?

  50. nk tnye..ade ke aplikasi permohonan kemasukan ke maktab perguruan utk pelajar lepasan SPM?? klu ade di mana??

  51. BeeBee,
    Anda perlu beli nombor unik ID BSN yang baru.

    Husna,
    Memang ada disebut KPLSPM. Sila rujuk Aplikasi Guru di laman web KPM.

  52. hye nilam,
    nak tanye ni, sy spm mase tahun 08..dan da beli dh slip uPu tu..tp da ilang la plak..camne..? ade ke dlm any website untuk check no tu balik..dan sy xpenah isi ape2 b0rang online p0wn lg..(tgh takut ni,huhu..)

  53. Hai,
    Jika saya terlupa untuk memohom fasa pertama,masih bolehkah saya memohon untuk IPTA.Thanks!!!

  54. dakKURANGtinggi says:

    apakah syarat kemasukan ke uitm ya????

  55. SAYA LEPASAN SPM 2008, SAYA DAH ISI UPU FASA 1 & FASA 2, SAYA JUGA DAH ISI KEMASUKAN KE MAKTAP PERGURUAN,, SAYA MASIH TAK FAHAM APE FUNGSINYE KITE NAK ISI UPU INI?

  56. Kylexy,
    Hi… Jangan bimbang… anda cuma perlu beli nombor unik ID BSN yang baru dan isi permohonan online di UPU.

    Batty,
    Hi… Boleh.

    Dakkurangtinggi,
    Sila rujuk Syarat Khas di bawah e-Panduan di laman web UPU.

    Famie,
    UPU adalah permohonan untuk masuk ke IPTA (pengajian Diploma dan Asasi)

  57. saye lepasan spm 2005…
    tp terlepas nak isi permohonan…
    camne????
    saye kategori c kan???
    masih boleh memohon lagi???
    saye x isi borang mase fasa 1..
    boleh lagi x??

  58. saya lepasan spm 2008. saya sudah mengisi borang upu fasa 2. tetapi tidak kos yg saya inginkan di uitm tidak terdapat dalam list dan kos tersebut sememangnya ditawarkan di ipt tersebut. kos yg saya inginkan tersebut adalah CAT (Certified Accounting Technician). adakah saya perlu mengisi borang lain untuk memilih kos tersebut? dan laman web apa yg boleh saya dapat untuk memilih kos tersebut?

  59. Amir,
    Ya anda di bawah kategori C dan tempoh membuat permohonan telah pun ditutup. Anda mungkin boleh memohon untuk pengambilan Disember 2009/ Januari 2010 nanti.

    Nurul,
    Kursus CAT tersebut dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan, UiTM dan tidak melalui UPU.
    Jika anda berminat sila kunjungi laman web Faculty Of Accountancy, UiTM.

  60. hai…sy nak msuk ke IPTA
    ca na ya..???

  61. assalamualaikum…
    kalau nak amik jurusan accounting,
    kita perlu atau tidak mengmbil subjek account dlm SPM???

  62. hye….
    sya sudah buat prmohonan ke upu fasa1 dan fasa 2…. dan semuanya brjln dgn lancar … tetapi sya ingin brtanya apa kegunaan laman web ini http://www.jpt.uum.edu.my/ (lmn web utk semakan keputusan permohonan ke upu) setelah memasukkan no k/p mereka mmberitahu bhwa rekod permohonan sya tidak diterima sistem…sya sudah mmbuat semakan dan segala butiran diri sya adlh btul…harap nilam bleh jelaskn apa kenapa rekod sya tidak diterima…(sya amat risau)

  63. Aerterjun,
    Waalaikumsalam,
    Tidak wajib ambil tetapi jika ambil lebih baik.

    Arynna,
    Jangan risau… laman web itu hanya boleh digunakan selepas pengumuman keputusan permohonan diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi nanti.

  64. saye dh cuba mohon utk borang ipta fasa 2 sbb aye t’lps utk fasa 1 tp x bolh knpe???ble sye semak dia tlis ‘anda tdk memohon lagi lagi utk fasa 2’.why??????

  65. juOne,
    Kemungkinan besar anda tidak mengisi e-borang permohonan sehingga tamat, anda perlu menekan SAH & HANTAR barulah sistem menerima permohonan anda.

  66. salam..sya lepasan spm 2008..sya nak tnya nie..number pin kmasukan ke ipta msih lagi dijual di BSN ka skrg nie? Msih sempat lagikah sy mohon msuk ke ipta..?

  67. Fazha,
    Salam… Anda masih sempat untuk memohon dan nombor unik ID BSN masih dijual sehingga tarikh tutup iaitu 25 Mac 2009.

  68. saye hendak tahu lebih memdalam dalam IPTA……

  69. bagai mana saya ingin mendapatkan nombor telepon BPKP JPT dan cara mengunakan MySms. di harap nilam dapat menolong kerana memerlukan kata laluan yang terlupa secepat mungkin. ini kerana tarikh tutup upu lepasan stpm semakin hampir.

  70. Fareef,
    Sila rujuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi, di sana anda boleh mendapatkan senarai IPTA juga.

    Jajakhir,
    BPKP, JBT boleh dihubungi di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848. Sila hubungi mereka untuk mendapatkan kata laluan anda.
    Untuk menggunakan perkhidmatan MySMS atau perlu mendaftar terlebih dahulu, sila rujuk laman web MySMS untuk maklumat lanjut.

  71. putri_atun says:

    salam…sy lepasan spm 08..nak tanya ni,sy dh isi semua fasa 1 n 2…masalah sy skrg…sy minat course sains sosial tp tak tahu cam ne nak apply… bebaru ni sy ada cari kt u mane ada course sains sosial….dh jupe dh,kat UM…cam ne nak apply ek?masa dh suntuk ni….lgpun,dlm senarai course dlm upu tu,x da course sains sosial….

  72. tolong email program diploma dan ijazah yang ditawarkan dalam uia

  73. UTK masuk IPTA
    Boleh x saya pilih 4 saja pilihan??
    Kerana pilihan1-4 ditanda bintang perlu diisi
    Pilhan5-8 tidak ditanda bintang…
    Adakah sekiranya saya letak 4 saja dikira tidak lengkap??

  74. HI!! SAYE NAK TANYER,,
    SAYE DAPAT KEPUTUSAN SPM2008,
    BM 2A
    B1 4B
    SEJ 3B
    PAI 2A
    MATH 4B
    CHEMISTRY 5C
    PHYSICS 6C
    BIOLOGI 6C
    ADD MATH 8E

    BOLEH TOLONG CHEK, APE PELUANG2 YG SAYE BOLEH DAPAT,
    MAKSUD SAYE UNIVERSITI APE,
    HANYA IPTA, SAYE NI ANAK NELAYAN AJE,, TAK BERAPE NAK MAMPU..
    SAYE MINAT DALAM BIDANG UNDANG2, PERGURUAN, TAPI KALAU ADE PELUANG LAIN PUN SAYE MINAT JUGAK, SAYE TAK BERAPE NAK MEMILIH… TERIMA KASIH,,

  75. Putri Atun,
    Salam… pengajian sains sosial mungkin hanya menerima lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi sahaja sebab itulah anda tidak jumpa di dalam senarai pengajian untuk lepasan SPM.

    Gadafi,
    Sila rujuk Senarai Program di laman web UPU.

    Imran,
    Saya tidak pasti tetapi apa yang saya tahu anda wajib mengisi Pilihan 1 hingga Pilihan 4 program pengajian yang berbeza mengikut keutamaan. Pemohon digalakkan mengisi Pilihan 5 hingga 8 yang tidak sama.

    Program pengajian temuduga UPNM hanya dipaparkan pada Pilihan 1 sahaja, manakala program pengajian temu duga UTM dan UiTM akan dipaparkan pada Pilihan 1 hingga Pilihan 4.

    Fazly,
    Sebenarnya ada banyak pilihan program pengajian yang anda boleh pilih kerana anda mempunyai lebih 5 kepujian malah mempunyai 2 cemerlang. Saya syorkan anda luangkan masa sedikit untuk menyemak Senarai Program di laman web UPU untuk mengenal pasti program pengajian yang ingin dipilih.

  76. HELOO NILAM!!!

    SAYE BUDAK LEPASAN SPM 2008,

    BM 2A
    B1 4B
    SEJ 3B
    PHYSICS 6C
    BIOLOGI 6C
    PAI 2A
    MATH 4B
    CHEMISTRY 5C
    ADD MATH 8E

    ITU RESULT SAYE,
    NAK TANYE / N MINTA NASIHAT NIE,

    SAYE NAK MASUK IPTA, TAPI DALAM TEMPOH YANG TERDEKAT NI, SEBAB SAYE MALAS NAK MASUK FORM6, BUKAN APE, SAYE MALAS NAK PAKAI BAJU SERAGAM LAGI..

    SAYE BANYAK ISI PERMOHONAN, SETAKAT NI BANYAK DAH KOLEJ/IPTS BAGI TAWARAN KEPADE SAYE, KATENYE INTAKE DALAM TEMPOH TERDEKAT NI. SAYE SUKE, TAPI SAYE TAK NAK SWASTA, PAHAM2 JE LA. JADI APE NASIHAT YANG NILAM BOLEH BAGI DENGAN ORANG YANG JENIS MACAM SAYE NI..

    N ADE TAK IPTA YANG INTAKE AWAL?

  77. Fardyno Hardzly,
    Hi… Memang biasa selepas keputusan SPM/STPM diumumkan pihak IPTS akan menghubungi anda mempelawa anda sambung belajar di tempat mereka dan kelas pula akan bermula awal. Cuma di IPTS anda perlukan kos lebih tinggi atau dapatkan pinjaman/biasiswa untuk membiayai pembelajaran anda.

    Manakala pendaftaran pelajar IPTA pula hanya dalam bulan Jun/Julai nanti. Cuma persaingan untuk mendapatkan tempat amat tinggi lebih-lebih lagi di program pengajian @ universiti pilihan ramai.

    Oleh itu bersabarlah menunggu keputusan IPTA nanti.

  78. Macamne nak check smada permohonan ke ipta diluluskan atau tidak?? apa laman webnya??

  79. HYEEE!!!

    NILAM, NAK TANYER NIE,

    SAYE DAH ISI UPU FASA1 & 2, SAYE MASIH ADE BAKI 1 LAGI KEMASKINI,, SAYE NAK KEMASKINI LA, BOLE TAK??

  80. Bilakah keputusan kemasukan ke program asasi sains UM diumumkan? & Jika saya dpt tawaran sblm habis PLKN pada 6 jun 09 ni sama da dari program asasi atau matrikulasi; blh ke saya tangguh pendaftaran ? Utk makluman PLKN boleh lepaskan awal tp sayang tak habis pula klu minta keluar awal sdgkan kursus dah dekat nak habis.

  81. Fardyno Hardzly,
    Maaf semua permohonan dan proses untuk mengemaskini telah ditutup.

    Aqeela Salfarina,
    Keputusan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf dijangka akan diumumkan pada minggu kedua bulan Mei 2009 ini. Matrikulasi pula akan diumumkan pada 17 April dan mendaftar pada 21 Mei.
    Jika anda gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan, tawaran kemasukan akan terbatal. Oleh itu pastikan akan mendaftar dahulu baru memohon untuk penangguhan.
    Mereka yang sedang menghadiri PLKN dianggap telah tamat dan tidak perlu menyambung latihan jika mendaftar ke IPT selepas dua bulan di PLKN.

  82. bibie-pening says:

    salam,sy saje2 singgah sini.bgus la jwpn nilam.sy cuma nk tanya:
    selalunya,brapa jumlah pelajar yg diambil bagi setiap program asasi/diploma kt U?
    ada koata/had tak??bape??sy takut x dpt.sbb ramai sgt orang pandai skrang..bcoz result sy bwh sikit dri org yg excellent yg dpt tajaan.negeri klantan n trengganu saje ada byk calon yg excellent.tambah lg,result sy bwh sikit drp mereka.n kebayakkan kwn2 sy kt skolah sy, dpt result mcm sy.persaingan cukup byk.jdi,agaknya,bape jumlah student yg akn terpilih??

  83. HYE, SAYE DAH ISI UPU FASA1&2,
    JIKA KESEMUA PROGRAM PEENGAJIAN YANG SAYA PILIH X MENERIMA KEPUTUSAN SPM SEPERTI YANG SAYA DAPAT,1) ADAKAH PIHAK UPU AKAN MENAWARKAN SAYA PROGRAM LAIN, BERSESUAIAN DENGAN KEPUTUSAN SAYA?
    BM 2A
    B1 4B
    SEJ 3B
    PHYSICS 6C
    BIOLOGI 6C
    PAI 2A
    MATH 4B
    CHEMISTRY 5C
    ADD MATH 8E

    2) ADAKAH AWAK RASA SAYA BERPELUANG MENGIKUTI MANA2 PROGRAM PENGAJIAN YANG LAIN..

  84. Bibie-pening,
    Salam… Jumlah pengambilan adalah bergantung kepada jumlah tempat yang disediakan oleh universiti. Setakat ini untuk pengambilan 2009/2010 terdapat kira-kira 40,500 tempat bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf, manakala 28,000 lagi untuk pelajar SPM di IPTA di seluruh negara (rujuk Jumlah Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010).
    Pada tahun lepas Program Asasi UIAM mengambil 3,500 orang pelajar dan Program Asasi UM menerima 1,250 orang.

    Fardyno Hardzly,
    Semasa mengisi permohonan UPU, adakah anda memohon pengajian yang memerlukan kelulusan lebih baik daripada apa yang anda perolehi?
    Jika ya, peluang anda mendapat pengajian yang dipohon adalah amat tipis. Anda akan hanya ditawarkan program pengajian yang lain jika terdapat kekosongan selepas mereka yang memohon pengajian itu dipilih.

  85. <<<<<<<<>>>>>>>>>>

    SAYE MEMILIH PROGRAM YG AGAK BERAT BERBANDING KEPUTUSAN SAYE..

    SAYA NAK TAW, ADEKAH SAYE JUGAK AKAN DITAWARKAN DENGAN PROGRAM YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPUTUSAN SAYE ATAWPUN SAYE TERPAKSA MENUNGGU TEMPOH YANG LAMA UNTUK DITAWARKAN DENGAN PROGRAM YANG SYE PILIH JIKA ADA KEKOSONGAN?
    SELAMA NI SAYE BERANGGAPAN, JIKA KELULUSAN SAYE TIDAK SETARAF DENGAN PROGRAM YANG SAYE PILIH, SAYE AKAN DITAWARKAN DENGAN PROGRAM LAIN, KERANE, DALAM RUANGAN PERTANYAAN YANG MENYATAKAN BAHAWA

    “ANDA BERSETUJU JIKA DITAWARKAN DENGAN PROGRAM YANG LAIN?” SAYE BAGI ‘YA’. SO….

  86. fardyno hardzly,masalah kita hmpir sma ar..ritu sy pilih course kt upu tnpa tngok kelayakan..tp bila tgok kelayakan,smua course pilihan sy dr pilihan 1st-4rd,tak layak. tp yg kelima dan kelapan layak..
    nilam,sy nak tahu,pilihan kelima dititikberatkan tak? coz org cakap diorg hanya tengok pilihan yg 1st-4rd jer…
    satu agy,klu pihak u bg kita apa2 course berdasarkan kekosongan,kita akan melanjutkan plajaran dlm intake yg sama dgn yg lain ke? atau lebih lmbat?

  87. askom nilam,saya nak tanya bla tarikh semakan keputusan ke institut perguruan bg lepasan spm 2008 ambilan julai 2009?

  88. nk isi borang online jew leh x?
    lau leh cam new ea

  89. Fardyno Hardzly,
    Memang betul, masalahnya sekarang yang layak lebih banyak daripada jumlah tempat yang disediakan.

    Leeya91,
    Semua pilihan dari 1 sehingga ke 8 akan diambil kira.
    Masuk sama melainkan anda mendapat pengambilan kedua.

    Norin,
    Salam… sila rujuk laman web KPM di Aplikasi Guru.

    Ayunk,
    Anda ingin isi borang online untuk apa?

  90. thank you bnyak2 sbb jwb soalan sy..sy ada apply utk diploma in microbiology.tp result sy hnya dpt memenuhi syarat minimum,adakah sy msih ada pluang dpat course tu?satu agy, cntohlah kan,sy x layak dpat asasi perubatan kat uia sbb sy x mnepati syarat,adakah automatik diorg akan bg asasi undg2 @ sni bina kat sy? sbb sy layak msuk utk asasi und2 n seni bina sj.

  91. Leeya91,
    Sama2… Memang ada peluang bergantung kepada keputusan peperiksaan pemohon yang lain.
    Mengenai program asasi di UIA tu pula jika anda ada memohon asasi undang-undang dan senibina tersebut maka ia akan dipertimbangkan. Anda tidak akan ditawarkan program pengajian yang anda tidak mohon melainkan ada kekosongan.

  92. sy ada satu agy soalan,adakah setiap pemohon upu,akan tetap msuk slah satu U?

  93. jika saya mengikuti kursus matrikulasi,asasi bolehkah saya mendapat biasiswa mara atau jpa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat degree ke luar negara?

  94. Leeya91,
    Tidak semestinya kerana pengambilan adalah berdasarkan kekosongan yang ada.

    Ira,
    Mereka yang cemerlang semasa Matrikulasi atau Asasi memang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui biasiswa MARA atau JPA.

  95. ok.thank you so much nilam.

  96. saya sudah buat permohonan upu..kuputusan mesti cemerlang baru boleh dapat??orang cina boleh dapat??upu utuk 2 tahun dan U 2 tahun??

  97. Leeya91,
    Sama2

    June,
    Mereka yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang akan mendapat peluang yang lebih baik untuk dipilih ke program pengajian yang dipohon. Jika program pengajian itu dibuka kepada umum maka semua mempunyai peluang yang sama. Tempoh masa itu bergantung kepada program pengajian yang diikuti..

  98. krisnavenni a/p selvam says:

    saya sudah mohon maktab perguruan.sekarang saya mahu kuputusan itu

  99. saya nk tanye baru2 ni saya ade wat semakan di laman web uitm… dan saye dapati untk program diploma/asasi keputusan permohonan dah boleh di semak..adkh itu untuk yg b’temuduga shj atau keseluruhannya skali? saya x fahamlah bknkah keputusan untk masuk ke ipta 1 mei ini?? please tlg jelaskn..

  100. Krisnavenni,
    Semakan temuduga sudah boleh dibuat di Temuduga KPLSPM .

    Ecah,
    Secara rasmi memang keputusan akan diumumkan pada 1 Mei. Dilaman web UiTM tersebut hanya untuk mereka yang ada memohon UiTM sahaja tetapi saya tidak pasti keputusan di situ untuk keseluruhan atau yang ada temuduga sahaja.

  101. macam mana nak buat rayuan untuk ipta??saya tak dapat masuk.. =(

  102. nilam,sye dapat uitm tapi x tau uitm mane????
    kenapa dia orang x bagi tau sekali?????

  103. Bubu,
    Sila pergi ke pautan e-Rayuan di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf.

    Joe,
    Mungkin nanti bila cetak surat tawaran pada 4 Mei akan dinyatakan cawangan mana.

  104. macam mane nak tgk dan cetak surat tawaran..?

  105. saye dpt uitm tp xtau nak tgk surat tawaran.
    macam mane nak cetak surat tawaran..?
    cari2 xjumpe….

  106. Man,
    Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009 di http://istudent.uitm.edu.my/intake

  107. nilam,bila agaknye keputusan rayuan ke IPTA bagi calon spm ’08 keluar ye?

  108. Sakura,
    Pada 05 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.

  109. salam..bila lagi permohonan upu dibuka…sy ingin memohon kemasukan ke ipta kerana sy tdk mendpt tempat di universiti dan matrikulasi…

  110. Louis,
    Salam… Permohonan melalui UPU adalah untuk pengambilan sesi Jun sahaja dan dibuka pada setiap awal tahun. Jika anda tidak berjaya mendapat tempat, anda boleh cuba memohon melalui program berkembar/bersekutu dengan universiti seperti Program Usahasama UiTM (tutup 21 Jun 2009) .
    Anda juga boleh memohon untuk pengambilan Januari 2010 yang biasanya dibuka pada bulan Ogos /September terus melalui universiti yang berkenaan.

  111. aluu…
    saye lepasan spm 2006 n lepasan matrik sesi akademik 2007/2008..
    saye wat ijazah di ukm…
    lepas sem 2 kat sane …
    result saye x berape ok…kene kik…
    boleh x saye nak daftar ke uitm>??????
    sye dah buntu dah ni…niat di ati mmg nk sambung belajar

  112. 206,
    Sudah tentu boleh tetapi kalau tak silap saya anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan selepas anda diberhentikan sebelum boleh membuat permohonan.
    Sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di talian 03-5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175 atau emel: bpp@salam.uitm.edu.my untuk kepastian.

  113. slm..
    saya lepasan spm 2001 dan mempunyai diploma politeknik
    adakah saya masih layak memohon untuk diploma perguruan?
    umur saya sekarang 25 thun.
    apakah syarat2 kemasukan untuk dip perguruan?

  114. mimi1009 says:

    sya lepasan spm 2008..dan sya xdpt memasuki mana2 ipta??
    jadi..sya nk tanya..ada x permohonan untuk 2nd intake??
    bila boleh apply??

  115. Izzah,
    Salam… Sila rujuk Laluan Perguruan dan hubungi Bahagian Pendidikan Guru untuk maklumat lanjut.

    Mimi1009,
    Anda boleh memohon untuk pengambilan Disember/Januari pula. Permohonan biasanya dibuka dalam bulan Ogos/September melalui universiti yang berkenaan bukan UPU.

  116. Salam……….saya lepasan spm 2008…saya telah memohon utk kemasukan ke ipta ttpi tdk layak dan terlepas utk buat rayuan…sy mendpt kptsn 4a21b32b4 dan 5c5.. ttpi smpai skrng menymbg kemana2 dan sy ingin sngt utk menymbg ke ipta krn kosnye lbh mrh…jd sy mohon mcm mane cara utk sy meneruskan pengajian ke ipta….terima ksih

  117. Rohainun,
    Anda boleh cuba memohon pengambilan IPTA Disember/Januari yang akan dibuka dalam bulan Ogos/September ini. Jika masih tidak berjaya anda boleh mohon pengambilan Julai tahun depan pula.

  118. sy x smpat nak memohon ke ipta fasa 1 n fasa 2……msih ade pluang lg kerr????

  119. buleh nk tnye soalan x?

  120. saya dari lepasan Certified Accounting Technician (CAT) saya ingin tahu… universiti mana yg menawarkan degree, jika saya memohon dengan kelulusan CAT… dahulu UiTM menawarkan program dgree untuk lepasa CAT… tapi sekarang tidak lagi… give me some info plisss…

  121. Ann,
    Pengambilan IPTA Sesi Disember masih ada yang belum ditutup.
    Anda boleh terus mencuba semasa pengambilan Julai nanti.

    Darkjiwang,
    Boleh…

    Alii,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.
    Walaupun begitu anda boleh cuba menyemaknya di laman web UPU bahagian Syarat Khas atau berhubung terus dengan Universiti yang berkenaan.

  122. sy bru nk 2lis spm…
    klw sy dh gagal….
    blh x sy mohon di mana2 kolej….
    mengambil course mekanikal atau automotif…
    klw ada pape emel di boy_umiera@yahoo.com

  123. hai blh tolng x…
    sy tkut la klw sy gagal spm…
    klw gagal…
    blh x sy msuk kolej amik course…
    mekanikal atau outomobil..
    klw pape emel di boy_umiera@yahoo.com boy_78634@yahoo.com
    rauf_umi@yahoo.com

  124. Boy,
    Janganlah terlalu risau mengenai keputusan peperiksaan tetapi memberi fokus kepada peperiksaan yang akan anda hadapi. Cuba dapatkan keputusan yang terbaik kerana dengan keputusan yang baik anda akan mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

    Walaupun begitu andai kata keputusan SPM anda tidak memuaskan, tidak bermakna anda tidak boleh menyambung pelajaran cuma pilihannya terhad.

    Selepas SPM selain boleh memohon ke IPTA anda boleh juga memohon ke Tingkatan 6, Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA dan Kolej Komuniti.

  125. salam.
    sy merupakan spm holder 2007, n result sy moderate je..
    slps spm, sy menyambung pengajian ke UiTM dlm diploma p’akaunan.
    namun, krn tdk m’punyai asas n minat dlm bdang akaun, sy quit dr UiTM.
    skrg..sy sdg menuntut dlm bdang asasi undang2 di MMU…
    sbagaimana yg kita sume tahu..byrn kt IPTS neh agk ‘sakit’ kan..
    so, sy t’ingin nk apply utk program asasi di IPTA..
    pe yg mnimbulkan keraguan di benak sy skrg neh..adakah IPTA akan consider application dr SPM holder 2007 utk program asasi mereka…?hmm~ ;S
    plz…tQ~

  126. Ateeha,
    Salam… Setahu saya Program Asasi hanya terbuka kepada pelajar SPM tahun semasa sahaja. Maknanya bagi pengambilan yang akan datang hanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM 2009 sahaja boleh memohon. Oleh itu lepasan SPM 2008 dan sebelumnya seperti anda perlu memohon program pengajian peringkat Diploma di IPTA.

  127. kampus bersekutu uitm cawangan afamosa melaka..
    tarikh permohonon untuk rayuanprogram uitm di kampus bersekutu uitm dilanjutkan sehingga 11 julai 2010.. sebarang pertanyaan blh hubungi sy di talian 017-6485408