Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009 yang lalu.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Iklan

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.

Nombor Unik ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Permohonan

Kategori

Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;

  1. Kategori A
    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2009 sahaja.
  2. Kategori B
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau 2008.
  3. Kategori C
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2006 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  4. Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau,
    SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009.

Maklumat

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
  • Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 3 dan 4 Julai 2010.

132 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Putra Nilam. Putra Nilam said: ePutra – Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM: Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA… http://bit.ly/1NEPUQ […]

  2. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by eputra: ePutra – Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM: Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA… http://bit.ly/1NEPUQ

  3. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM […]

  4. salam..
    mcm mna nk isi mklumat mrkah kokurikulum..???

    sy spm 2008..
    mne ade sijil kokurikulum yg tulis markah bdn uniform,kelab,sukan tu semua mse thun 2008..

    unless sijil markah kokurikulum yg tlis PNGK stiap plajar..
    mcm mne nk isi niiiee..
    (T_T)

  5. saya dpat PLKN siri1 3 JAN 2010 , tapi masa nak try isi UPU
    diaorang mntk markah plkn . Nak isi macam mane eh? atau kena
    isi masa fasa 2 nanti? tolonggg -_-“

  6. i teringin la nk tahu nape nk access ke laman web ipta tuk online application tersangat sangatlah susah …rasa cam nk hempuk je komputer ni!!!!i juz dont understand..

  7. salam..can u help me to get access to this website??saya baru je lepas ambil spm baru2 ni so saya nk thu cara nk apply since saya ni budak asrama dan byk yg saya x tahu..pliz help me..

  8. Blizz,
    Salam… Setahu saya pada tahun lepas, anda tidak diperlukan mengisi markah kokurikulum tu, anda cuma perlu menyatakan pencapaian atau jawatan yang disandang.
    Harap jika ada pembaca lain yang mempunyai maklumat dapat berkonginya di sini.

    Matsuoyumi,
    Ya benar, anda boleh kemaskini semasa fasa 2 nanti.

    Shazana,
    Cuba lagi pada waktu yang berbeza dan pastikan anda menggunakan browser versi terkini.

    Suzana,
    Salam… Permohonan boleh dibuat di Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 FASA 1 dan rujuk juga Panduan Aplikasi Dalam Talian.

  9. Hi….
    can i know what is IPTA?
    and
    i have just completed SPM 2009 this year…
    Can i apply it?
    Thanks for answeing my questions…..
    appreciate it…^^

  10. salam…..adakah permohonan sy akan diterima sekiranya sy tidak mengisi borang pd fasa 1…..tetapi mengisinya pd fasa 2?????…..

  11. Hol,
    IPTA adalah singkatan kepada Institut Pengajian Tinggi Awam, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
    Ya ada boleh memohon di Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 FASA 1.

    Hana,
    Salam… Pada tahun lepas boleh tetapi pada tahun ini tidak pula dinyatakan.

  12. Thx nilam for all the information , but i still dun get it.

    1st , mcm mane nak isi borang koku ni ? nak bantai je ke tapi last skali diterangkn bahawa pemohonan akan ditolak jika maklumat yang diisi tidak betul ; risau kalau permohonan ditolak.

    2nd , bahagian B , no. 23 iaitu no LHDN tidak cukup ruang , hanya 12 digit termasuk SG dan numbernya boleh diisi bukannya yang sepatutnya iaitu sebanyak 13 digit. macam mane ni ?

    3rd , kod sekolah yang mane satu ? macam ni ke “BEA1234” ??? boleh bagi contoh ?

    4th , tolong sesangat reply & terangkan maklumat dengan sebetulnya.

    *isi borang ni lagi susah drpd jawab SPM. hahaha!~ ;3

  13. how 2 fill about d bhg bapa???if my dad have death???

  14. saya dah isi tapi masalahnya sekarang saya dah hantar dengan menulis markah kokorikulum dengan E sebab saya tak tahu markah saya macam mana ni saya takut

  15. tolong la saya takut permohonan ditolak

  16. urm..sye dak bru nie nk mohon upu tp yg isi maklumt koko tu tk tau r..bb buku koko 2 da ntar kt ckgu..dye tk bg balik pown..takkan nk bantai je kot? td da bc x yah isi tok koko tu tp time wat td dye soh isi klu x,x lengkap..cm ne neh? btol2 x tau..tolong r reply..da 6 hari je lg..senang lg jwb spm dri wat benda neh!!

  17. tolong r sye dk bru blaja neh..

  18. hye..
    sy nk tnye ni..
    sy plajar lpasan spm 2009..
    maybe sy akn pergi plkn tuk
    sesi kedua yg akn start hjung bln 3
    until awal bln 6,so mcm mne sy nk
    thu yg sy da dpt twarn ipta sbb pe
    yg sy dbritahu mggu ke-2 bln mei
    akn diumumkn pmberitahuan ke ipta..
    blh trangkn x mcm mne kta dpt thu
    yg kta dpt twarn ipta??
    lg 1 kwn sy da lpe kte laluan,so nk wt
    mcm mne ye..
    yg sy thu kta ley plih antara kte laluan
    or nme ibu tp klu nk wt fasa 2
    bkn ke mnta skali kte laluan dan nme ibu..
    so mcm mne ye??

  19. mcm mne nk mohon ke mktab perguruan??

  20. to ain
    untuk markah koko memang kena isi dengan betul dan cuba dapatkan markah koko tu dari guuru koko.. dia memang diarahkan supaya kira markah tu.. as my cikgu.. so mesti dapat markah tu dari dia

  21. mcm mane ye kalau saya dah lupa kata laluan ?
    da byk kali try , tpi still xdpt msok .
    pliz bntu .

  22. nilam leh tlg sya x??sya lpasan stpm2008..sya aply uitm sesi disember tp xberjaya..sya buat rayuan tp sya kurang pasti laa kenataan keputusan rayuan yg uitm sediakan..

  23. tolong saya camne nak isi borang ipta fasa 2,please pening kepala nak cari

  24. Salam..
    Sy bdk spm 2007, kategori B.
    Sy da bce tp ada 1 je x fhm.
    Sy x ingat la pulak kne ec kata laluan time Fasa 1 ari 2.
    Sy ada try msk n tkn semakan tp page 2 ttp tulis ‘permohonan tlh ditutup’.
    Same gak time sy tkn kemaskini.
    D site won’t change.
    1 lg..
    Sy da lpe cara apply IPT.
    Kte kne ec borang or fotostat salinan sijil penglibatan/penyertaan time skolah dlu ke?
    Byk aktiviti yg sy msk x dpt sijil sbb cikgu mls buat.
    N byk gak yg hilang kat rmh sbb adik rmai n suka semak rmh.
    Ntah2 da kne buang kot.
    Kalo nak dpt mklmt dr skolah bek x pyh.
    Time mula2 nak ec dlu pun da kne ssh pyh cari.
    Cikgu pun cam blur je.
    Heran sy.
    Kalo sy ec penglibatan tp xde sijil aci x?

  25. MAISARAH BT MOHAMAD KASASI says:

    saya dah isi borang fasa 1, next, what I have to do?

  26. MAISARAH BT MOHAMAD KASASI says:

    mana iklannya?

  27. fasa ke 2 dh klua ke?
    rsau tkot xperasan.
    tlg jwb.rsau niey.

  28. mcm mna nk isi permohonan upu fasa 2 lepasan spm 2009???nk msuk web ape???tlg tnjuk pda sy kpda spe2 yg tahu

  29. salam,sy kakak sedara utk calon SPM 2009,
    cousins sy ni terlepas permohonan UPU Fasa 1.

    ni info utk bdak2 yg sama mcm cousins akak ni:
    1. sapa2 yg terlepas mohon fasa 1,bleh mohon fasa 2 direct(means tak payah mohon fasa 1 pun boleh) kat laman web yg disediakan oleh mohe(laman web sama mcm fasa1).so,no hal lah utk mohon fasa 2(2 FEB 2010-30 MAC 2010-if x de sebarang perubahan-tgok2 gak iklan dalam akhbar tempatan).
    2. cousin akak ni pon satu lg,no pin dia dah kena wash-out oleh tumpahan minyak(so,dia x dpat tgok no tu dah).mohe ckap pergi la BSN@BANK MUAMMALAT(lau x silap) beli lg no tu.dia akan bg no yg sama mcm kt beli 1st tyme hari tu(coz 1 no ic bleh beli 1 no pin je kan?).

    (ni sume info akak dpat after akak called kementerian pengajian tinggi-mohe; 10.45am ; 12/01/2010)

    good luck for every1=)

  30. dear blizz,

    markah kokurikulum bleh mnta dgn guru GPK KOKO sekolah anda.. ada smpn dalam maklumat sekolah.. buku koko kn ade gk

  31. saya merupakan lepasan spm 2005, dan berminat untuk memohon kemasukan ke IPTA pada tahun 2010. apakah informasi terkini mengenai borang permohonan UPU yang patut saya tahu setakat ini?

  32. askom…
    saya nak mohon masul ke IPTA..
    bagi 2010…
    boleh tak??
    kalau boleh sila bagi tahu saya ok….

  33. sye nk tanye,kalau sye dpt plkn sesi ke 2,cm ne sye nk isi markah plkn 2???sbb untk fasa 2,permohonan dibke dri 2 feb 2010 hngga 30 mac 2010…….sdangkn plkn sesi ke 2 akn tmat pd bln jun……….jika sye dpt markh plkn 2 dlm bulan jun,cm ner sye nk isi……….sye xnk permohonan sye dtolak……..
    someone,plzzzzzzzzzz HELP me……………………

  34. upu important right?? so why evertime i came and try to register is always hang..especialy right now…already 2.00 pm 2.feb.2010…..is there no better equipment..???

  35. saya tak dpt PLKN. tp dlm borang permohonan upu dia nk markah plkn, bila saya tinggal kosong (plkn) saya diminta kembali untuk mengisi markah tersebut

  36. salam…..saye nk tny mcm mne nk tgok course2 yg d’twrkn dlm mne2 IPTA ye.
    especially,syarat2 minimum utk stiap course y ditwarkn.
    sebenarnye saye lepasan spm 2009 dan subjek yg saye ambik ialah bm,bi,math,science,quran sunnah,syariah islamiah,addmath,account,sej,bhse arab tinggi.10subjek.sbb kbykn IPTA yg saye tgok websitenye,susah nk tgok syarat minimum utk lepasan spm.kalau boleh,saye nk tgok utk course accounting or business.dan kalau boleh saye nk mntak tlong utk tgok IPTA2 yg ini……..
    UIAM,USIM,UTM,UITM,UPM,UM,UDM.
    lagi 1,boleh terangkan mengenai fast track dlm course accounting dan syarat2 utk ambik serta IPTA2 yg mnyediakn fast track selain UITM.
    terima kasih.

  37. Saya lepasan SPM 2009, ada apply upu online (upu.mohe.gov.my)
    Ada tak senarai program pengajian ke ipta?
    sebab banyak sangat pilihan, saya keliru untuk isi maklumat pilihan program (fasa ke-2)
    jadi sebelum login utk fasa ke-2 boleh pilih mana2 program dulu.

    kalau ada boleh bagi link tak?

  38. saya confuse nak mengisi ruang kokurikulum, seperti sedia maklum kokurikulum tiada marrkah pelajar hanya diberi status BAIK / SEDERHANA / CEMERLANG / LEMAH sahaja. button untuk ke langkah seterusnya juga tidak dipaparkan. JAdi saya tak dpt teruskan ke langkah seterusnya untuk lengkapkan permohonan saya.

    Amat diharapkan pihak KPT menyemak borang permohonan yang disediakan ini dengan kadar segera memandangkan tempoh permohonan yang diberi juga tidak lama dan kami telah membeli no.ID di BSN.

    Sekian, harap maklum.

  39. Salam!!…Saya pelajar lepasan SPM 2007..Adakah saya perlu mengisi maklumat ko – kurikulum sedangkan pada tahun tersebut tiadapun pengiraan markah bagi sijil ko – kurikulum di buat oleh pihak sekolah…Tambahan pula banyak aktiviti yang saya libatkan diri tidak diberi sijil kerana sikap tidak perihatin guru terhadap perkara ini..Bila mintak je kena marah..Plse..saya buntu dengan masalah ini…Harap pihak berkenaan selidik semula perkara ini bagi kemudahan pemohon..Tq..

  40. thanx kak cnat!!!!
    sy amat menghargai info 2…
    thanx sgat3…

  41. salam..saya pelajar lepasan spm 2009. saya nak isi borang upu ari tu, tp x dpt sbb markah kokum sy xda d beritahu ckgu.jd, cmna nak ec?

  42. ada sesiapa bleh tlong sy….mcm mana sy nk buat pengemaskinian pemohonan sy k ipta…dari pagi sy cuba nk cari masih jugak tak dpt..pleezzz help me

  43. ada sesiapa bleh tlong sy…mcm mane sy nk buat pengemaskinian pemohonan sy ke ipta??????dari pagi sy cuba tp tak jugak dpt2….plezzzz help me

  44. salam nilam..
    saya lepasan spm 2009….
    saya amt meminati matapelajaran math…
    kos apa yg sesuai utk saya pilih dlm 8 pilihan ke ipta????
    harap nilam dpt bantu..
    please…
    dah penin sgt nih!!!

  45. NURUL SYUHADA BINTI AMRAN says:

    how can i register ipta?

  46. NURUL SYUHADA BINTI AMRAN says:

    mcmne nk dptkan borang2 tok ipta:??

  47. […] rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM untuk maklumat lanjut. addthis_url = […]

  48. FidelDesu,
    1)Maklumat markah kokurikulum boleh diperolehi daripada buku atau guru yang berkenaan, pastikan anda mengisi dengan betul.
    2)Nombor LHDN anda boleh isi nombor sahaja tanpa SG atau OG, biasanya 11 digit.
    3)Mengenai kod sekolah, betul seperti contoh yang anda beri itu. Jika tidak silap saya ada di slip menduduki peperiksaan SPM tetapi cuba pastikan dengan pihak sekolah.

    Jade,
    Saya kurang pasti kerana tidak melihat borang tersebut. Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.

    Ain,
    Jangan risau, anda boleh membuat pembetulan/kemaskini semasa Fasa II sekarang.

    Mira92,
    Semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dibuat secara online dan sms apabila diumumkan kelak. Oleh itu sudah tentu anda atau keluarga anda akan mempunyai kesempatan untuk membuat semakan.
    Mengenai kata laluan dan nama ibu memang diperlukan semasa anda mula-mula mendaftar bagi Fasa II. Sila hubungi pihak UPU jika ada masalah dengan kata laluan ini.
    Mengenai maktab perguruan, iklan mengenainya dijangka akan keluar dalam bulan Mac nanti.

    Fiza,
    Sila hubungi pihak UPU, mereka boleh membantu mendapatkan kata laluan anda.

    Tolong,
    Sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk maklumat lanjut.

    Afifa,
    Sila rujuk pautan permohonan Fasa 2 di atas.

    Edlin,
    Salam… Fasa 1 telah ditutup pada 31 Disember 2009 yang lalu sebab itu masa itu tertulis “Permohonan telah ditutup”. Walaupun begitu Fasa 2 telah pun dibuka sekarang dan anda boleh membuat semakan dan kemaskini. Andaikata anda ada masalah dengan kata laluan sila hubungi pihak UPU, mereka boleh membantu.
    Anda hanya perlu mengisi borang sahaja dan tidak perlu menghantar salinan sijil penglibatan @ penyertaan. Walaupun begitu sebaiknya anda hanya masukkan maklumat yang mempunyai dokumen sokongan. Dokumen sokongan ini bukan sahaja dalam bentuk sijil tetapi surat akuan daripada pihak sekolah juga boleh digunakan jika sijil tiada atau telah hilang.
    Walaupun begitu cuba hubungi pihak UPU, mungkin anda tidak perlu isi markah tersebut kerana pada tahun sebelum ini maklumat tersebut diisi oleh pihak sekolah dalam laporan ke Kementerian Pelajaran.

    Maisarah, Ieda92 dan Marzita,
    Anda perlu mengesahkan pendaftaran anda di Fasa 2 dengan memasukkan nombor unik ID. Sila rujuk pautan Fasa 2 di atas.

    Cnat, Saya dan Aben,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut, ia pasti dapat membantu mereka yang menghadapai situasi yang sama.

    Pap,
    Anda perlu mendaftar di bawah Kategori C dan mengisi borang UPU Fasa 2 yang telah dibuka mulai 3 Februari 2010.

    Faziera,
    Salam… sila buat pendaftaran dan permohonan sekarang.

    Fieqza,
    Pada tahun sebelum ini kalau tidak silap saya mereka yang menyertai PLKN akan mendapat markah penuh untuk kokurikulum bagi permohonan IPTA. Oleh itu anda bolehlah mengisi markah penuh untuk PLKN tanpa menunggu bulan Jun, walaupun begitu sila dapatkan kepastian daripada pihak UPU sebelum berbuat demikian.

    Rashida,
    Berdasarkan pengalaman tahun sebelumnya, memang ada ketika laman web mereka agak sukar dimasuki atau amat perlahan. Harap bersabar dan cuba di masa lain.

    Aiman,
    Saya tidak pasti mengenai masalah ini. Cuba anda semak kembali borang tersebut. Di samping itu jika ada pembaca lain yang ada maklumat mengenai perkara ini harap dapat membantu.

    Fah dan Syaz,
    Sila rujuk Syarat Khas di laman web UPU.

    Fah,
    Apa yang saya faham, program fast track ini adalah untuk mereka yang mengambil Diploma tetapi diserapkan untuk mengambil Ijazah setelah memenuhi syarat yang tertentu. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu menerangkan dengan lebih jelas mengenai program fast track ini.

    Atikah,
    Cuba hubungi pihak UPU, mungkin mereka ada panduan markah untuk status yang anda sebut itu.

    Fiq,
    Salam… Pasti ada ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan anda. Cuba anda hubungi pihak UPU, mungkin anda tidak perlu isi markah tersebut kerana pada tahun sebelum ini maklumat tersebut diisi oleh pihak sekolah dalam laporan ke Kementerian Pelajaran.

    Lin,
    Maklumat markah kokurikulum boleh diperolehi daripada buku atau guru yang berkenaan, sila hubungi sekolah anda.

    Nisa,
    Anda perlu pergi ke laman web di atas dan klik kemaskini. Masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan katalaluan/nama ibu.

    Fas,
    Banyak bergantung kepada minat dan cita-cita anda kerana ada banyak juga yang berkaitan dengan matematik seperti perakaunan, statistik dan aktuari. Saya cadangkan anda buat senarai kursus yang berkenaan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai kursus tersebut. Semoga dengan cara ini akan memudahkan anda membuat pilihan.

    Nurul Syuhada,
    Semuanya secara online, sila rujuk laman web yang dinyatakan di atas.

  49. Nak tanya,

    “Kategori C – Lepasan SPM 2006 Ke Bawah / Sijil

    so, lepasan SPM 2005,2004,2003,2002 leh apply ke?

  50. nilam…sy sudah cuba pegi ke laman web upu.mohe.gov.my tp sy tak jumpa pun butang utk kemaskini borang pemohonan sy..bleh tak awk bgtau sy dgn lbh teliti lagi..maaf klau sy menyusahkn awk..sy ni lmbt pick up..

  51. ct raihanah says:

    salam..sy bli no pin utk kplspm tp ambilan julai2010…
    bile permohonan 2 ad ye?? coz skang ni just ad permohonan utk ambilan jun2010 shj…

  52. Adeeb,
    Ya boleh.

    Nisa,
    Sila pergi ke Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 dan klik pada Kemaskini.

    Ct Raihanah,
    Salam… Biasanya pengambilan Julai atau Jun adalah merujuk kepada pengambilan yang sama.

  53. assalamualaikum,saya bru sahaja lpas menduduki spm bg thun 2009,permohonan ke ipta bagi fasa 1 telah ditutup,tapi masalah nya saya x isi apa2 pown semasa fasa1,boleh kew saya isi masa fasa 2,saya kurang jelas la,mntak tlong sngat sesape jwbkan,saya tngh runsing nie…………

  54. Salam,

    first time anak lepasan SPM 2009. Nak tanya ??? no id yang dibeli di BSN tu boleh digunakan untuk pendaftaran IPTA dan POLITEKNIK ke????(maksud saya no yang sama pada kedua-dua permohonan atau beli 2 nombor yang berlainan)

    t.kasih

  55. Achu,
    Salam… Tiada masalah, anda boleh membuat permohonan semasa Fasa 2 ini walaupun anda tidak buat apa-apa semasa Fasa 1 dahulu.

    Ezyan,
    Salam… Anda perlu membeli nombor unik ID yang berbeza untuk UPU/IPTA dan Politeknik.

  56. terima kasih nilam……

  57. lagi satu,bila agaknya permohonan ke politeknik di buka,dan semasa kemaskini adakah kita boleh buat sbarang perubahan seperti saya ingin menukar kursus yang ditawarkan……

  58. sy lpasn spm 2008,,kalau nk isi borang maktab blh ker???????????

  59. please help me saye lepasan spm 2009 and sye nak tau tentang no unik id boleh tak kalau kite belikan orang lain punya id atau id yang kite ade tu digunakan oleh orang lain please reply

  60. SYA DA ISI TP TAK TAU CAMNER SAHKAN SYA PNYA PERMOHONAN,,,TLG BANTU SYA

  61. dalam ‘Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan’, nma universiti x dinyatakan, hnya kod kursus dan nma kursus shaja dinyatakan.. jadi, bgaimana utk sya tau kod kursus itu merujuk kepada universiti mana?? buntu, harap boleh bantu…

  62. salam,

    dalam borang kemasukan ipta fasa 2 untuk lepasan spm 2009, sy mengisi upnm sbg pilihan pertama dan um untuk pilihan kedua.

    sy nak tahu adakah jika keputusan spm sy adalah layak untuk kedua-dua kursus di upnm dan um, adakah sy akan dapat 2 surat tawaran?

    bagaimana pula jika saya menolak tawaran daripada upnm, adakay sy akan dapat tawaran dari um?

  63. Achu,
    Sama-sama… Permohonan kemasukan ke Politeknik telah dibuka, sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.
    Memang boleh sebelum tarikh tutup.

    Zahan,
    Anda perlu semak kelayakan dari segi umur, sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010.

    Akira,
    Nombor unik ID itu ada dikaitkan dengan nombor MyKad, oleh itu setiap nombor ID adalah khusus untuk satu pemohon sahaja.

    Razak,
    Anda perlu tekan Sah Dan Hantar pada penghujung permohonan. Kemudian anda boleh semak samada permohonan anda telah diterima oleh sistem di bahagian Semakan.

    Nas,
    Kod universiti adalah huruf pertama di kod kursus tersebut, anda boleh disemak di Kod Universiti Permohonan UPU.

    Khairul,
    Salam… Anda akan hanya dapat satu tawaran sahaja oleh itu jika anda menolak tawaran itu, tiada tawaran lain yang akan diberi. Walaupun begitu jika anda gagal semasa proses temuduga untuk UPNM, anda akan diberi tawaran lain.

  64. nilam.nk tnya ni sy kna plkn siri3 2010..bln 6 nati,tp mse 2 kn sume dah dpat ta0 dpt ngaji ky mna2??tlg la sy..stu ag,no pin pn sy xbli pom lg..ase ptus asa lah sbb plkn dpt pgglan k3 n mse 2 jgk sume kwn2 dptblajar

  65. Salam.
    thx nilam.
    Bila agaknya temuduga upnm tu akan diadakan?
    untuk pengetahuan nilam, untuk kelapan-lapan pilihan universiti tu saya masukkan asasi sains hayat dan perubatan sahaja dan ada yang berulang(contohnya saya masukkan asasi sains hayat um pada pilihan 2 dan 4)
    adakah ini cara yang betul untuk mengisinya? Apakah cara terbaik mengisi borang ini untuk dapat masuk ke universiti yang diingini?
    Saya juga ada apply untuk kemasukan ke matrikulasi kpm. adakah saya akan menerima kedua-dua tawaran ke universiti dan matrikulasi?

  66. saya lepasan spm 2009.saya ada beberapa soalan.

    1)saya tidak terpilih untuk ke PLKN.ttp masalhnya,apabila saya melakukan semakan,saya mendapat markah 9 utk PLKN.saya sudah membetulkannya,ttp masih tiada perubahan.

    2)adakah perlu mgunakan no unik ID yg berbeza utk Fasa 1&2

    3)mcm mane nak apply usm?

  67. Ecah,
    Pastikan anda membeli pin dan membuat permohonan sebelum 30 Mac. Pendaftaran pelajar baru ke IPTA dijangka pada 3 dan 4 Julai 2010 nanti, bagi mereka yang masih dalam latihan PLKN boleh memohon penangguhan latihan dan pergi mendaftar ke IPTA. Pada tahun sebelum ini, mereka yang telah menjalani latihan sekurang-kurangnya 2 bulan dianggap telah tamat dan tidak perlu menyambungnya di lain masa.

    Khairul,
    Salam…. sama2…
    Temuduga bagi pengambilan pelajar UPNM biasanya akan dijalankan pada bulan April yang mengambil masa selama 7-9 hari. Dalam tempoh itu terdapat beberapa ujian akan dijalankan bagi tujuan mengenal pasti calon-calon yang layak serta sihat dari segi fizikal. Ujian-ujian yang akan dijalankan adalah Ujian BMI serta kesihatan, Ujian kecerdasan akal, Ujian merancang, Ujian pengetahuan am, Ujian syarahan, Ujian kepimpinan, Ujian larian (3.2 km dalam masa 18 minit) dan Ujian merempuh halangan.

    Sebaiknya anda perlu mengisi 8 pilihan program pengajian yang berbeza kerana jika ada yang berulang cuma yang pertama yang diambil kira. Jika matlamat anda untuk masuk universiti tertentu anda patut membuat pilihan program pengajian yang berbeza yang ditawarkan oleh universiti tersebut.
    Sebaliknya jika anda berminat dengan sesuatu program pengajian, anda patut memilih program pengajian yang sama yang ditawarkan oleh universiti yang berbeza.

    Kalau anda layak, anda pasti akan mendapat kedua-dua tawaran. Anda akan mengetahui tawaran Matrikulasi dahulu baru tawaran dari universiti. Anda perlu buat pilihan sebelum tarikh yang akan ditetapkan.

    Sebagai panduan mungkin anda boleh rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.

    Maya,
    1. Cuba semak nama anda dengan PLKN, mungkin anda terpilih untuk sesi akan datang. Jika sah nama anda tidak ada di PLKN, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel: upu@mohe.gov.my untuk melaporkan masalah anda.
    2. Nombor unik ID hanya diperlukan semasa Fasa 2 sahaja. Oleh itu tidak timbul masalah menggunakan nombor unik ID yang berbeza.
    3. Tiada program pengajian yang ditawarkan oleh USM untuk lepasan SPM.

  68. saya ingin memohon fasa 2…lepasan spm..tp saya kehilangan no unik ID…oleh itu, apakah yang harus saya lakukan untuk mengisi fasa 2? adakah saya masih boleh membeli no unik ID yang baru? tolong saya…saya nak masuk IPTA jgak

  69. Mat,
    Anda boleh membeli nombor unik ID yang baru.

  70. erm…..yg pasl nk antar photostat ic/ic ibu bapa….dn sbagai nya tu….nk wat cmne??? kalo kita dafta kt 1 u…tp dlm 3~4 kos??kne anta 1 je ke??atau kne anta sbrape bnyk ngn yg kita mohon tuh???
    sape2 leh tlg jwb kn??plz…tq

  71. Bancik,
    Setahu saya anda hanya perlu hantar satu set sahaja untuk setiap universiti yang dipohon tanpa mengira jumlah kursus. Dokumen ini perlu dihantar ke pejabat pendaftar IPTA berkenaan. Alamat setiap IPTA boleh disemak di Senarai IPTA.

  72. saya belum membuat permohonan upu fasa 1 dan permohonan itu tlh ditutup. adakah saya masih berpeluang untuk membuat permohonan?

  73. SALAM,klu no pin sy hilang sy prlu buat ape???????????
    plezzzzzzzz dh buntu dah ney………………..
    sy bru nk isi borang upu fasa 2………
    boleyh x sy bli no pin 2 sblom tarikh 2 ttup?????????sprti 15/3/2010……….
    smpat x???????????????no pin sy hilang…………..

  74. farah ainaa says:

    sy nk tanya,kalau saya dah kemaskini permohonan untuk fasa 2 tu dah 3 kali,then saya nk tukar lagi,adakah saya kena membeli no unik ID yg baru?

  75. wyteusagi says:

    salam, saya keliru mengenai 2 perkara :
    a)
    bagaimana nak isi maklumat plkn. saya baru habis plkn tetapi tidak diberitahu markah yg diberi. Dalam borang upu apa patut saya isi?
    b) bagaimana nak isi maklumat lhdn bapa kerana tidak cukup ruang untu 1 no.
    Please help.
    t.ksh

  76. wyteusagi says:

    1) bpe markah penuh utk plkn?

    2) saya dh isi upu sblm saya pegi plkn, tp masa tu saya biarkan kosong kat ruangan markah plkn. maksudnya saya dah kira dan isi gps saya.
    kalau lps ni saya ltk markah plkn, adakah gps saya meningkat @ tak berubah?

  77. azlan shah says:

    mcm mna nk isi mrkh koko dkt upu.. sy x faham maksud gpa dan cgpa?
    pls help me..

  78. saya lepasan spm 2008 dengan pencapaian spm bm bi sc lulus dan kredit tetapi math saya lulus tetapi tidak kredit tolong bantu saya bagaimana untuk saya memasuki ipta saya dari aliran vokasional teknik jadi apa yang harus saya lakukan untuk dapat saya memasuki ipta

  79. Hello..
    Sye dah buat kemaskini 3 kali tapi alamat surat menyurat sye salah krna sye tlah brpndah….so is it any chance untk sye nak kemaskini lg?

  80. Dalila,
    Anda boleh membuat permohonan sekarang walaupun tidak membuat apa-apa semasa fasa 1 dahulu.

    Eida,
    Salam… Anda boleh membeli nombor unik ID yang baru sebelum tarikh tutup.

    Farah Ainaa,
    Jika anda telah membuat 3 kali kemasikini, memang tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Anda juga tidak boleh membeli nombor unik ID yang baru untuk membuat kemaskini.

    Wyteusagi,
    Salam… saya tidak pasti mengenai markah penuh PLKN tetapi apa yang saya tahu mereka yang menghadiri PLKN akan diberi markah penuh untuk ko-kurikulum. GPS anda patut berubah mengikut maklumat yang diberi. Mengenai nombor LHDN pula, anda hanya perlu masukkan digit sahaja tanpa huruf SG atau OG.

    Azlan Shah,
    Anda boleh mendapatkan markah ko-kurikulum daripada pihak sekolah atau buku ko-kurikulum.

    Zyro,
    Anda boleh cuba memohon politeknik yang mempunyai syarat yang lebih mudah, sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.

    Kana,
    Hi… Anda tidak boleh membuat kemaskini lagi tetapi jangan risau kerana semakan keputusan permohonan boleh dibuat secara online. Oleh itu anda cuma perlu semak di rumah lama anda untuk dokumen yang mungkin dihantar oleh pihak UPU atau universiti.

  81. budakcomey says:

    nilam..saya lepasan spm 2009..adakah saya layak untuk memohon uitm bg kos pentadbiran awam jika saya gagal dlm subjek add math??

  82. saya ingin bertanyakan sesuatu mengenai website ipta ini.
    saya telah memilih 4 pilihan utama iaitu yang pertama ialah asasi sains kemanusiaan,yg kedua ialah doploma pentadbiran awam,yg ketiga ialah diploma pengurusan teknologi pejabat dan keempat ialah diploma perakaunan…
    pilihan yang pertama saya tadi adalah hanya untuk aliran sastera sahaja bahkan saya adalah dari aliran teknikal kerana saya bersekolah di teknikal dan tidak ada aliran sains ataupun sastera dan saya juga tidak pasti jika saya dapat ditawarkan kursus tersebut..tambahan pula,dekat ‘requirements’ bagi asasi sains kemanusiaan juga ada mengatakan pengajian keusahawanan dan akaun adalah antara subjek yang perlu kredit jika mahu mengambil asasi tersebut..
    jadi saya pun bertindak berani memilih asasi tersebut kerana dalam spm saya ada mengambil 2 subjek tersebut.masalahnya,saya juga ada mengambil physics,kimia dan addmath..adakah saya layak untuk ditawarkan asasi tersebut?
    selain itu,jika saya tidak layak..adakah saya akan ditawarkan diploma pentadbiran awam yang mana merupakan pilihan kedua saya??..
    untuk pengatahuan,saya tidak dpt mengemaskini akaun upu saya kerana saya telah menggunakan semua peluang kemaskini yang ada…

  83. salam…

    sy platih plkn siri7/kump1 2010
    mcm mne sy nk tau mrkah plkn utk isi dlm upu???

  84. salam..ermm,,sye nk tnye mcm mne nk kemaskini permohonan kemasukan ke ipta sesi 2010/2011???sye dh isi borang fasa 1& fasa 2..tp sye nk kemaskini balik,,dh bape kali cube bt tp xjmpe pon…lagi 1 saye terpilih ke plkn kump 2 hujong bulan 3 nih…,mc ner nk tahu yg sye mendapat tawarn belajar ke ipta??adakah diberitahu melalui surat,,sms atau online???tulun yerrr…confius sgt2…

  85. saye da daftar upu…
    tapi sedar2 baki kemaskini borang da abes 3 kali da….
    bile cek balik sye punye kod skolah salah isi…
    course pun sye x sempat nak tukar….
    macam mner nie???
    pening2….

  86. Saya nak tanya? Saya adalah calon SPM Ulangan 2009 dan SPM 2008. Tetapi bila saya nk berdaftar sebagai calon SPM ulangan 2009 pd sistem aplikasi IPTA, perisian terbabit menyatakan saya bukan calon SPM ulangan 2009. Jadi, saya terpaksa berdaftar sebagai calon SPM 2008. Mengapa hal ini berlaku? Adakah kementerian akan melihat SPM Ulangan saya sekali apabila berdaftar sebagai kategori SPM 2008

  87. bila blh tahu senarai nama yang masuk ke IPTA?

  88. saya telah tamat menjalani latihan PLKN kumpuan 1 siri 7 2010…tp saya masih x tahu markah PLKN saya??so ada kh saya perlu tinggalkan kosong pada ruang markah plkn…tp jika tinggalkan kosong pada ruang tersebut…dia minta kembali markah…

  89. Ari Iouri says:

    Salam, bila boleh dapat tahu tentang keputusan permohonan ke ipta?

  90. BudakComey,
    Layak jika anda mendapat sekurang-kurang gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

    Linda,
    Secara amnya memang anda layak memohon. Jika bersesuaian anda akan diberi pilihan yang berikutnya dalam pilihan anda jika pilihan pertama tidak berjaya. Walaupun begitu tidak semestinya anda akan diberi salah satu daripada pilihan yang dimohon. Semuanya bergantung kepada jumlah tempat yang ditawarkan, jumlah yang memohon dan kesesuain kelayakan.

    Faiz,
    Salam… Saya tidak pasti, harap ada pembaca lain yang dapat membantu.

    Nurul,
    Salam… Anda boleh membuat kemaskini di laman web yang sama anda membuat permohonan dahulu cuma kali ini klik kepada KEMASKINI yang bersebelahan dengan SEMAKAN.
    Anda tak perlu bimbang, keputusan permohonan boleh diketahui dengan menyemak secara online dan sms. Pihak PLKN akan memberi masa untuk anda membuat semakan atau boleh meminta bantuan ahli keluarga menyemaknya bagi pihak anda.

    Akem,
    Sila berhubung dengan talian Hotline UPU di 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03 8883 5801/5802 .

    Hafiz91,
    Saya tidak pernah berdepan masalah yang anda hadapi, sila berhubung dengan pihak UPU di talian yang dinyatakan di atas untuk mendapatkan penjelasan.

    Ccling dan Ari Louri,
    Bagi lepasan SPM, semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada 7 April manakala keputusan permohonan kemasukan ke IPTA pada awal Mei. Biasanya sebelum tarikh pendaftaran ke Kolej Matrikulasi.

    Colin,
    Saya tidak pasti, harap ada pembaca lain yang dapat membantu.

  91. Fyza_Swift says:

    salamm
    hm panggilan temuduga tu utk apa ek?
    so, sy prlu tggu sehingga bulan 5 la ye utk mngetahui kputusan?
    and then, sy isi diploma in science hri tu, sdgkan subject kmia dn bio sy hnya mndpat c dan c+ shja. agk2 nya adakah pluang sy untk mndpt twaran?

  92. salam…

    saye pelajar lepasan spm 2009….
    saye confuse laa..
    WAJIB k kite print permohonan kite dlam talian online tu?

  93. salam

    mcm nilam ckp kat ats semakan temuduga boleh dibuat pd 7 april
    di manakh semakan tu boleh dibuat?adakah laman web yg sama mcm kita isi borg UPU tu?

  94. neyagurl@yahoo.com says:

    nk tny,sy x fhm sal uitm….cmne nk mmohon msuk?die de no pin uitm ke?????ke dh tmsuk dlm upu?2 sy x fhm.pleaseeeeeeee….tlg eply erk..

  95. saya spm tahun 2009. saya nak tanya macam mane saya nak tahu jika saya dapat tawaran ipta atau upu?

  96. saya pelajar sapn tahun 2009.

    saya nak tanya?

    macam mane saya nak tahu jika saya dapat tawaran ipta atau upu?

  97. salam…
    saya pljr lpsn SPM 2008 dan telah mndftar untuk mngikuti SPMU pada tahun ni, untuk subjek elektif sains tulen. Adakah result SPMU yg cemerlang m’mbolehkn saya m’ngikuti program asasi d IPTA thun 2011??

  98. kalo dpt 3a jek lepas tak masuk matriks?

  99. nurcomel sweet says:

    ape beza diploma tesl ngan diploma bahasa inggeris?

  100. hye…i tgh bingung nie…mcm mn nk tw kt dpt unv.kt mn eyh..adkh kotsn sy 3a,2b,5c,1d nie lyk msk ke unv???PLEASE HELP ME…

  101. I nk tya..adkh kptsn spm sy 3a2b5c1d ni lyk msk unv..mcm mn i nk tw yg i ni dpt msk unv @ x???pls help me

  102. Fyza_Swift,
    Salam… Panggilan temuduga itu untuk mereka yang memohon program pengajian yang mempunyai proses temuduga sahaja. Sementara yang hanya perlu tunggu keputusan permohonan pada bulan Mei nanti, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.
    Jika anda telah memenuhi syarat minima, berjaya atau tidak bergantung pula kepada beberapa faktor lain antaranya keputusan peperiksaan pemohon yang lain dan jumlah tempat yang disediakan.

    Fikri,
    Salam… Sebaiknya dicetak sebab jika ada masalah senang membuat rujukan. Andaikata tidak ada apa-apa masalah memang anda tidak memerlukan cetakan tersebut.

    Alia dan Icah,
    Salam… Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.

    Neyagurl,
    Bagi UiTM ada cara permohonan, untuk program pengajian pra diploma dan professional perlu memohon terus dengan UiTM tetapi bagi program pengajian asasi, diploma dan ijazah perlu melalui UPU. Kedua-duanya memerlukan no pin yang berbeza.

    Fifi,
    Salam… Kalau tidak silap saya program Asasi dan Matrikulasi hanya dibuka kepada pelajar SPM semasa sahaja iaitu dalam Kategori A. Anda pula tidak boleh memohon program tersebut kerana berada dalam kategori B. Walaupun begitu cuba semak semula Syarat Khas di laman web UPU.

    Nurcomel,
    Agak sukar.
    Saya kurang pasti tetapi mungkin bagi Diploma TESL memang khusus dilatih untuk mengajar Bahasa Inggeris manakala Diploma Bahasa Inggeris pula mungkin anda akan mendalami berkenaan Bahasa Inggeris itu sendiri. Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.

    Shah,
    Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010 dan berjaya atau tidak begantung kepada banyak faktor antaranya program pengajian yang dipohon, kelayakan, saingan dan sebagainya.

  103. farahani says:

    salam…..
    nk tye…?
    mse buat permohonan tu..,kne isi bhagian Pilihan Program Pengajian(Ada Temuduga) ea?
    klau tak isi,nk wt cmne ek?
    kalut la…pening
    plez eh…
    plez answer my question………………….

  104. salam..bole tolong saya..camne nak semak temuduga untuk program asasi dan bila tarikh keputusan kemasukan ke ipta?

  105. salam sejahtera,jika terlepas peluang permohonan masuk pd 30Mac2010,macam mana?bilakah buka lagi permohonan masuk ke IPTA.

  106. hello..bla ek dpt taw kputusan snarai yg dpt masuk u??n napa sya xdpt buka laman web upu tu??hehe

  107. owh.. cmue rupenye..
    tapi saye nak cetak tak dapat sebab da tutup..
    macam ne saye nak cetak n semak saye punye borang?

  108. lyka jay jay says:

    assalamualaikum…nape lambat sgt nak belajar nie…bile nk masuk u…bulan 7 tu..lame ag..cam nak tau sama ada kita diterima masuk u ke x?

  109. sweet n sour says:

    salam…nape lambat sgt nk masuk u?cpt r ckit..nk blajr.

  110. sye dh isi borang upu
    tp bile sye nak semak,then msukkan no kp
    naik no kp ne xda dlam permohonan

  111. Farahani,
    Salam…. Sememang anda wajib mengisi bahagian tersebut. Kalau tak silap saya ada wajib isi sekurang-kurangnya 4 pilihan. Jika tidak diisi ada kemungkinan permohonan anda dianggap tidak lengkap atau mungkin anda akan ditawarkan apa-apa sahaja program pengajian.

    Diella dan Lyka Jay Jay,
    Salam… Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.

    Pieces,
    Salam… Anda boleh memohon pengambilan sesi Disember/Januari yang biasanya akan dibuka dalam bulan September. Walaupun begitu perlu diingatkan tidak semua IPTA dan program pengajian akan ditawarkan.

    Sasha,
    Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.

    Fikri,
    Sekarang memang dah tak boleh print. Lagipun keputusan permohonan akan diumumkan tidak lama lagi.

    Nana,
    Sekarang ini hanya boleh buat semakan untuk temuduga sahaja. Semakan keputusan permohonan masih belum boleh dibuat.

  112. assalammualaikum…kalau boleh saya nak tau…berapa peratuskah markah merit mempengaruhi kelayakan seseorang untuk masuk ke ipta…kan pengiraannya mengilut result spm dan rate yang telah ditetapkan…if can,berape kelayakan yang minimum or boleh jugak dikatkan berapakah markah merit minimum yang diperlukan untuk masok ke ipta??how much it effect our chance to ipta??Thank you..ASAP…

  113. adakah markah koko sgt penting untk kemasukan IPTA?Kalau markah koko rendah tapi dapat12A+,adakah permohonan juga dibatalkan?

  114. salam…saya baru call upu…keputusan ke asasi akan keluar esok 1 mei 2010, pukul 12 tengahari…sila rujuk web upu…semoga semua berjaya…

  115. t0 soyabean…
    krenyer es0q rzult yg asasi je lar..diploma xder?

  116. salam..sy nk tye..hri 2 sy trslah isi bhgian k0k0 tuk upu,sy dpt A,tp sy trtggl bhgian mrkh b0nus,n mse 2 sy prsan slpas kmskni sy abez krne asyk mnukr c0s yg d mnx..jd,sy nk tye adkh prm0h0nn sy akn dt0lk??

  117. saya pelajar lepasan institut pertanian tahun 2008/2010. di sini saya hendak tahu kenapa permohonan saya myambung pelajaran ke ipta ditolak. untuk makluman pihak tuan saya mengambil spm pada tahun 2007. adakah saya masih berpeluang menyambung pelajaran le ipta atau tidak

  118. anonymous says:

    tumpang tnye,website nk buat rayuan ape yek?saye dpt msok uitm,,tp sye dpt kos bisnes,,sye nk tesl,so,cmne tu?bisnes kos was my third choice,,,i got a for my bi,but,,,asasi tesl sye xdpt,,,diploma tesl pn xdpt,,help me!

  119. salam,saya just nak minx pendapat kerana saya tak dapat tawaran matrikulasi dan juga tawaran ke ipta..so apa yang patut saya lakukan?saya dah membuat rayuan untuk matrikulasi(pst) dan ipta..tetapi bgaimana pula dgn program matrikulasi(pdt) itu ye???boleh terangkan apa stage yang sy perlu tggu agar saya dapat msuk mana2 samada ipta ataupun matrikulasi?thanx…

  120. bike result tok profesional coarse kat ipta kua??

  121. alu sume…..

  122. isabella bella says:

    mcm mane nak tahu kod setiap ipta?

  123. cam mana nak tgok kputusan rayuan ipta 2????plss..

  124. ble bley ec borang pnggilan ke2 uitm ea..?

  125. bdak kcian says:

    mochi2………..ada x program diploma amilan bln januari???kalau ada,bile bor kluar??

  126. kalo sye dpt keputusan spm yg biasa je cuma 1 A layak ke sye masuk ipta?

    • Masih boleh tetapi pilihan program pengajian terhad dan peluang tidak sebaik mereka yang mendapat keputusan yang lebih baik.
      Walaupun begitu jika anda bijak membuat pilihan kursus dan tempat, peluang memang baik.

  127. nur hasniza hashim says:

    emm..cam ne nkm isi borang upu