TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012
Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011 Di Semenanjung Malaysia
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2011
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.
Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Di samping itu mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.
Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
MRSM Biasa
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
MRSM Ulul Albab (Agama)
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
- Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.
MRSM IGCSE
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
- Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan
- Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Katalaluan
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi iaitu 11 November 2010.
- Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
- Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
Tarikh Tutup
- Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2010.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 3 Disember 2010.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
[…] Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia […]
[…] = "3161c67208260d746f361cd3f6e09798"; ← Next post Previous post […]
[…] This post was mentioned on Twitter by Azhad Nilam, Azsnets, Adi Wira, Shaz Nilam, ePutra Nilam and others. ePutra Nilam said: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia http://goo.gl/upUk8 […]
Salam…
saya dapat tahu rakan saya dah dapat surat interview MRSM pekan pahang pada 15 Dis ni. Saya minta MRSM MERSING. bILA INTERBIU??
TQ
kalau dapat 4a 1b tak blh mohon ke
tu la..sye nak sngt masuk..sye pon dpt 4A 1B…
klau dpt 4a 1b bley msuk x?
tak bole!!!
x leh
bley tanya x????
klu dpt 4A 1B bley masuk MRSM x????
sye nak sangat masuk MRSM…
ramai orng kata MRSM nie bagus….
Mintak maaf. Tak boleh. 5A saja
lao ader sijil yg tnggi maybe bley kod .
ader sijil kbngsaan..??
lao adew cable bao sng siked…
salam, klau terlewat mbeli no pin mcm ane???
No Pin tu kan percuma….
sekarang pun masih boleh ambil lg…
dia start 11/11/10 sampai 30/11/10 la
saper kata percuma. kena bayar seringgit la..
percuma tak perlu bayar
kalau kena bayar tu..dah kira salah tu…sepatutnye percuma
klu dpt 4A 1B x leh ke????
oh yeahhhhhhhh..I've got 5A in UPSR..so,bley masok arr kan MRSM. 🙂
mesti lh bley masok… I pown dpt 5A.. congrats ! U masok mrsm ape ?
x semestinya..kdg2 x dpt masuk sbb bkn 10 org je yg dpt 5A..so ramai yg mintak masuk MRSM jgk..
Salam… sepatutnya tidak ada masalah untuk memohon.
nama pon mara. nak tolong orang yang kurang berkemampuan.
bley je la..ayah sye gji 20k
dpt je..jnji result ank kne bg0s r
mcm mane gaki bulanan di tulis rm13000 tetapi utk cetakan rm1.00??
mcm mane sye nk isi balek??
saya bukan warganegara tapi suami ialah warganegara, dan dah bercerai, tapi saya dpt custody anak. dia dapat 5A dan juga aktf dlam kokorikulum. anak sya iala warganegara juga…ada ke anak sya layak memohon?
saya dpt 4a 1b . sedng buat semakan percubaan dpt 5a. blh mohon?
boleh2
asal x leh nak login ni????? line mara bz sgt ke????
salam..bilakah keputusan mrsm 2011 akan diumumkan??
Salam.. tidak pasti tetapi tahun lepas pada 1 Februari
budak2 yg apply ulul albab dah tau. 10hb daftar.
Salam..bagaimana tuan dapat tahu yg apply ulul albab dah dpt?
askum sy tuggu keputusan anak sy dapat ataun tidak mrsm ulul albab kepala batas sy tak tahu nak dapatkan maklumat dari siapa?
slm… saya dpt 5A… saya teringin sgt nk masuk mrsm.. adakah saya diterima.??
InsyaAllah dapat…
ooowhh,..
Difahamkan anak dan kedua-dua ibubapa warganegara sahaja yang boleh memohon
saye p0n same.. nk tuka MRSM gak.. tp xtau b0leh ke tidak.. tlg bgi jawapan..
assalamualikum, nk tanya bila boleh semak tarikh temuduga ke MRSm ULUL ALBAB 2011…Anak sy ada mohon tp belum dpt apa-apa respon lg..
cuba telefon ke pejabat mrsm. kawan saya call tadi, dia confirm dpt gemencheh
2 lar…risau jgk..tkot2 x leh kew….
sye memperolehi 5A dlm UPSR yg lalu..;sye hndak brtnye..adakah jika saya tidak ditwarkan ke SBP sye akn ditawarkan ke MRSM?
Jika anda ada memohon MRSM dan tidak dapat SBP, maka permohonan MRSM anda akan dipertimbangkan
nak tau..kalau mhon mrsm biasa ada temuduga tak?
hmm mcmmmner nk thu..? kalo kiter diterima ker x ..? seara on9..?
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat secara online di laman web MARA
Secara amnya memang tidak ada
dekat mana nak tengok kalau nama kita dapat pegi interview . ade link ke ? macam mana kalau tak dapat surat tapi nama kita ade untuk yang layak pegi interview . nak tengok dekat mana ?
semua yg mohon mrsm ulul albab akn di panggil utk temudua ka? ada pljr yg dah dpt surat temuduga tp ank sye blm lg..
Sepatutnya memang ada
klu yg dpt surat lmbt?
kawan sye dpt surat ble tarikh temu duge dh lps.
mcm mne ye?
Sebaiknya maklumkan kepada pihak MARA tentang perkara ini
adakah mrsm biasa akan dipanggil temuduga mcm mrsm ulul albab dan igcsi..nak tahu
mrsm biasa xda tmuduga..cuma mrsm ulul albab n igcsi shj…
salam…
saya nk tanye ble keputusan kemasukan mrsm tingkatan 1 2011 akan keluar??
kalau blh saya nk laman web nye sekali…