Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Semenanjung Malaysia

TERKINI: Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab & IGCSE

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012 di Semenanjung Malaysia. Bagi permohonan MRSM untuk Sabah dan Sarawak sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sabah Sarawak

Maktab Rendah Sains MARA

Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;

  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  4. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
  5. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  6. Lulus temuduga.

SYARAT KHAS

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum.

MRSM Ulul Albab

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pelajar tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  4. Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

MRSM IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Lulus ujian comprehension.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

MRSM Ulul Albab & IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Mempunyai minat dalam bidang agama.
  3. Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011.
  2. UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.

Pemilihan

  1. Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi iaitu 17 November 2011.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 5 Disember 2011.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

80 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Semenanjung Malaysia

  1. […] Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012 di Sabah dan Sarawak. Bagi permohonan kemasukan MRSM di Semenanjung Malaysia sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia. […]

  2. […] Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Semenanjung Malaysia […]

  3. Bee Zulkifli says:

    Boleh ke dapat pin untuk pemohonan online ke mrsm 2012 jika anak mendapat 4A 1B?

  4. Assalamualaikum tuan Admin,
    Kenapa saya tak boleh akses walaupun menggunakan Internet Explorer dan juga menggunakan No. KP serta Katalaluan yg diberi.

    Harap dapat dijawab dengan segera. Terima kasih

  5. Salam,

    Saya dah berjaya mengisi borang & hantar. Tapi bila nak print dapat error message menyatakan 'sistem tidak dapat dicapai' . Bolehkan saya log-in semula dan print atau kena isi form baru.

    Terima kasih

  6. Saya juga mengalami masalah yang sama, iaitu dah diberi kata laluan, dah disi tapi bila nak print, tak boleh.Bila nak akses semula dengan kata laluan yang diberi dah tak boleh masuk.Apa kes niiiii

  7. siti sarah ainur iman says:

    saya dari sjkc dan telah mendapat 5a 2b dlm upsr,layak kah sya utk memohon ke mrsm

  8. Saya berketurunan Orang Asli Semenanjung. Anak saya telah mendapat 4A1B…boleh tak memohon no pin untuk permohonan online mrsm 2012?

  9. Kenapa saya tak boleh nak akses walaupun menggunakan Internet Explorer??? tarikh tutup dh x lama lg..nk isi borang secara online mcm mana??

  10. musa othman says:

    anak saya memperolehi 4A1B dalam pereriksaan UPSR bagi tahun 2011, syarat kemasukan ke MRSM 5A. boleh kah pihak mara mempertimbangankan juga bagi pelajar yang mendapat 4A1B untuk mendapatkan no pin untuk permohonan dalam talian. harap mendapat pertimbangan dari pihak tuan.
    Terima Kasih.

    • Biasanya terpulang kepada pegawai yg bertugas kerana secara amya memang hanya mereka yg dapat 5A diberi nombor pin tetapi ada kes2 yg tertentu mereka yg dapat 4A 1B pun diberi

  11. saya pun mengalami masalah seperti saudara/saudari di atas… berjaya hantar online, tapi nak print tak boleh… ” talian tak dapat disambung buat seketika, cuba lagi” dah 3 hari cuba ni macam mana????? dah call mara tadi… dia kata busy kot cuba lagi… kalu tak dapat juga cuba pegi ke tingkat 19…Parah lah macam ni…. nak nangis pun ada ni…

  12. kat mana boleh dapatkan no pin selain pejabat mara dan mrsm berdekatan?
    xde ke no pin yang boleh dapatkan dari mesin atm bsn?

  13. nape call mara..mara x angkat..tido ke…

  14. saya guna ic bukan no surat beranak dan telah dpt print tetapi xpasti sama ada borang sy berjaya di hantar atau tidak . bagaimana sy nk tahu borang online sy telah berjaya d hantar..terimakasih..

  15. FARZANA ALIAH says:

    saya menghadapi masalah yg sama dah isi brg,sent tp masih gagal untuk print dan tak pasti samada permohonan saya dah berjaya dihantar atau tidak

    • Ada pemohon yang kongsi pengalaman di Facebook ePutra, mengatakan dia shutdown komputer & bila on semula hanya buka browser IE dan berjaya isi & cetak borang tersebut

  16. saya telah berjaya mengisi borang online tetapi tidak boleh mencetaknya. bagaimana saya ingin mencetaknya semula?dan tarikh perhantaran telah tamat semalam..

  17. untuk hari UKKM dan temuduga kemasukan, adakah perlu pakai uniform sekolah?

  18. Rozaimah Hussain says:

    salam. anak saya ada dpt tawaran ke sekolah di bawah yayasan selangor. Soanlannya adakah nama anak saya akan di gugurkan dari calon MRSM. anak saya telah menduduki ujian UKK pada 14/12/2011 yg lalu. harap dapat penjelasan.

  19. thaqif iqbal says:

    bila nk tau keputusan mrsm ulul albab

  20. Thaqif Iqbal says:

    Bila nk tau keputusan ulul albab mrsm kepala batas

    • awal januari, biasanya MRSM akan menghubungi mrk yg berjaya

    • Anak saya temuduga di Gemencheh, masa taklimat ibu bapa katanya seawal 5 – 8 Jan. Kita tunggu je lah… Lagi satu masalah saya, masa submit appn form & salinan sijil hari tu.. saya terlupa nak sertakan sekali keputusan PSRA, adakah permohonan anak saya itu akan di pertimbangkan??

  21. Anak saya dpt 4a 1b, dalam kenyataan akhbar ada menyatakan bg sesiapa yg dpt 4a, 1b dan juga 3a, 2b juga boleh memohon rayuan di online…..tetapi bgaimana cara utk mendpt pin no. online sedangkn hanya yg mendpt 5a sj diberikan…..

  22. Adakah e-rayuan khas untuk permohonan yang tidak diluluskan bg yg mendpt 5a atau untuk permohonan baru bagi yg mendapat 4a, 1b atau 3a, 2b?

    • Selepas keputusan telah diumumkan mereka yg tidak berjaya memang boleh membuat rayuan tetapi tidak pasti pula bagi rayuan permohonan baru, ini perlu call MARA

  23. salam….bila boleh tahu keputusan permohonan MRSM ULUL ALBAB…..

  24. yoo kelate says:

    salam….bila blh tahu keptsan ulul albab

  25. […] pelajar tingkatan 1 2012 yang telah menduduki UPSR 2011 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge […]

  26. Nik Anizam says:

    Bilakah tarikh keputusan kemasukan ting 1 2012 ke MRSM akan di ketahui?

  27. untuk mrsm igcse/ulul albab ade rayuan tak

  28. bila keputusan kemasukan MRSM biasa keluar????? tolong reply…

  29. mohd iskandar says:

    salam,saya ingin mengatahui macam mane nak tengok dapat atau tidak

  30. […] keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 1 boleh dibuat dengan menggunakan nombor Surat Beranak atau Angka Giliran UPSR […]

  31. mcm mane nak buat rayuan? isi karangan mcmmane?

  32. salam,saya sudah membuat e-rayuan.bilakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut.

  33. rayuan utk kemasukan mrsm sudah tutup ke belum saya dah cuma masuk online buat rayuan sampai blm dapat so mcmana caranya call mara x pernah daripada 20 sampai hari ni.

  34. mcm mne nk uat rayuan untuk second intake tingkatan 4 2012?

  35. assalam,bpleh sy tau bila semakan second intake boleh diketahui?

  36. Bila keputusan Rayuan ke Ting. 1 dapat diketahui.

  37. boleh ke anak saya memohon ke tingkatan 1 mrsm, keputusannya 4a 1b, keputusan semakan semula baru diketahui hari ini dari lembaga peperiksaan, keputusan awal nya 4a 1d

  38. 1) Apakah Perbezaan antara MRSM & MRSM?

    2) Bolehkah bukan bumiputra memohon untuk MRSM IGCSE?

    3) Adakah MRSM IGCSE untuk Tingkatan 1?

    4) Bila permohanan akan di buka untuk sesi 2013 – Tingkatan 1

    5) Selain dari MRSM, ada option lain?

    6) SPB / SPBI – untuk siapa?

    Anak saya akan menduduki UPSR tahun ini 2012. Apakah option untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Dia cenderung terhadap Sains & Matematik.

    • Mages: bukan Bumi boleh apply, 10% kuota; IGCSE untuk pemgambilan Ting 1 sahaja; permohonan di buka pada hari keputusan UPSR; SBP apply online, sekolah akan maklumkan apabila website mula di buka untul apply. Selain mencapai keputusan cemerlan i.e 5A mesti aktik dalam kokurikulum dan leadership.

  39. safri aliman says:

    Salam,

    Saya ingin merayu kepada pihak mrsm tentang pengambilan ke tingkatan 1 2012. Bagaimana caranya dan adakah ya masih boleh dipertimbangkan.

    Terima kasih

    Safri, Kuching

  40. salam , saya siti dari Penang. Saya pernah memohon kemasukkan ke MRSM Ulul Albab bkt Mertajam . Malangnya gagal. Tp saya tidak tahu sebab2nya. Melalui anak saya , katanya ujian yg diberi memang agak rumit tp dia yakin akan dapat memasuki MRSM. Memandangkan anak saya belajar dlm aliran cina semasa darjah satu hingga 6 mungkin sbb itu yg menyebabkan tawarannya ditolak. Anak saya mahir dalam semua matapelajaran termasuk agama dan bacaan Al-Quraan. Sekarang anak saya belajar di sebuah Maahad , apa yg saya lihat sistem yg digunakan agak tidak berkesan . Masih adakah peluang untuk ank saya memohon kemasukkan bagi 2012 , jika boleh bagaimana caranya? terima kasih.

  41. upsr candidate says:

    saya drpd sjk dan ingin memohon utk ke mrsm ulul albab. adakah permohonan saya akan diterima?

  42. bilakah permohonan mrsm untuk tahun 2013 akn dibuka?

  43. Bila permohonan 2013 untuk ke MRSM akan dibuka

  44. […] juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010, 2011 dan 2012 sebagai […]

  45. nawal farahin says:

    IGCSE adakah untuk murid yang benar-benar fasih bahasa inggeris sahaja?

  46. anak saya terlewat hantar butir-butir dan slip keputusan ke pejabat mara,tarikh penghantaran dibuat pada 9/12/2012.adakah permohonan ini akan di tolak?

  47. anak saya telah menduduki ujian ukkm baru2 ini.Dan keputusan ke SBP tidak berjaya disemak baru2 ini.soalannya:sekiranya rayuan dbuat utk ke SBP,adakah sekiranya diterima nanti, permohonan ke MRSM sekiranyalah berjaya akan dibatalkan?terimakasih.

  48. adik saya telah menduduki ujian..bagaimana nak tahu dia berjaya or tidak masuk ke mrsm? bagi tingkatan1 2013..dan saya tak tahu kata laluan..masih bolehkah minta kata laluan di pejabat mrsm?

  49. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2011, 2012 dan 2013 sebagai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.