Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013

Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

Sistem Pengajian

Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin.
  2. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
  3. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
    • Bahasa Melayu
    • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
    • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
    • Lulus Bahasa Inggeris

    Atau

    • Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM
  4. Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

Yuran Pengajian Dan Elaun

  • Yuran pengajian tidak dikenakan.
  • Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

Cara Memohon

  1. Maklumat lanjut dan borang permohonan online boleh diperolehi melalui laman web:
  2. Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
  3. Borang Permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dibawa bersama semasa temuduga.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran ini adalah 21 Mac 2010.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 6063 5333 / 5350 atau faks 03 6064 5497 atau email pengambilan@darulquran.gov.my

15 thoughts on “Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013

  1. […] TERKINI : Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013 […]

  2. salam
    kalau tidak ambil bahasa arab macam mana?
    tapi saya berminat

  3. abdul hafiz bin mustadi says:

    Salam..saya berasal dari Kota Belud Sabah dan kini sedang menunggu keputusan daripada Jakim sama ada permohonan saya diterima atau ditolak untuk ke Darul Quran.Saya ingin bertanya sekiranya saya tidak mempunyai sijil bahasa arab komunikasi atau bahasa arab tinggi,adakah permohonan saya akan ditolak?Saya hanya ingin mendapatkan kepastian kerana saya benar-benar ingin mencapai keinginan untuk menjadi seorang hafiz Al-Quran..

  4. amni jannah says:

    slm,sy nk taw camner nk buat rayuan untuk memasuki ke diploma tahfiz darul quran sesi 2010/2013……???

  5. amni jannah says:

    slm,sy ingin taw cmner nk buat rayuan untuk memasuki ke diploma tahfiz darul quran sesi 2010/2013..?????

  6. salam,..
    bilakah sesi permohonan bermula,

  7. salam..

    kalau B.I gagal masih boleh mohin diploma lagi tak?
    saya teringin sangat2 nak masuk DQ.

  8. salam…semasa temuduga apa yg ditanya??
    dan apa kelayakn @ ciri2 yg ditikberatkan semasa temuduga??
    terima kasih..

  9. hamba Allah says:

    assalamualaikum,,sye di sni hndk brtnye jika sye tidak mngmbil pljrn bahasa arab dalam ppriksaan spm,,ade peluang ke utk sye mndftar masuk darul quran?

  10. nuruzzahri says:

    assalamualaikum,, saya orang Aceh ingin menanyakan kapan dibuka pendaftaran masuk ke mahad tahfiz darul quran?dan bagaimna cara bsa masuk ke darul quran….?

  11. nuruzzahri says:

    assalamualaikum>>kapan di buka pendaftaran masuk di darul quran?

  12. Assalamualaikum…
    SPM saya tak ambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur IslamBahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi,..
    adakah saya boleh memohon?

  13. hjhsohaya says:

    assalam….anak saya brminat sangat utk memasuki DQ tp masa temuduga gagal…semua ujian bertulis dan ujian hafazan dia dpt…nk wat rayuan cmner yerk…..tlg info segera….

  14. assalamuailaikum….adakah ada pendaftaran kali ke 2 untuk 2013..jika tidak ada bolehkah spm 2012 digunakan untuk pendaftaran DQ 2014..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.