Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

Para pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

SBP logoSistem Permohonan Dalam Talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem ini digunakan untuk proses kemasukan maklumat murid-murid Tingkatan 3 dari Sekolah-sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Kerajaan yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pemohon hanya perlu memberi beberapa maklumat berkaitan dengan latar belakang keluarga dan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Permohonan boleh dibuat di laman web Permohonan Dalam Talian ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2009. Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Oktober 2008.

TERKINI
Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Sesi 2009 sudah boleh mula disemak.

Reblog this post [with Zemanta]

58 thoughts on “Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

  1. askum..sy dyra..sy nak bgtahu yg sy teringin nak masuk mrsm utk tahun depan..harap sy dapat masuk

  2. askum..sy dyra..sy mmg btol2 teringin nak masuk mrsm kat kuala terengganu niey.. harap permohonan sy dapat di luluskan oleh pihak ePutra…thanx..ape2hal email sy k??huhu

  3. sy da apply msok online tp da lebih dr tarikh tutup la,mcm mner eyhh?
    n sy nyer alamat surat menyurat sy terslh tulis,mcm mner nk btolkn?
    sy btowl2 nie nk msok sbp

  4. kalu ade ape2 hal plz email sy eyhh,
    harap sgt dpt msuk sbp neyh

  5. Dyra,
    Kemasukan ke MRSM diuruskan oleh pihak MARA. Untuk ke tingkatan 1 permohonan telah pun dibuka, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2009.

    Azraff,
    Cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536 atau mereka yang berikut untuk bantuan;
    Mas Al Hafiz Bin Samsir 03-8884 3649, Cik Zarina bt Mohd Zakaria 03-8884 3657 atau Pn. Zaidar bt Othman PPTM 03-8884 3671.

  6. salam…
    sya dah apply untk msk kat sbp tuk thn dpan…
    harap2 ler sya dpt dtrima tuk form 4 thn dpn erk…

  7. Fyfa,
    Salam… insyaAllah dapat.

  8. emmmm.,i da apply t0wk ms0wk sbp….tp cam new nak semak aleq arh…i nak chek aleq pewh yunk i apply urh…..

  9. hunny Said,
    emmmm.,i da apply t0wk ms0wk sbp….tp cam new nak semak aleq arh…i nak chek aleq pewh yunk i apply urh….. KALAU MACAM NI PUNYA BAHASA LEBIH BAIK AWAK MASUK DARJAH SATU LA… BELAJAR B.M PENULISAN..

  10. Hunny,
    Sila guna bahasa yang lebih sempurna.

  11. urm,saya nak tanya.kalau saya ni dapat 8a dan percubaan saya juga 8a.apakah kemungkinan untuk saya memasuki sbp atau mrsm??tapi,masalah nya,saya tidak aktif dalam kokorikulum..urm,kalau boleh saya hendak memuki asrama penuh perempuan seperti tengku khursiah..adakah kemungkinan saya memasuki sekolah itu?dan berapakah peratusan untuk saya mendapat sekolah elit seperti itu?????tolng jawab.saya betul2 nak masuk sekolah tkc!!!!!

  12. Afiqah,
    Pencapaian 8A dalam akademik melayakkan anda untuk memohon ke SBP dan MRSM. Walaupun begitu peluang anda lebih cerah jika aktif dalam ko-kurikulum, lebih-lebih lagi untuk memasuki TKC.

  13. nak masok sekolh sains yg ade laki dgn perempuan,,
    nak apply online,,tp x jumpe,,tolong eyh,,

  14. saya naqiu keputusan pmr saya dalam sains dapat B (cemerlang)…
    science process skills-grade1(excellent)
    experimenting and manipulative-grade1(excellent)
    scientific attitude and noble values-grade1(excellent)
    HARAP SAYA DITERIMA…..
    TERIMA KASIH.

  15. Assalamualaikum,

    Anak saya baru saja mendapat keputusan PMR 8A, macamana saya nak memohon untuk sekolah berasrama penuh, kerana permohonan telah ditutup.

  16. salam..saya hendak bertanya jika kita boleh tukar sbp untuk T4 nanti??

  17. anak saya mendapat keputusan pmr 8A dan bagaimana hendak memohon sekolah berasrama penuh sedangkan dia tidak memohon sewaktu peperiksaan percubaan yang lepas. adakah dia masih berpeluang untuk bersekolah di asrama penuh?

  18. salam,

    1. surat tawaran hantar dalam bulan februari ye?
    2. nak check secara online tak boleh ke?
    3. agak-agak, berapa ramai yang dipilih untuk masuk ke maktab?
    4. kalau terpilih, tapi tempat yang jauh. kalau nak tukar tempat lain tak boleh kan?
    5. semasa memohon, pemohon diberi peluang untuk memilih maktab yang dikehendaki.
    ada tak kemungkinan kalau dapat maktab yang lain daripada senarai yang kita pilih?

  19. khairunnisa says:

    bila keputusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh(sbp) tingkatan 4 sesi 2009 akan keluar?

  20. askum..

    sy mendpt kptusan 7a1b dlm pmr 2008 ini,permohonan sbp sudah dilakukan..tp sy dan rkan2 kebingungan bagaimana keputusan permohonan kami dpt diketahui..hrap sy dpt diterima permohonan sbp tersebut..time kasih!!

  21. saya dpt 8A cemerlang utk PMR 2008
    dan sy dah apply for sbp and MRSM
    tp misal kata dpt sbp boleh tak tuka mrsm?

  22. camner nih…
    nk apply sekolah sains or sbp
    tp sempat ke nih…
    result pmr cumer 8a1b…
    waktu trial dulu tak apply ape pon.
    still ade harapan ke nih..

  23. salam..
    klau dapt 2A. bleh ke masuk ke asrama??

  24. Salam,
    Saya nak memohon untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh untuk anak saya memasuki Tingkatan 4. Dia mendapat 8A dalam PMR baru-baru ini. Saya di beritahu bahawa permohonan sudah di tutup. Bagaimana kah saya nak memohon?

    Terima kasih.

  25. nilam…. sy mendapat keputusan 6a 2b dlm pmr 2008. sy ingin membuat permohonan ke sbp tp da tutup…ada x cara lain speti membuat rayuan ke pejabat2 tertentu?plish help me ya…

  26. Amad,
    Jika anda maksudkan ialah Sekolah Menengah Sains yang berasrama penuh untuk kemasukan 2009, permohonannya telah pun ditutup. Di samping itu anda tidak boleh memilih sekolah semasa membuat permohonan.

    Naqiu,
    Anda akan dihubungi jika berjaya.

    Nasir,
    Waalaikumsalam… permohonan memang telah ditutup dan pihak kementerian tidak lagi menerima permohonan baru. Walaupun begitu cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536 .

    Nurul,
    Salam… Permohoan pertukaran mestilah disokong dengan alasan yang kukuh.

    Zailis,
    Permohonan memang telah ditutup dan pihak kementerian tidak lagi menerima permohonan baru. Walaupun begitu cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536.

    Mira,
    Salam…
    1.Bergantung kepada anda pengambilan ke berapa.
    2.SBP di Aplikasi Sekolah dan MRSM anda boleh cuba terus telefon mereka.
    3.Sila rujuk 5,320 Dipilih Ke MRSM Untuk 2009.
    4.Benar.
    5.Ada kemungkinan.

    Khairunnisa,
    Bergantung kepada anda pengambilan ke berapa, yang pertama dalam bulan Februari. Anda boleh juga semak di Aplikasi Sekolah.

    Zahir,
    Jika berjaya anda akan dihubungi oleh pihak Kementerian Pelajaran. Anda juga boleh semak di Aplikasi Sekolah.

    Ilah,
    Jika anda dapat tawaran ke SBP, biasanya anda tidak akan dapat tawaran ke MRSM. Agak sukar sebab SBP adalah di bawah kendalian Kementerian Pelajaran manakala MRSM pula diuruskan oleh pihak MARA.

    Fana, ????, Azian dan Wawa,
    Permohonan memang telah ditutup dan pihak kementerian tidak lagi menerima permohonan baru. Walaupun begitu cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536.

  27. askm..sy ni bru sje dpt result pmr.kputsan sy dpt 5a sy nk sgt msk sklh berasrama sains,tp tak tahu mcm mne nk apply..plzzzzzzzzzz help me……..
    tlg bantu sy mcm mn???

  28. askm.sy bru lps amik pmr n result pmr sy ialah 5a 3b.sy nk apply sklh mngah sains tp xtau nk apply cm ne???

  29. Atiera Othman,
    Permohonan ke SBP telah ditutup dan pihak kementerian tidak lagi menerima permohonan baru. Walaupun begitu cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536 untuk maklumat lanjut.

  30. salam
    boleh sy tahu bila twrn ke mrsm bagi tingkatn 4 dikeluarakan?
    adakah calon yang berjaya boleh menyemak nama mereka secara online?

  31. Yana,
    Keputusan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM dijangka akan diketahui minggu depan dan semakan boleh dibuat secara online.

  32. kalau nak buat rayuan bertulis bagi sekolah berasrama penuh
    surat tersebut harus ditulis kepada siapa dan dihantar dimana?

  33. Ida,
    Jika hendak buat surat rayuan ke SBP surat tersebut boleh ditulis kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengetua SBP yang berkenaan.

  34. bila pengambilan kedua bagi mrsm & sbp akan dibuat?
    adakah masih ada hrpn untuk pljr yg mndpt 8A untuk msk ke
    mrsm or sbp apablila tdk berjaya mndpt panggilan pertama?

  35. Ana,
    Memang masih ada harapan kepada mereka yang tidak berjaya semasa panggilan pertama. Pengambilan kedua MRSM masih terbuka, pastikan anda telah menghantar surat rayuan. Manakala temuduga untuk pengambilan kedua SBP telah berlalu dan keputusannya dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan ini.

  36. hurm, alamat bahagian pengurusan sbp/kluster ape eh?
    saya cari x dapat p0n ;(
    harap Eputra tlg.

  37. Aida,
    Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  38. terima kasih 🙂

  39. Salam..
    bila agaknya keputusan rayuan ke sbp dikeluarkan???

  40. Kak Long,
    Salam… Dijangka pada pertengahan bulan ini.

  41. Puan Sharifah says:

    Askm,anak saya hanya mndpt 7a1bPMR.Tlh mohon secara online keSBP tp tdk mndpt tawaran .Adakah dgn hnya 7a1b anak saya brkemungkinan mndpt tpt ke SBP skiranya saya mbuat rayuan brtulis?boleh kah saya memohon anak saya dtptkan satu sek. dgn kakaknya yg belajar dSBP.masih smptkah saya memohon rayuan sekarang?terimakasih kerana mberi perhatian.tq.

  42. Puan Sharifah,
    Waalaikumsalam… Peluang adalah lebih baik untuk mereka yang mendapat 8A. Walaupun begitu anda masih boleh membuat rayuan dan memohon SBP yang sama dengan kakak beliau.

  43. salam,saya bru form 2 tapi bercta2 untuk msuk skola asrama pnuh @ skola teknik.agknya klu sya dpt 5a3b dlm pmr boleh kah sya msuk asrama pnuh ni?dan sya juga tak berapa aktif dlm koko sbb ada msalh paru-paru kcil sbelah.sbjek apa yg diorg teliti untk sya msuk skola asrama ni??tolong balas..

  44. salam.
    sya nak msuk mrsm dgn mmbwa kputusan 5a3b,bolh ke?
    sya cma pljar form 2..brcta-cta untk msuk mrsm..5a trget sya untuk pmr..
    sya juga tak aktif dlm koko..
    agaknya sya dterima ke?
    blik cuti berapa hri?dn brape kali??

  45. Zubrine,
    Salam… Secara amnya apabila naik ke tingkatan 4 anda boleh memohon untuk masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Agama (SMA) yang menyediakan kemudahan asrama.

    Semua sekolah ini mempunyai syarat tertentu untuk layak memohon untuk memasukinya. Sudah tentu dengan mendapat 8A meninggikan peluang anda berjaya dipilih terutama ke SBP dan MRSM.

    Bagi MRSM syarat kelayakan minimum untuk memohon adalah 6A 2B dan mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kemasukan ke MRSM. Ujian ini biasanya diadakan pada pertengahan tahun. Sila rujuk Syarat Kelayakan Masuk MRSM Tingkatan 4 untuk maklumat lanjut.

    Biasanya pelajar asrama dibenarkan balik samada 2 kali sebulan atau 1 kali sebulan bergantung kepada sekolah berkenaan. Penjaga atau ibubapa boleh datang melawat pada setiap hujung minggu. Cuti sekolah pula sama dengan sekolah harian biasa.

  46. salam..
    sy teringin sgt nk msk mrsm langkawi / sekolah seri puteri cyberjaya..
    saya harap keinginan saya dipenuhi =)
    bila permohonan untuk ke mrsm / sbp dibuka?

  47. Alya,
    Salam… Permohonan ke tingkatan 4 MRSM akan dibuka pada bila-bila masa sahaja kerana untuk memohon anda perlu lulus Peperiksaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Manakala permohonan untuk ke tingkata 4 SBP biasanya akan dibuka pada bulan Oktober nanti.
    Sila hubungi pihak MARA dan KPM untuk maklumat lanjut.

  48. macam mana nak msuk sbp tahun depan…?? berapa A perlu ada untuk masuk sbp??/

  49. cmne nk masuk sbp???

  50. Atikah,
    Permohonan untuk masuk SBP biasanya akan dibuka pada bulan Oktober. Mereka yang mendapat 8A semasa PMR dan aktif dalam kokurikulum mempunyai peluang lebih baik mendapat tempat.

  51. mcm ne nak dftr msuk??

  52. Ciqa,
    Permohonan boleh dibuat secara online dan akan dimaklumkan di Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian KPM.

  53. assalamualaikum.Saya ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh.

  54. ermm.. nak tanye sikit,kalau nak mohon skolah sbp dan mrsm nak kena semak dekat mane??bilakah tarikh tutup permohonan…?ape-ape pun doakn saya PMR nie dapat Straight A’s(8A) dengan cemerlang ye nilam! salam akhir…

  55. good luck to all student who take exam this year…chaiyoookk!!!beat the rest

  56. Salam….Saya bakal menduduki peperiksaan PMR 2009, dan hanya berjaya dapat 7a1b dalam percubaan.Semasa permohonan boleh tak tulis jawatan dan koko yang kita join tapi tiada sijil dan rekod menyertai, kerana saya telah berpindah sekolah dan sijil tidak sempat diberi. Pleese reply….thanks

  57. Aizzat,
    Salam… Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010.

    Puterugen2,
    Sila semak di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010 dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia.

    Diba,
    Semasa permohonan kalau tidak silap saya tidak lampirkan sijil tetapi maklumatnya perlu disahkan oleh Pengetua/Gurubesar sekolah anda. Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010.