Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2011

Keputusan Permohonan Skim Pinjaman JPA Ijazah Luar Negara 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.

Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Luar Negara

Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:

  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;

  1. Bidang Krital
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)

Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 2011.
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu sampai di JPA selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2011.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA pada 23 September 2011.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA ini adalah 30 Julai 2011.

Maklumat

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2011 atau di sini untuk maklumat yang lebih terperinci.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

    Tel :03-8885 3436/ 3892/ 3564
    Faks :03-8889 2172
    E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

8 thoughts on “Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2011

  1. pelajar foundation kat IPTA masih boleh apply JPA untuk study abroad ke?

  2. salam en azhad nilam,
    sy merupakan pelajar lepasan diploma farmasi dengan cgpa 3.33….sy telah mendapat tawaran ijazah farmasi di uk pada september ini..akan tetapi sy berusia 25 thn pd thn ini dan jika sy ingin memohon pinjaman jpa, sy perlu memohonnye pd thn dpn, iaitu selepas setahun pengajian sy..dan ini tidak memenuhi syarat kelayakan sy utk memohon pinjaman kerana pada thn dpn umur sy 26 thn..
    jadi, adakah cara lain utk sy membuat pinjaman kerana sy amat memerlukannya utk menampung yuran pengajian dan sy..
    terima kasih

    • Salam Ann… saya cadangkan anda menulis kepada pihak JPA menerangkan situasi yang anda hadapi ini sekarang. Ini memberikan peluang untuk berbincang dengan mereka supaya anda diberi pertimbangan apabila membuat permohonan nanti.

      Di masa yang sama cuba dapatkan sumber lain untuk membiayai pengajian Ann nanti.

  3. Fauzah Ahmad says:

    Salam, Saya ingin bertanya utk anak saya yang telah mendapat tawaran ke universiti yarmouk, Jordan kursus Ekonomi dan Perbankan islam (Ijazah Pertama menggunakan keputusan SPM 2010). Beliau akan berlepas 4/9/2011 nanti. Adakah beliau layak untuk memohon pinjaman ini. Jika boleh apa syarat2nya. Terima Kasih

    • syaratnya ada dilink yg diberi di atas tapi permohonan yg ini dah tutup kena tunggu permohonan utk tawaran yg berikutnya