Permohonan Kemasukan Universiti Semestar 2 2012/2013

Permohonan IPTA Ambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 2012/2013 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Permohonan IPTA Semestar 2

Pengambilan IPTA sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.

Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari/Mac 2013 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi September yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 Sesi 2012/2013 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan.

Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK – UNIMAS

Program Pengajian UNIMAS Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan STAM.

Permohonan UNIMAS

Tarikh Tutup UNIMAS

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UNIMAS akan ditutup pada 30 November 2012.
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah 7 Disember 2012.

Keputusan Permohonan UNIMAS

Maklumat UNIMAS

  • Sila rujuk laman web UNIMAS.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UNIMAS di talian (+6082) 581166 /1063 atau faks (+6082) 581048 atau e-mel: admin@bpps.unimas.my

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – UUM

Program Pengajian UUM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda untuk Lepasan Diploma sahaja.

Permohonan UUM

Tarikh Tutup UUM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UUM akan ditutup pada 30 November 2012.

Keputusan Permohonan UUM

Maklumat UUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA – UTHM

Program Pengajian UTHM Semestar II Sesi 2012/2013

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal 

Permohonan UTHM

Tarikh Tutup UTHM

  • Permohonan kemasukan Semestar II Sesi 2012/2013 UTHM akan ditutup pada 11 November 2012.
  • Tarikh akhir penerimaan dokumen adalah 23 November 2012.

Keputusan Permohonan UTHM

Maklumat UTHM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UTHM di talian 07-4537689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7686/ 7684 atau faks 07-4536085 atau e-mel : pa@uthm.edu.my

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2012
    • Diploma Sains
    • Diploma Teknologi Makmal
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Sesi Februari 2013
    • Ijazah Sarjana Muda

    Ada beberapa program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 19 September 2012.
  • Sesi Februari 2013
    • Permohononan perlu dibuat secara online mulai 12.00 tengahari 12 November 2012.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohonan akan ditutup pada 3 Oktober 2012.
  • Sesi Februari 2013
    • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UPSI akan ditutup pada 26 November 2012.

Keputusan Permohonan UPSI

  • Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI
  • Permohonan eRayuan juga boleh dibuat di pautan di atas.

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2012
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
  • Sesi Januari 2013
    • Profesional
  • Sesi Mac 2013
    • Profesional
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Penerapan Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2012
    • Permohonan ditutup pada 26 Ogos 2012.
  • Sesi Mac 2013
    • Permohonan ditutup pada 31 Oktober 2012.

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my .

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2012.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my.

Politeknik & Institut

Selain universiti awam, politeknik dan beberapa institut awam ada membuat pengambilan untuk sesi Disember 2012 / Januari 2013.

Sila rujuk pautan berikut;

Maklumat

82 thoughts on “Permohonan Kemasukan Universiti Semestar 2 2012/2013

  1. Adakah pengambilan pelajar sesi februari akan dilaksanakan oleh lain-lain universiti?

  2. Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2012 mendaftar masuk ke IPTA pada tahun 2013 Atau tingkatan 6 Rendah 2013 ?

  3. assalamualaikum..pada sesi permohonan feb2013 untuk ijazah sarjana muda,uum, uthm dan unimas tiada ambil pengambilan ke?kerana setahu saya,pada tahun lepas,3 universiti ini ada megambil pengambilan utk ijazah sarjana muda ..mohon penjelasan..

  4. salam , saya nak tanya untuk sesi permohonan ini ipta yang lain tak buka untuk pengambilan pelajar ke ? Contohnya USM . Atau listed ipta je yang buka permohonan untuk sesi ni . mohon penjelasan . Terima kasih .

  5. salam…saya nk tanye…bila keputusan uitm ambilan nov 2012 akan diumumkan? terima kasih.

  6. tumpang tanya..permohonana untuk program DPLI 2012 di buka bila?

  7. adakah permohonan ke UIAM telah dibuka???

  8. minatbelajar says:

    salam….adakah pengambilan feb/mac 2013 utk program ijazah perlu ada MUET?? sebab skrng nk aply melalui UPU kena ada MUET ….TQ 🙂

  9. nk tanye,utk part time ade x kt upsi?

  10. Result permohonan uitm kuar bila ekk ??

  11. Salam. Bila ye kuar result permohonan uitm???

  12. Boleh saya tahu sama ada kalau nak mohon guna keputusan percubaan SPM macam mana ya?

    Terima kasih.

  13. Assalamualaikum.

    Boleh tak bagitahu saya mengenai pengamabilan UKM bagi Ijazah Sarjana Muda pada bulan Oktober ini?
    Khabarnya buka 15 Oktober ini dan kemasukan pada Februari 2013.

    Saya nak tahu bagaimana nak memohon dan laman web mana permohonan itu akan dibuka?
    Sudah menghubungi UKM tetapi kene marah dan hanya diberitahu buka pada 15 Oktober ini. 😛

    Thx 🙂