Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010

TERKINI : Permohonan pinjaman bagi Sesi 2/2011 telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 30 Julai 2011.

Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar.

Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Untuk Peringkat Ijazah Pertama bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Skim Pinjaman Yuran Pengajian

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.

Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis-Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan

Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan seperti yang dinyatakan di bawah selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang-bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal, bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti berikut :

Bidang–bidang Kritikal
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
Bidang-bidang Keutamaan
  • Sains Veterinar
  • Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  • Kejuruteraan (tidak termasuk Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  • Senibina / RIBA Part II
  • Perakaunan / ACCA
Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas)
  • Undang-undang
  • Ekonomi
  • Kewangan/Perbankan/Pemasaran/ Perniagaan Antarabangsa
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Komunikasi

Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Semakan pengiktirafan boleh dibuat melalui Portal JPA di Semakan Pengiktirafan.

Syarat-syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam atau penjamin tegar kepada mana skim pinjaman atau biasiswa kerajaan
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas  peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja

Syarat-syarat Khusus

Syarat-syarat khusus bergantung kepada bidang, negara pengajian dan jenis program yang diikuti. Sila rujuk garis panduan yang disediakan.

Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian kerana sebab-sebab seperti kelemahan akademik, sakit dan sebagainya. Bayaran secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat.

Cara Memohon

  • Tawaran permohonan pinjaman akan dibuat 2 kali setahun.
  • Permohonan pinjaman hendaklah dibuat melalui online di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara Sesi 2010.
  • Dokumen sokongan perlu dikemukakan secara fizikal (hardcopy) dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  • Dokumen sokongan tersebut perlu dikepilkan (binding) dan disahkan sebelum dihantar ke alamat berikut :
    • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Aras 5, Blok C1, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 Putrajaya
      (u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka dan ditutup;

Sesi Dibuka Ditutup
Pertama 1 Februari 2010 1 Mac 2010
Kedua 1 Julai 2010 1 Ogos 2010

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara untuk penerangan yang lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara boleh dibuat dengan menghubungi:
    • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Aras 5, Blok C1, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 Putrajaya
      (u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
      Telefon : 03 8885 3436 / 3892
      Faks : 03 8889 2170
      E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

22 thoughts on “Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010

  1. […] Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010 […]

  2. salam..
    saya kurang arif dgn artikel ini.
    adakah skim ni hanya ditwrkn kpd pelajar2 yg sedang belajar diluar ngr?
    saya adlh pelajar lpsn spm 09,,bolehkah saya mmohon skim ini?

  3. i’m just finished my diploma, and now continue my study in UITM shah alam.. but i’m looking forward to further my study oversea.. i prefer to studdy in uk.. can you give me any guide for the scholarship and the important detail that i need to know

  4. soalan saya sama seperti irah.. nilam please get back 2 us ASAP

    • Ini adalah untuk mereka yang sedang belajar di luar negara. Lepasan SPM boleh memohon PILN dan PIDN.

      • salam. .okeh. .en azhad ckp na mohon PILN dan PIDN kn. .
        hmm. .sy lepasan matrik 10/11..lepasan spm 09. .
        jd Alhamdulillah, keputusan matrik aritu memberangsangkan. .jd mcm mne ye kalau sy na memohon yang utk PILN punye? bile ye bole mohon?

  5. atie shariffuddin says:

    salam alaik… link utk mohon online is not clickable… macam mana nk dpt borg utk memohon pinjaman utk course medic di indonesia?

  6. Sila rujuk laman eSILA, JPA utk maklumat terkini.

  7. kartika jailani says:

    salam..saya sekarang sedang dalam tahun pertama pengajian perubatan di Mesir…bolehkah saya memohon pinjaman untuk kemasukan tahun keduanya??…berapa selalunya pinjaman yang diberikan?

  8. salam..boleh saya tahu senarai dokumen sokongan??

  9. sy nak ambik course diploma in pastry n baking dekat singapore. adakah saya layak utk mendapat pinjaman?

  10. can i ask ur opinion bout loan from mara n jpa..which one is better??

  11. hopefully,ur opinion will help me in applying mara or jpa's loan..tq

  12. wat is the requirement 4 applying tis loan………………in a-levels

  13. adakah bidang agama tidak ditsjs@diberi pinjaman?

  14. assalamualaikum
    saya pelajar perubatan di mesir..pelajar persendiriran.
    saya mendapat jayyid dlm peperiksaan final …dan semua lulus…
    adakah saya berpeluang untuk memohon untuk skim ini???

  15. […] Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2011 […]

  16. […] Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010 […]

  17. […] boleh juga membaca komen-komen di Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama tahun 2010 dan 2011 sebagai […]