Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLI SR Ambilan Jun 2010

TERKINI :

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Para lepasan Ijazah yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLI SR. Program secara sepenuh masa ini mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  6. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  1. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  2. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  4. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  5. Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Ujian MTeSt

  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Jun 2010.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan melayari menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

8 Februari – Permohonan dibuka
21 Februari Permohonan ditutup
9 Mac – Semakan ujian MTeST
13 Mac – Ujian MTeST
17 April Semakan temu duga
26 – 29 April – Temu duga
14 Jun Keputusan Permohonan
28 Jun – Pendaftaran

Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KLPI SR Jun 2010.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 28 Jun 2010. (tertakluk kepada pindaan)
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Jun 2010 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLI SR ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1231/ 1226
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Nota : Permohonan untuk program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) dijangka akan dibuka pada 1 Mac 2010 nanti. Maklumat lanjut akan menyusul.

42 thoughts on “Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLI SR Ambilan Jun 2010

  1. im graduated student.i hav apply tis KPLI for the 3rd times.so,i just want to know that why im not call for the Mtest exam or is there any mistake when i fil the form?i hope i wil get response from u.TQ

  2. Ben,
    Mungkin anda ada tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Cuba semak syarat-syarat tersebut dan hubungi Bahagian Pendidkan Guru untuk mendapatkan penjelasan.

  3. shafeikha zainal says:

    macam mana saya nak buat semakan temu duga kpli?? dah banyak blog saya masuk tapi still xdapat dapt masuk ke aplikasi semakan kpm… Tensionnya!!!!

  4. mama noor says:

    shafeika, semakan di tunda ke hari sabtu 17/04. mama pun nak semak yang anak mama punya. MOE ada masalah sikit katanya.

  5. Mama Noor,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.
    Mereka yang memerlukan keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.

  6. salam….saya nak tanya 1 soalan…jika panggilan untuk temuduga KPLI SR ni gagal, adakah tawaran seperti rayuan untuk memohon panggilan ditemuduga ini dibuka?

  7. Salam…cnme nak tau keputusan temuduga nie?…nak buka kat mane nih?…

  8. saya telah berjaya mendapat tawaran temuduga kpli 2010 ini, tetapi masalah saya adalah saya tidak memiliki skrol ijazah lagi kerana saya convocation on this october. saya cuma mempunyai mini transkip n the latest result for my bachelor. bagaimana dengan masalah saya ini, adakah saya masih boleh menghadiri temuduga tersebut??

  9. mizz linda says:

    salam..adakah ada rayuan untuk kpli?kerana saya tidak berjaya untuk dipanggil temuduga..

  10. saya memohon kpli utk kali ke-5 dan cuma dipanggil utk menduduki M-Test..tetapi TIDAK BERJAYA utk ditemuduga..adakah saya tidak berkelayakan ataupun disebabkan kuota??kenapa tidak dinyatakan keputusan ujian tersebut dgn lebih lanjut yg menyebabkan kegagalan utk ditemuduga???INGIN TAHU..

  11. adakah keputusan temuduga KPLI ambilan june 2010 dapat disemak hari ini?

  12. Alhamdulillah..ni kali ke-2 saya apply kpli dan dpt tawaran..first time mintak x dpt…test x lepas mgkin sbab trkezut tgk soalan dia huhu..28hb ni dh kne rgester kat ipg ampuan afzan pahang..pade yg len2 jgn putus asa..cube lagi..pada yg blom cek result dh bole dh cek mulai 14 jun..g kat website moe.gov.my klik kt e-perkhidmatan n pilih internet

  13. Tahniah bagi yg berjaya dalam temuduga. Biasa lelaki peluang lebih cerah kan.
    Bagi yg gagal, akan dijadikan calon simpanan untuk intake januari 2011. betul ke?

  14. adakah rayuan dilayan bagi yg gagal dlm temuduga?

  15. adakah permohonan KPLI dibuka semula bagi sesi 2010????because kitorang baru habis study pada may 2010 n akan konvo pada oktober 2010.

  16. salam, boleh saya tahu adakah terdapat pelung untuk rayuan bagi calon yang tidak berjaya kemasukan kpli ambilan jun ini dan adakah benar calon yang gagal ini menjadi calon simpanan untuk ambilan januari 2011?…

  17. My degree result didn’t have any CGPA, i just have cumulative average (CAVE). Last time i communicated with the staff of education, she just gave me the response system didn’t recognize it, therefore i was misplaced to step into the basic step. So, can please guide me how to make it so that i can succeed to step into the education area. Thank you.

  18. CONGRATULATION FOR MR.JONATHAN BECAUSE YOU DAPAT MENGIKUTI KPLI DI SABAH…GUD LUCK!!!I I'LL MISS YOU~JGN LUPAK ORG SARAWAK

  19. Nak tanye..ade x KPLI ambilan Jan 2011? Bila pmohonan bukak?

  20. Salam…nak tnye sket. sy baru je hbs study..oct ni baru konvo. dah terlepas KPLI ambilan jun 2010. bile agak2 ade lagi pengambilan KPLI pasni?

  21. bilakah permohonan utk ambilan baru akn dibuka?

  22. saya akan tamat belajar pada april 2011 dan grad pada julai 2011..bilakah saya patut membuat permohonan?

  23. Salam.. nak tanya samada intake KPLI / DPLI untuk tahun 2011 sudah bermula kah? adakah intake untuk KPLI bulan Januari akan diadakan?

  24. permohonan kpli n dpli ambilan januari bile??

  25. lambat nye kpli ni nak bukak balik…doa mudah mudahan xbyk halangan untuk jadi guru..sgt2 berminat

  26. hello, may i know how to apply KDC? it same like a KPLI?

  27. assalamualaikum, saya sudah menjadi GSTT selama tiga tahun, macam mane cara untuk memohon KPLI mode KDC? S

  28. salam..bila permohonan KPLI & DPLI untuk jan 2011 keluar ye??

  29. salam….kpli intake jan xda lg ka?ari2 sy dpt intvw ambln jun tp time 2 pregnant…klu ada pmohonan tuk 2011 tlg inform ya…

  30. nanti tolong bagi tahu bila intake untuk januari ye…

  31. nk tnya,agk2 brape hb jan ek start utk kpli jan 2011?klu sape2 ada info,hope dpt bgtau..

  32. when will be the next intake

  33. when will be the next intake for teaching course

  34. pada 10.10.10 , saya telah melayari internet moe.gov.my dan saya dapati permohonan untuk kpli pada masa ini jam 1.49 pm telah ditutup….namun apa yang menghairankan sepanjang 4 bulan iaitu bulan julai, ogos ,september dan oktober dan tiap-tiap hari saya buka web site namun tidak ada iklan pun. Namun pada tarikh 10.10.10 tiba-tiba saja web site kpm telah memaparkan iklan memasuki pada masa ini telah ditutup….apa sebenarnya ini…apa maksud ini…seolah-olae membuat pemberitahuamn palsu…

  35. pada 10.10.10 , saya telah melayari internet moe.gov.my dan saya dapati permohonan untuk kpli pada masa ini jam 1.49 pm telah ditutup….namun apa yang menghairankan sepanjang 4 bulan iaitu bulan julai, ogos ,september dan oktober dan tiap-tiap hari saya buka web site namun tidak ada iklan pun. Namun pada tarikh 10.10.10 tiba-tiba saja web site kpm telah memaparkan iklan memasuki pada masa ini telah ditutup….apa sebenarnya ini…apa maksud ini…seolah-olah membuat pemberitahuamn palsu…

  36. salam..bilakah intake klpi 2011??

  37. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari […]