Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 2012 Sekolah Seni Malaysia

TERKINI: Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2012

Ketika ini terdapat dua buah Sekolah Seni iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching yang diuruskan di bawah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Dua buah Sekolah Seni ini diwujudkan agar dapat meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Visi Sekolah Seni ini adalah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Permohonan Sekolah Seni

Mulai 9 Mei 2011 permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia iaitu Sekolah Seni Kuching Sarawak dan Sekolah Seni Johor Bahru bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2012 telah dibuka. Mereka yang mendapat tawaran akan masuk ke salah satu Sekolah Seni ini pada Januari 2012.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
  • Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2011
  • Lulus sesi uji bakat

Bidang

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-

  • Seni Visual
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Muzik

Permohonan

Kaedah Permohonan

  • Permohonan Terbuka
  • Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
  • Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan

Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Permohonan Terbuka

Uji Bakat

  • Satu sesi uji bakat dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
  • Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
  • Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
    • Tidak buta warna
    • Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
    • Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2012 adalah pada 27 Jun 2011.

Kemudahan

  • Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang.
  • Bangunan dan kemudahan asas di Sekolah Seni memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik.
  • Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah.
  • Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa.

Maklumat

62 thoughts on “Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 2012 Sekolah Seni Malaysia

  1. dora explorer says:

    kalo la syarat mcm ni utk mask sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains mara kan bgs..dpt gak aku masuk sbp..ni sekolah seni..sapa mau jadi artis leh la

    • salam dora explorer,

      lain sekolah lain padang..lain syarat lain le keutamaannya…..jangan salah faham ttg seni….bila sebut seni jadi artis aje le…salah tu dek……semua org dah belajar seni sejak bayi lagi….renung2kanlah…sebelum masuk sekolah pun…sebelum jadi doktor….peguam…jurutera…etc….semuanya kena belajar seni…seni menulis….seni yg tak boleh tinggal sepanjang hayat…..nak buat apa2 presentation pun kena berpengetahuan seni…..so jgn le pandang budak2 seni nie sebelah mata aje,,,,sape2 yg belajar seni ni boleh jadi seorg yg kreatif….berinovasi….hayatilah seni…seni tu luas…..bukannya hanya nyanyi atau menari aje,,,,,

    • amboi..
      jgn hina seni…

    • eee…ceteknya ko ni yek..ingat masuk sek seni utk jd artis je ke?

    • dora explorer ; sekolah seni ni bukan untuk melahirkan penyanyi saja tapi untuk melahirkan penulis,pengubah lagu pengarah,penerbit, yg pro dan bertauliah dan bertaraf worald . kalau seni visual pula lagi banyak cabang nya. ni bila sebut saja pasal seni dah kepala tu ingat jagi penyanyi,pelakon tu pandangan kolot sekarang zamai IT la org dah x pikey macam tu budak2 tadika pon tau seni tu apa huh..! gi belajo lagi la wat malu jek kat luar negra bila saja sebut seni orang bukak mata dan pandang tinggi kat malaysia pon org dah tau apa itu seni. cuba2 lah bukak minda tu tengok keadaan sekeliling apa dah belaku jangan main sedap mulut jek cakap org malaysia dah ke angkasa pon itu pon bermula dari seni juga.huhuhuh kesian betol cik dora explorer ni mungkin kurang pengetehwan agaknya. x pe ada masa untuk memperbaiki diri tu.

  2. wow..interesting..

  3. mama prihatin says:

    dora explorer
    awak sebenarnya tak faham sekolah seni ni aper…bukan nak jadi artis jek masuk sekolah ni,ni sekolah untuk belajar pelbagai 'gendre' seni

  4. dora explorer..
    jgn ingat seni x de hala tuju..
    tgk artis2 malaysia cm dato siti..
    org seni juga….siap dpt pangkat dato lg..
    u dpt ke pangkat 2???
    tgk aje eric leong…bjye gak dlm bidang seni rekaan dalaman…
    terkenal tau…
    jgn pandang rendah bidang seni….
    u blaja tinggi,tp,lau x dpt kje jd penganggur x guna jugak…
    seni ni cerah bidang nya…
    jangan perlekeh seni….

  5. yes,btol ckap awk tu..jgn hina seni….

    i<3 seni…

    klw msok sains mara pon klo bodo tak de penye………

    so ini la skola sni…..klo bodo pon ley msok….

    sebodo bodo org bodo yg msok sekolah ni dye ad kelebihan taw……

    dye ade bakat….u ape ade………

    (ini cuma nasihat bukan hinaan atau apa apa saja)

    • mama prihatin says:

      lynnA…….kalu nak tahu sekolah seni ini adalah antara sekolah terbaik dlm pmr mendapat keseluruhan A sepanjang 2 tahun ini semenjak ditubuhkan 5 tahun dahulu…..di smping pelajar2 ni berbakat…mereka juga cemerlang dalam akedemik……..kalu tak percaya sesekali pergilah melawat sekolah seni ini….penghuninya semuanyer menutu aurat dan berbudi bahasa….dan tenaga pengajarnyer juga memang baik kerana mereka menggelarkan diri mereka masing2 sebagai “ayahanda”bagi cikgu lelaki..dan bagi cikgu perempuan puler “bonda”…kan penuh kekeluargaan…..

      • salam. ada anak belajar di sek seni johor ke? apakah bidang yang dipelajari? saya ada adek yg berminat utk ke sek ini tapi dah terlepas pendaftaran. Ada ke cara lain utk membolehkan ia masuk ke sek ini?

        • mama prihatin says:

          wasalam..memang anak saya belajar di sekolah seni…memang best dan berbakat..bukan setakat itu sahaja akademik pon di utamakan ,sekolah seni hanya mengambil pelajar ting 1..selepas upsr dan permohonan di buka awal sebelum upsr bermula kena rajin2 tengok web site….

  6. Fanaz Farhana says:

    bidang seni ade ke ?

  7. Fanaz Farhana says:

    bidang photography ade ke ?

    • mama prihatin says:

      seni photograpy pon ader belajar..mengikut peringkat demi peringkat dan bukan itu sahaja…..pelbagai gendre seni mereka akan pelajari…..

  8. dalam seni musik, ape yg diajar?

  9. sorry…. nk tnye ad xprmhonan kmsukan tgkatan 2 2012???

  10. kalau masuk sekolah seni apa yg boleh belajar

    • mama prihatin says:

      sebenarnya sekolah seni samer seperti sekolah2 yg lain….belajar matapelajaran seperti biase……cumer apabila di waktu ptg sekiranya bagi sekolah2 asrama penuh yg lain di penuhi dgn aktivit prep atau belajar tetapi di sekolah seni di isi dgn matapelajaran seni visual,muzik ,teater dan tari mengikut aliran permohonan masing2..itu yg membezakan anak2 sekolah seni dgn sekolah2 yg lain…..

  11. Aslmkum…….camner nk daftar masuk utk intake 2012…beratus kali dh cuba register tp SERVER JADI ERROR… mcm mana ni!!!!!!…. menyusahkan jg..x der cara lain ker

  12. syafiqah says:

    urm klo untuk thun dpn, ,syg sdah tngktn 4, ,prmhonan tngkatan 4 x diterima ke klo nk msok sklh seni ny?sbb sy mnt seni visual

  13. wah, bestnya.D’ya penari sekolah, tapi boleh ke masuk sini kalau ada pengalaman? sekuran-kurangnya berapa A?

    untuk reply or ape2, boleh add D’ya dalam FB.

    https://www.facebook.com/dya.marshmello

  14. selain dekat johor dgn kuching kat mana ada lagi???jauh lah….

  15. hannan qardhawi bin hishammudin says:

    rasanya macam minat seni visual tapi x sure pilihan utama

  16. ala…time isi borang permohonan dh isi ngn betul dah…..tibe2 bile nk cetak…..maklumat surat menyurat dh ubah bandar jd lain (saya dok seremban…tibe2 ubah jd asahan mane tah) ….mcm mne ni….sy betul2 nk msuk sbp…nnti die antar tmpat lain la kan……problem r server…sy mmng btol2 click seremban….bile dh cetak…die ubah jd asahan….bole buat permohonan baru x ?

  17. Untuk form4 takde ke ? :/ kalau masuk sch seni kita akan belajar kan semua matapelajaran teras tuh ?

  18. dapat mohon lagi kh ?? sbb ,, pemohonan sudah tutup .. . ermmmmm !!

  19. kalau akademik? subjek apa yg ada?

  20. sy nak tanya..seni visual apa subjek yg dia ajar??

    kemasukkn sekolah nie dari tingkatan 1 hinga 3 atau tingkatan 1 hinga 5??… sy nk taw.

    murid2 dari sekolah nie pulak,selepas SPM mereka layak pegi kemane??

  21. Nadiah Fanadza says:

    hai sume!sye bdax form 4 Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru!

  22. salam.
    saya merupakan pelajar di sekolah seni.tak perlu menyebut negeri mana.memang sekolah seni merupakan sekolah yang amat baik.sekolah ini dibina untuk pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam bidang seni agar mereka dapat memaksimakan lagi potensi mereka dalam bidang seni.di sekolah seni mereka dididik untuk berfikiran jauh bukan sahaja dalam bidang seni tapi juga dalam bidang akademik.hal ini cukup membuktikan sekolah seni layak melahirkan anak watan yang berfikiran kreatif lagi kritis juga holistik. namun begitu, sekolah seni mempunyai sedikit masalah. di mana, kedua-dua sekolah seni tidak mempunyai bangunannya sendiri. sekolah malang tersebut terpakasa menumpang sekolah lain sebagai contoh sekolah seni kuching yang terpaksa menumpang di sekolah openg. jadi, pelajar sekolah tersebut berasa tidak selesa kerana hidup dalam serba kekurangan.walaupun ada pihak yang menjanjikan kemudahan akan disediakan sama seperti sekolah berasrama penuh. namun, indah khabar daropada rupa. saya harap ada pihak yang bertanggungjawab bisa menyuarakan masalah ini kepada pihak yang berkuasa.

  23. […] pelajar tahun enam yang telah memperolehi keputusan UPSR 2011 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2012 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka […]

  24. sebenarnya saya teringin sgt nak masuk sekolah seni..lg pon saya mmg berminat bab2 seni nih..saya juga aktif di skola dgn menyertai tilawah al quran,nasyid dan byk lg…harap dpt mmbantu…

  25. elvina shirleylin says:

    hai sme….?????????????????/blh berkenalan kh???

  26. saya minat menyanyi , kalau masuk sekolah seni, bidang apa yg sesuai ye ??

    seni muzik boleh ke ??? nanti nak cuba mohon utk kemasukan form 1.

  27. Assalamualaikum..sye nora dri skolah smksb..sye berminat dalam bidang muzik ini..sye tidak tau ade kemunculan skolah nie…sye hendak mendaftar keskolah ini..boleh tak tuan/puan memberi saya peluang yang terakhir untuk memasuki skolah nie..saya betul2 mahu masuk ke skolah ini

  28. Salam, saya boleh nyanyi . main gitar bolehlah sikit2,

    bolehkah mohon bidang seni muzik di sekolah seni ??

  29. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 dan 2011 sebagai […]

  30. farah idayu says:

    assalam , sy da try masukkan num sijil lahir tp dy kate maaf , num nie ta wujud ..

  31. rajafatimahidris says:

    kalau nak masuk seni visual bleh tak? =D

  32. Cintamuzik says:

    Bestla sekolah nie ! Nk try print Borang dye la !

  33. assalammualaikum..tumpang tnya klau mcm skrang saya dah form 2 tpy sye mnat sgt2 dngan sekolah seni , klau mcm thun dpan boley ka msuk untuk form 3…klau x boley tak pa lha cuma nk tnya..kot2 klau boley 🙂

  34. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.