Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan. Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Logo Kolej Matrikulasi Selangor

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) telah mengambil kumpulan pertama pelajar matrikulasi daripada kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor. Selepas itu beberapa lagi Kolej Matrikulasi telah dibuka, yang terbaru adalah Kolej Matrikulasi Selangor.

Bermula pada pengambilan tahun 2011/2012 ini, Program Matrikulasi telah berubah ke dalam bentuk program Matrikulasi yang baru. Ini adalah usaha pembaharuan setelah lima tahun program yang lama dijalankan. Walaupun begitu hanya Jurusan Sains yang terbabit dalam perubahan ini. Manakala Jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Jenis Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

  • PST dijalankan untuk dua semestar yang melibatkan;
    1. Jurusan Sains
    2. Jurusan Perakaunan
    3. Jurusan Teknikal

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

  • PDT dijalankan untuk empat semestar yang melibatkan;
    1. Jurusan Sains
  • PDT adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • PDT hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.

Jurusan Sains

Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 yang berwajah baru ini memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga modul yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang.

Perubahan yang akan dilaksanakan adalah di mana tiada lagi program Sains Hayat dan Sains Fizikal tetapi diganti dengan program berbentuk modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi setiap modul dalam Jurusan Sains adalah seperti berikut;

  • Modul I – Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.
  • Modul II – Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.
  • Modul III – Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Jurusan Sains dalam program PST menawarkan ketiga-tiga modul di atas. Manakala bagi program PDT hanya ada Modul I dan II sahaja pada tahun pertama.

Jurusan Perakaunan

Jurusan Perakaunan dijalankan hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Perakaunan adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan.

Jurusan Teknikal

Jurusan Teknikal dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Jurusan Teknikal juga hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Teknikal adalah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik.

Mata Pelajaran Wajib

Mata Pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar dari semua jurusan adalah Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam atau Pendidkan Moral.

Kokurikulum

Semua pelajar Matrikulasi diwajibkan juga mengambil salah satu daripada kokurikulum yang ditawarkan, iaitu Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan atau Pasukan Beruniform.

Senarai Kolej Program Matrikulasi KPM

Selepas Lulus Program Matrikulasi

Pelajar yang lulus Program Matrikulasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :

Sains / Teknikal

  • Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Bioperubatan
  • Sains
  • Sains Komputer
  • Sains Pendidikan
  • Seni Bina
  • Sains Gunaan
  • Sains Teknologi / Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan
  • Lain-lain

Perakaunan

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Teknologi Maklumat
  • Pentadbiran Maklumat
  • Lain-lain

Maklumat

Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk maklumat lanjut. Sila hubungi talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Program Matrikulasi ini.

NOTA

Maklumat di atas adalah berdasarkan maklumat pada tahun 2011, sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk maklumat terkini.

125 thoughts on “Program Matrikulasi KPM

  1. […] Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 […]

  2. […] Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 […]

  3. salam.nk tnye sikit pilihan program aliran sains PST dan PDT tu ditentukn oleh kita or KPM??

    • KPM… berdasarkan keputusan peperiksaan SPM

    • ex-student SMC says:

      wasalam.
      aliran, selalunye akan diberi semasa kite menerima tawaran.
      ade juga di nyatakan dalam surat tawaran kite.
      mengenai aliran ni, kite bole buat rayuan pertukaran aliran berdasarkan kelayakan keputusan SPM kite.
      semua tu selepas kite mendaftar di kolej masing2 nanti ;')

      • salam.betuk ke kite boleh ubah? kalau boleh saya tak nak ambil modul 1 mcm yg dtwrkn 2..

  4. salam.nk tnye sikit program aliran sains PST dan PDT tu ditentukn oleh kita or KPM??

  5. kpm yg bg kita berdasarkan result spm.jika result spm x bagus sgt,dpat pdt.klau ok dpat pst. x boleh plih pst ke pdt.terima je ape yg dpat.

  6. tmpang tny, klw pljar yg x b'ltar blakngkn mata plajran tknlgi kjrutraan,boleh kh dpt jurusan teknikal??

  7. matriks ni dah boleh check ke belum ?

  8. […] Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 […]

  9. aduuui..awat depa wt modul2 plak..payah la cmnie….nk balajar 4 subjek lak 2..lgpn bi kali nie masuk pointer kn??

    • exstudent SMC says:

      😉 sbb tu, kite kene fikir masak2 sblm plh modul2 toh.
      pilih modul yg kite yakin kte mampu bawa, kte mampu bertahan,
      jgn sesekali pilih modul sbb nak ikut kawan.
      awak kene yakin dgn diri awak ;D

      setiap org ade bakat dan kemampuan masing2.
      awak kene yakin! ;')
      awak kene fikir betul2, sbb matrik ni tempoh ta lame.
      ta sampai setahun, jadi setiap keputusan yg awk ambil, awak kene fikirkan sedalam2 nye.

      mintak pndapat ibu, ayah, kaunselor tau mereka yg lbh arif ;DD
      yg pnting, yakin pada diri awk!

      semua orang pandai, tapi kite sendiri yg tentukan, kte pandai tahap yg mcm mane 😉

  10. salam , yang jurusan sains tu , kite ke yang kene pilih modul satu , dua , or tiga ??? atau ditentukan oleh KPM?

    • Klau xslp mrk yg tentukan berdasar result subject sains tapi klau nk tukar blh mohon slps mendaftar

  11. saya xle lah matrik fis intake nih..hurm..

    • exstudent SMC says:

      izza, awak kene yakin dgn diri awk.
      awk lbh kenal kemampuan awk lbh dr org lain 😉
      tak kire mane pn kte blaja,
      matrik ke, diploma ke, stpm ke, ipta ke, ipts ke, oversea ke.
      semua hampir sama.
      sama-sama utk cari jalan utk sambung ke peringkat ijazah 😉
      yg bezakan tempoh mase, tempat,
      yg penting keyakinan! ;D

      ape2 pn yg kite lakukan, niat kte mst kene betul.
      kte blaja kerana Allah.
      Allah tu, hebat!
      Dia dah tentukan rezeki tiap dari kita.
      cuma lambat atau cepat saje.
      kite kene usaha.
      kte doa dan tawakal.
      tak kire kt mane pn awk blaja,
      klau awk berusaha sehabis yg baik, awk mesti cemerlang ;D

      ingat, kte usaha banyak Allah bagi kte banyak.
      kte usaha sikit, Allah bagi sikt ;')
      mase depan kita toh, BERHARGA.
      tiada galang ganti nyeeee ^^,

  12. salam..

    adakah peluang ke matrik adalah tipis selepas membuat rayuan?

  13. x bleh mnx tukar ke matrik len ke??

  14. salam..
    nk tnye nie..
    pe beza kolej matrikulasi ngan kolej mara..?

  15. kalau kita dapat twaran, tapi kita nak buat rayuan tukar matrik bole x?

  16. so kalo yg btul mmang nak sains hayat..kna pilh modul ygt mna satu..??

  17. better amek modul 1..lengkap..semua ada,bio,fizik..kimia.. rasenyela…
    seriuss nk tukar mtrx !! kenapa dy bagi koley yg x termasuk dlm list apa yg kita mohon.. serius sedih . :'(

  18. salam. bila tarikh akhir untuk terima tawaran bagi kemasukan matrikulasi 2011/2012?

  19. sy xdapat matrik tpi sy dah buat rayuan..boleh ke sy nk tukar jurusan tersebut semasa membuat rayuan?

  20. Assalamualaikum….subjk bi tahun nie akn dimasukkan dlm pointer x??..ada sesiapa bleyh jwb…??

  21. twran ke matrikulasi dpilih b'dasarkan result tryer n spm @ b'dasarkan result tryer jew……

  22. sye nk tnye bilakh kptsn yg kite buat rayuan akn kluar??

  23. Salam admin,
    Sye nk tye…btul ker ad org ckp klau kte dh sahkn utk matriks…upu kte x dpt??
    tolong jwb…may allah bless u 🙂 tq

    • jangan risau……kalau dah masuk matrik, upu tak terjejas……still boleh terima tawaran upu….

  24. sy nk tanya pasal buat rayuan tu… saya rasa pelik, juz klik ‘ya’ shj lalu dpt buat rayuan semasa m’buat semakan??? senang betul…tanpa minta apa2 dokumen??? Pleaz reply me…tq

  25. betul ke bi kire dalam point?????

  26. kalau modul III boleh further study jurusan ape????? plezzz reply….

    • Tidak pasti pula tapi yg ada kaitan dgn 4 mata pelajaran tu… blh tgk syarat kemasukan di upu

  27. slm nk tanya…nti KPM ada hntar surat x?atau kita memang kena print sndiri n terus reply jwpn kita kepada KPM?

    • salam… perlu cetak sendiri…

    • exstudent SMC says:

      selalunye, pihak kolej akan hantar surat tawaran ke rumah,
      sbb mereka akn sertakn sekali buku panduan, bukti pembayaran dan lain2.
      tapi, awk masih juga boleh utk mencetak surat tawaran tersebut
      ;D

  28. salam..bole sape2 explain x beze antre modul 1,2 dan 3?mane yg terbaek untuk dipilih?tq^^

    • exstudent SMC says:

      wasalam.
      untuk modul 1, awk bole ke arah bidang perubatan dan kejuruteraan.
      modul 2, lbh kepada kejuruteraan
      modul 3, lbh kepada perubatan.

      kirenyee, camnih.
      klw awk minat utk ambil bidang yg lebih berkaitan dgn biologi, awk bole amek modul 3.
      kire cam awk suke sgt membaca, awk minat menghafal fakta or ayat 😉

      tapi, klw awk mnt nak amek bidang yg lebih kepada reka cipta, matematik, kira,
      hafal formula, awk amek le modul 2.

      tapi, kalau awk masih ragu2 dan tak tau nak pilih ape,
      amek le modul 1.
      sbb, modul 1, awk bole g ke dua2 bidang toh.

      ape2 pn, awk kene yakin.
      tgk kemampuan diri.
      awk kene fokus dan tumpukan betul2 selama setahun ni ;D
      kalau awk buat betul2, setahun ni.
      awk akn dapat hasilnya tuk 10, 20 tahun akn dtg.
      awk hidup senang, pakai kereta besar, gaji besr, rumah besar.
      bestttt kannnnn ? hehe ;DD

      tapiiii,
      kalau awk main2, awk tak fokus, awk leka,
      awk akn derita tuk 10, 20 tahun akn dtg.
      awk dpt tgk org lain keje best, gaji besar.
      tpi, awk tak dapat.

      so, adik.
      belajar betul2.
      fokus pd matlamat adik.
      tuk setahun ni, lupakan perkara lain.
      awk tak kan rugi! ;')
      awk penat tuk setahun ni demi hidup awk tuk 10, 20, 30, 40 tahun akan dtg.
      ingat!
      ibu ayah awk gantung harapan pada awak.
      buktikan pada mereka ;DD

      yakin pada diri yeee!~

  29. nak tnye sket,,kalau kte bt rayuan,,agak2 ble kte buleh taw result rayuan tue,,?? n x lmbat ek nak kejar budak yg dpat awal??

  30. herm.. sya masi ragu2 ngan cra pendaftaran nie.. bca panduan pun masi kurang paham..

  31. aboysdfc says:

    thanks admin, pas baca ni, smangat pulak sya msuk mtriks, sya dpt msuk, d labuan, hehe.. sains, tpi x thu lg modul mna..

    • ya sy pn mcm tu..mle2 ragu2 je nk g matriks..tp ble bce sume ni wat kte kne yakin ngn kemampuan diri sendiri..:)

  32. kalau nak tukar aliran sains ke akaun camne ye….

  33. […] Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tingkatan 6 […]

  34. shahira says:

    klo ambek matrik PDT rugi tak? atau ambek diploma lg untung?

  35. Nk tnya..kat mana sya bule download surat twrn secara online 2??!!

  36. ex-kmns says:

    salam..sy mrupakn bks pljr mtrk di n9..hrpn sy pd adik2, amk la pluang msuk mtrk..jgn tkut2..mtrk x la susah mne.cume kte kne rjin..pd yg nk jd dktr, ketiga2 m0dul blh mlykkan anda mnjd dktr..brmula sesi 2011/12 PDT amt2 berbal0i..wpun 2tahun tp sgt2 bgus..bia lmbt..aslkn 4flat..insyaallah..

  37. fazarain says:

    erm kolej matrik yang mana ya paling bagus?

  38. salam, saya nk tnya. Lepas matriks akan trus straight degree. degree ini ditentukan oleh kita or kerajaan yg tentukan? COntoh sy amik matriks aliran sains komputer, then saya nk degree saya pun sains komputer, adakah saya akan dpt jika pointer sy cuma 2.5 ke atas? Lagi satu, saya ada kwn di matriks, dy amik bidang bio then lepas habis blajar setahun, dy nk degree untuk bidang bio tetapi dy dpt degree untuk aliran IT. dy dh wat permohonan tp xleh tukr degree then dy terpaksa wat diploma di ipts untuk bio. jd mcm mana ye?

    • salam.. slps tamat matrik perlu mohon program degree melalui UPU & USM. setiapnya blh pilih 8 kursus yg bersesuaian dgn aliran & pointer. Jika pointer memenuhi syarat & tidak ramai pesaing akan lebih mudah mendpt kursus yg dipilih. jika tidak akan dpt kursus pilihan & paling teruk langsung xdpt tawaran

  39. salam,..

    saya nk tahu kalo kta dpt f6 confirm kta x dpt matriks ker???

    kalo dh wat rayuan pon xkn diproses yer???

    ktakan kalo kta dpt 2nd intake n kmungkinan besar kta akn perlu belajar 2 tahun ea???

    please reply me….:D

    TQ.

    • Salam… klau dpt form 6 rayuan matrik msh diproses
      1 thn atau 2 thn bergantung kpd result spm

  40. saya1207 says:

    salamm,,kan arytuhh da check matrikk,,thenn,,dpt,,pastu,,trus g daftaar kee??ta payah isi ape2 keee??
    lg stu,,elaun ttuhh dia bg dlm setaun kee,,??hee~tengs kpd yang sudi shareee maklumat,,

    • anda perlu mencetak sendiri surat tawaran, dokumen peribadi diri, surat perjanjian(buat 2 salinan) dan panduan.. elaun di beri ikut semester –>rm 1250.00.. byran penginapan dn pengajian d tanggung KPT, kcuali kna byr sendiri skli jea msa pndftaran..

  41. ratuku eiffa says:

    salam..kt cnie spe mtrik n.9 ek??nk dfta 2 maximum smpai kol bpe ek..coz kat surt tawarn xde plak tulis masanye pkol bpe kn..

  42. Salam,nak tanya,klu dpt course sc,but die x bgtau modul mne…nnt mase daftar bru tau ek?

  43. salam,
    kalau sy nak tukar kolej matrikulasi perak ke kolej matrikulasi johor boleh ke?
    terima kasih.

  44. saya pun dapat perak

  45. nak tanya pendapat admin dan kawan2, kalau dpt offer matrik dan poli yg mana patut dipilih

  46. nurhidayah says:

    salam. nak tanya, buku2 yg digunakan di matriks mcm mana ye? kena beli sendiri di kedai buku atau terus beli di kolej? kalau di kedai buku, buku dari publisher apa ye? terima kasih

  47. surieazmi says:

    salam..adik saya baru sahaja mendaftar di matriks pahang…saya cuma nak tahu,boleh x adik saya nak tukar modul dari modul 1 ke modul 3…then,prosess dia leceh or x??

  48. […] Keputusan Rayuan Dan Ambilan Kedua Program Matrikulasi 2011 […]

  49. kt mane nk dapatkn surat tawaran???huu…cari2 xjupe ni..

  50. Ng Su Hui says:

    Saya pelajar di "private" school tetapi mendapat biasiswa daripada pihak sekolah untuk belajar di situ. Nak tanya private school student doleh masuk ke matrikulasi tak? Jika dapat, di borang permohonan, "kategori pemohon" perlu isikan apa maklumat? Terima kasih kerana membantu.

  51. saya nak tanya boleh x lepas ambil jurusan perakauanan nie n then tamat program 1 tahun nak ambil jurusan undang2 kat IPT?

  52. salam.. kt mne nk mhon ni.. cri xjmpe pn

  53. salam,,,maaf kalau bertanya,,sy masih kabur tentang matrix ni,,actually my mom had told me,kalau sy msuk matrix mudah pohon msuk UPSI,,dan sememangnya i want to be a teacher..however,,,,is that okey if i get 7A's?adakah ia merujuk pd markah trial spm sblm tapisan dibuat n result spm disemak kembali?sy amek subjek physics,chemist,,tp xamek bio..sy amek subjek lukisan kejuruteraan..sy dpt A utk lukisan kejuruteraan tp physics is hard for me to get creadit,..tp brdasarkan syarat td,physics slh satu subjek creadit..mcm mana ni??masih xfhm la,…

  54. bro saya ada pin saya untuk masuk tapi masalahnya saya tak tahu mana nak masukan pin ini

  55. after da dftar matrix, perlu salin no. pin dier ke tp sye pnyer cm da hilang. cmne er

  56. kalu baru form5 sekarang da boleh isi ke ?

  57. […] sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat […]

  58. […] hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, […]

  59. […] 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM […]

  60. […] 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM […]

  61. […] Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM. […]