Permohonan Kemasukan MTD 2011


Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2010.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum  – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2010 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2011 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2011 ditutup pada 30 September 2010.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2011, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

39 thoughts on “Permohonan Kemasukan MTD 2011

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Permohonan Kemasukan MTD 2011: Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) ad… http://bit.ly/bykvZc […]

  2. assalamualaikum….
    nk kne bli nombor pin untok permohonan ny??

  3. saiful ikhwan says:

    borang maktab keluar bila eak???????

  4. borng untuk ke mrsm(2011) TINGKATAN 4 kluar bila?

    TQ……..

  5. bila kelua borang kemasukan smv 2011

  6. x der untuk perempuan ker???

  7. NI KENE NO PIN

  8. demo wt gpow?

  9. borang mtd untuk 2011 ada dlm akhbar ke ambil kat mindef?

  10. lelaki MTD… prempuan pule nak masuk ape???

  11. untuk perempuan takde ke?

  12. ikhmal hisyham says:

    berminat untok masuk ke sekolah tentera

  13. sya brmnat nk msk mtd???
    tp xsmpat isi borng???
    xleh kea ka smula untuk prmhonan????

  14. sye nk msuk mtd tahun dpan….ble borang keluar….pngamblan dbuat kat mne???

  15. aduh sudah ditutup ….. saya berminat sangat untuk masuk MTD tapi sekarang sudah 10 disember…

  16. masih ada ker permohonon ke 2 PLZ PLZ PLZZ..

  17. jikalau ada prmhnan ke 2 sila hbngi sy.,.
    0127958374

  18. nak tanye masih adake permohonan kedua utk MTD Tingkatan 4, pengambilan 2011 bagi yang tertinggal?

  19. assalamualikum??,,kalau girl exmrsm PDRM kulim leyh masok x maktab ni?

  20. AYU FARHANA says:

    SALAM…NK TNY..KALAU NK BUAT RYUAN UTK KEMASUKAN 2011 BOLEH X?SBB ADIK SY TERLAMBAT MOHON…PLEASE REPLY K..

  21. nak tnyer larhhh , ade tak borang kemasukan ke MTD untuk perempuan ?

  22. assalamualikum. bang nk tnye bole x?

    saye xtau sebelum neyy ae mtd neyy,, saia da dpat kptsan pmr 7A.. bole x saia mohon bang…… saia nak ke mtd sbab nk displin kan diri.. walau pun da lmbat, tlong bang??

  23. nazamajid says:

    perlu ke surat sokongan utk ke mtd?

  24. mohdnorezran says:

    kalau form 5 nk msuk MTD boleh . . .

  25. Hey, Can i know when is the next Permohonan coming to join MTD at 2012???

  26. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011 sebagai […]

  27. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai […]