Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2015 telah dibuka beberapa minggu yang lalu. Mereka yang berjaya akan mendapat tawaran untuk belajar di salah satu Sekolah Seni yang ada di Malaysia mulai Januari 2015.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
- Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2014
- Lulus sesi uji bakat
Bidang
Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-
- Seni Visual
- Seni Teater
- Seni Tari
- Seni Muzik
Sekolah Seni Malaysia
- Sekolah Seni Malaysia Kuching (SSeMKS) , Jalan Demak, Kuching.
- Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) , Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) , Jalan Persiaran Anjung Seri, Bukit Jelutong Timur.
Permohonan
Kaedah Permohonan
- Permohonan Terbuka
- Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
- Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan
Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.
Permohonan Terbuka
- Permohonan terbuka secara online boleh dibuat dilaman web Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Sila rujuk Panduan Permohonan untuk membantu mengisi borang permohonan.
Uji Bakat
- Satu Sesi Serlahan Seni (uji bakat) dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
- Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
- Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
- Tidak buta warna
- Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
- Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2015 adalah pada 6 September 2014.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan ke Sekolah Seni biasanya akan diumumkan pada pertengahan bulan Disember.
- Sila rujuk Portal Sistem Permohonan Ke Sekolah Seni 2015.
- Pendaftaran pelajar baru biasanya pada awal bulan Januari.
Rayuan
Mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran, boleh membuat rayuan pada pertengahan Januari 2015 ke Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maklumat
- Maklumat lebih terperinci boleh diperolehi di Sekolah Seni Malaysia.
- Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran, Sekolah Seni Kuching dan Sekolah Seni Johor Bahru untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sekolah Seni sila hubungi
- Pn Zuraini Binti Abu Hassan 03-88721620 Email : salmahsalleh@moe.gov.my
- En. Romai Noor bin Rabbu 03-88721647 Email : romainoor@moe.gov.my
- Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM juga boleh dihubungi di talian 03 8872 1620 / 1647 / 1610 atau faks 03 8872 1608.
saya berharap semoga permohonan kemasukan anak saya diterima…
assalamualaikum…tuan dan puan…saya berharap setinngi 2 harapan…semoga pihak tuan puan dapat menerima permohojaj kemasukan tingkatan 1 2015..untuk anak saya LUQMAN HAKEEM BIN AZMAN..
Salam sejahtera tuan/puan. Sedikit perubahan pada pengisian borang permohonan anak saya ESWER A/L RAMESH. Sebenarnya ketinggian anak saya 177cm dan bukannya 85cm. Saya tersilap isi. Minta maaf banyak-banyak. Semoga permohonan anak saya diterima. Terima kasih.
saya mungkin sudah terlepas untuk kemasukkan anak saya bg tingkatan 1 , 2015.
saya ingin bertanya adakah anak2 ini harus tinggal berasrama atau bagaimana ? kerana saya tidak tahu tentang sekolah ini . bagaimana dengan pelajaran mereka? anak saya belajar gitar dan amat meminati bidang muzik. sila beri pandangan.
sekian terima kasih
Salam 1 Malaysia. Saya sedang belajar gitar selama 3 tahun dan akan menduduki ujian pada November ini. Saya sangat minat bermain gitar dan aktif dalam kokurikulum. Adakah sekolah seni ini juga memberi penumpuan dalam bidang kokurikulum selain dari seni?. Terima kasih.
Adakah pemohonan akan diterima, jikalau terlambat memohon walaupun sehari?
Assalammualaikum kepada Tuan/Puan saya berharap saya boleh lagi mendaftar masuk ke sekolah seni di Johor kenara saya sungguh teringin akan memasuki sekolah seni. Cikgu sekolah saya baru sahaja memaklumkan tentang ada nya sekolah seni. Jadi keinginan saya untuk memasuki sekolah seni sangat terkobar2 . Tetapi saya agak terkajut kerana saya terlambat untuk mendaftar masuk. Jadi saya harap dengan keizinan Tuan/Puan saya boleh lagi untuk mendaftar masuk ke sekolah seni yang saya impikan ini oh dan tidak lupa akan seorang rakan saya juga…
Saya dan kawan saya mempunyai bakat dalam bidang (Melukis,Menulis dalam bahasa inggeris dan juga melukis komik ) tidak lupa akan subjek2 yang penting dan juga bidang kokurikulum harap Tuan /Puan boleh menerima permintaan kami ini dengan hati yg terbuka….
Yang Benar,
SYAFIQAH BT MOHD BASRI….
Mohon utk information sesi interview utk sesi kemasukan pelajar tingkatan 1 2015 . Dalam bidang seni visual . Berbertempat dimana .anak saya telah dipanggil untuk sesi interview ini. Anak bersekolah di sk klang selangor
Salam bila uji bakat di ade kan di perah ..untk maklumat tuan puan ank sy tlah menbuat pemohanan
Assalammualaikum, Saya ibu kepada salah seorang pemohon yang berjaya di panggil untuk temuduga kemasukan sekolah seni pada 29/10/2014 jam 2pm, Malangnya anak saya tidak dapat menghadiri sesi temuduga tersebut disebabkan saya ibunya yang terpaksa menghadiri appointment doktor di Klinik Pakar Puan Hospital Sultanah Aminah Johor bahru dari jam 11am hingga 3:00pm. Suami saya pula yang bertugas di luar daerah Johor Bahru tidak dapat pulang dengan cara mengejut. Suami saya mendapat panggilan telefon dari guru sekolah anak saya pada jam 11:00am 28/10/14. Adakah masih ada peluang untuk anak saya menghadiri temuduga tersebut memandangkan anak saya benar-benar berminat untuk masuk kesekolah tersebut
Saya susah menghadiri ujibakat serlahan seni Di Sekolah seni Johor Bahru .. Tapi boleh saya tahu bayaran atau pun yuran yg dikenakan ?
saya ingin memasuki sekolah seni boleh tak
saya ingin memohon masuk ke sekolah seni
Assalamualaikum and slmat sejahtera .. saya tingkatan 3 dan ingin masuk ke dalam sekolah seni tahun hadapan , boleh tolong ? .. saya ada bakat menyanyi dan menari . saya baru sedar akan bakat yang saya peroleh .. harap dapat membantu ..
permohonan sekolah seni johor bahru tingkatan 4 2015 tidak ambil ke?
saya tak sempat nak mohon tapi saya berharap nak masuk sekolah seni
Saya berharap pemohonan saya sendiri diterima kerana itulah harapan dan impian saya…
Result upsr baru ni dah keluar tapi keputusannya kurang memberansangkan..1B,4C..adakah anak saya layak masuk sekolah seni.anak saya telah di telah ditemuduga di Alor Setar ,ambik 2 bidang iaitu teater dan seni visual.nama anak nur anis hasya.sy bharap pertimbangkan..sebab saya tahu sekolah seni dapat memberi pendidikan sempurna dalam semua aspek.saya melihat contoh anak ke dua saya yang telah belajar di sekolah seni selama 5 tahun.memang terbaik sangat.
Sekiranya keputusan upsr 1b,4c,boleh tak gunakan result percubaan 3b,2c untuk membuat rayuan kemasukan ke sekolah seni
Assalamualaikum…..
Saya sudah terlewat untuk membuat permohonan kemasukan anak saya ke sekolah seni malaysia kerana tidak tahu menahu tentang kewujudan sekolah ini.saya mendapat tahu perkara ini melalui seorang kawan baru-baru ini dan anak saya beriya iya untuk ke sana sedangkan ianya sudah terlewat untuk membuat permohonan.
Adakah masih boleh atau berpeluang lagi untuk saya mendaftarkan anak saya?
Mohon pihak tuan dapat memberi sedikit suluhan kerana saya tahu dan yakin masih ramai lagi ibu bapa di luar sana yang terlepas peluang ini.
Sekian terma kasih
ASSALAMUAIKUM…HARAPAN SAYA MOGA DIBERI PELUANG UNTUK ANAK SAYA NURUL FARAHEEN SHAQIRA NOR HALIM UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM BIDANG SENI DI SEKOLAH INI DENGAN HARAPAN DIA DAPAT MENCARI LEBIH BANYAK ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG INI KERANA MINAT DAN BAKAT BELIAU…TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK…
Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera. Saya Ibu kepada Alif Ali Reza Bin Mazlan telah memohon dan dan telah menghadiri sessi ujibakat, mengharapkan semoga pihak Tuan/ Puan menerima permohonan kemasukan anak saya ke Sekolah Seni Malaysia. Kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan. Terima kasih.
Sekolah seni merupakan sekolah berasrama.Namun pelajarnya tidaklah ramai kira2 300 Pelajar sahaja
saya benar-benar berharap anak saya Muhammad Danial Syauqi bin azlin Haire dapat masuk ke Sekolah Seni Malaysia di Johor…. pd tahun 2015,
Anak saya bergitu berminat dalam bidang visual… terima kasih
assalamualaikum . saya nak tanya kemasukan tingkatan 4 ke sekolah seni johor bahru ade ke tidak ?
Adakah permohonan untuk ke tingkatan 4 tidak dibenarkan? Tidak boleh merayu unrtuk dimasukkan?
Saya mahu membuat permohonan untuk diri saya maafkan saya kerana memohon lambat.Adakah saya boleh masuk ke sekolah ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Puteri Zulaikha Bt. Mohamad Munif. Kini saya berusia 13tahun dan saya ingin memohon SSEM dimana-mana. Adakah saya sudah terlewat untuk membuat permohonan ? kerana apabila saya membuka portal pemohonan kemasukan pelajar tingkatan1, ia ralat. Saya lulus dengan cemerlang UPSR 2014 dan saya amat meminati bidang muzik. Saya sudah memasuki pertandingan dalam bidang muzik sebanyak 4kali. Di sekolah menengah saya juga, saya mengambil aliran muzik dan bukannya kelas rancangan khas. Saya harap persoalan saya dijawab dan permohonan saya nanti lulus. Terima kasih 🙂
Saya nak sangat masuk sekolah ni sebab saya tahu saya boleh berjaya masuk sekolah ni
asalam. saya nak memasuki sekolah seni pada awal september . sekarang saya berada di tingkatan 4. bolehkah mendaftar sekolah seni. saya berbakat dalam bidang theater.
Saya nak sangat masuk masuk sekolah ni sebab saya rasa sekolah ini terbaik untuk saya.
Saya nak sangat masuk sekolah ini sebab impian saya dari dulu lagi nak masuk dekat sekolah ini dan saya tahu saya boleh berjaya kalau saya sekolah dekat sekolah ini.
saya nk sangat masuk skola ni sbb sye sangat minat dunia muzik..
syabas dan taniah kpb sekolah seni kuala lumpur terutama guru2 diatas usaha utk melatih murid2 untuk mendapat didikan seni,seni juga keperluan negara.
saya tingkatan dua dn saya ingin memasuki sekolh ni untuk tgktn tiga..adakah permohonan saya tetap diterima kerana saya berbakat dalam bermain piano dan lmelukis.saya telah menghadiri beberapa ujian international. bagaiman ?????
saya salah satunya murid pemohonan ke sekolah seni..saya harap saya terpilih untuk menghadiri ke sesi uji bakat…
#excited
Assalamualaikum.Adakah sesi Fuji bakat itu wajib?x boleh memohon je ke?terima kasih^^
TUAN & PUAN nama saya FATIN NAJWA saya nak tanya boleh x saya mohon sekolah ini walaupun sudah tamat tarikh…saya harap tuan/puan balas meseg saya…..saya sekolah di sk seri manggis…harap tuan/puan pertimbangkan permohonan saya.
Boleh atau tidak saya mendaftarkan anak saya ke sekolah seni ini,sedangkan tarikh pendaftaran telah ditutup??Anak saya mendapat keputusan UPSR 2015 2A 2B 1C.Dia memang minat bidang seni visual.Semoga pertanyaan saya dijawab dengan segera.Terima kasih.
Salam,saya daripada sekolah berasrama penuh (sm sains bagan datoh)pada tahun hadapan saya akan naik ke tingkatan empat,saya ingin menukar aliran saya,selama 3 tahun saya berada di sabda saya telah melibatkan diri dalam bidang drama komsas.saya juga memperoleh anugerah seperti pelakon terbaik,bolehkah
saya masuk ke sekolah seni untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang seni teater sebagai tingkatan empat.