Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran bagi tahun 2011 berbanding 20 pada tahun lepas. Ini membabitkan 1 sekolah menengah harian, 12 sekolah berasrama penuh, 8 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan.

Senarai SBT 2011 ini dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang yang merupakan sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi  2011

Sekolah Menengah Harian

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor


Sekolah Berasrama Penuh (Kementerian Pelajaran)

  1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  7. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  8. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  9. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  10. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  11. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

Sekolah Berasrama Penuh (Kerajaan Negeri)

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu

Sekolah Kebangsaan

  1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  2. SK Convent Muar, Johor
  3. SK Seri Biram, Pahang
  4. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  5. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  6. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  7. SK Sultan Ismail, Terengganu
  8. SK Jalan Tiga, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan

  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Perempuan China, Pulau Pinang
  2. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Sila lihat juga Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 dan Sekolah Amanah 2011.

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai

SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010,

SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.

Sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

27 thoughts on “Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

  1. Alhamdullilah, akhirnya STAR Ipoh diiktiraf juga menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Berkat usaha pelajar dan juga guru-guru STAR yang akhirnya menunujukkan hasil yang terbaik. Sehubungan itu, diharap STAR terus maju seiring dengan arus pendidikan semasa. Di samping itu, STARIANs juga diharap dapat memberi sumbangan terhadap pengiktirafan ini dengan menjaga tahap prestasi akademik semasa dan kelakuan disiplin supaya dapat terus mengekalkan imej baik sekolah. Ingat lah pesanan daripada seorang cikgu STAR yang mengatakan bahawa yang mencerminkan sesebuah sekolah itu bukan pada bangunan mahupun guru-gurunya namun pelajar-pelajar sekolah tersebut lah yang melambangkan keutuhan institusi pendidikan tersebut. 'Once A Starian, Always A Starian', Ilmu Panduan Hidup..

    Sekian wassalam.
    -Pak Chot- Batch 76

    • syukur alhamdulillah~!!!akhirnya sm sains tengu muhammad faris petra menjadi sekolah sbt..hidup faris!!

  2. yahoo..convent Jiayuk.,, ***

  3. MAMAAQILHAZIQ says:

    TAHNIAH SEKOLAH SETIAWANGSA!

  4. Syahira Alia says:

    Congrats! SBPI Pekan/SBPI Tun Abdul Razak(nama baru)!

  5. sharifah mardhiah says:

    tahniah!integrai tun abdul razak,pekan(InSTAR)

  6. Asnawi Rahim says:

    kenapa SASER yang terbaik dlm Malaysia tak dapat?? musykil la…

  7. apakah model pengurusan sekolah berprestasi tinggi

  8. Ahmad Hifni says:

    alhmdulillah SM SAINS MUAR(SAMURA) dpt SBT!!

  9. woi….!!!!!!!!!!!!!!!!!! sekolah menengah imtiaz bukan sekolah menengah harian la, rujukan:myimtiaz.com

  10. ORG BOSNIA DATANG SK SULATAN AHMAD TAJUDIN O……….

  11. SKSeksyen9 pun sbt utk 2011!!!!!! 😉

  12. farrahanis says:

    GO SK SEKSYEN 9 YOU ROCK!!!!!!!! SBT 20111… SUPERB… I L Y SK S9 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN!!!!

  13. ezt syarafina says:

    setahu sy,smk lembah bidong pun trsenarai dlm sbt gk,tp knpe chek tkde pom

  14. ezt syarafina says:

    salam sume.satahu sy,smk lembah bidong turut tersenarai dlm sbt gk,tapi kenape bile chek tkde pom?

  15. Tahniah kepada 50 buah SBT kohot 1 dan kohot 2. Pemilihan sebagai SBT melayakkan sekolah-sekolah tersebut menjadi rujukan kepada sekolah-sekolah lain dalam semua aspek khususnya kecemerlangan akademiknya. Sejauh mana agaknya peranan ini dapat dilaksanakan dan dipertahankan sekiranya ternyata antara sekolah-sekolah yang terpilih sebenarnya bukanlah di kalangan sekolah yang paling cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum. Lihat sahaja ranking SBT di kalangan SBP.. pasti timbul keraguan bagaimana sekolah-sekolah yang berada pada kedudukan kelompok bawah turut terpilih sebagai SBT sedangkan terdapat beberapa buah sekolah yang berada pada kedudukan kelompok 10 teratas berdasarkan pencapaian PMR dan SPM 2008, 2009 dan 2010 tidak terpilih. Walau apapun semua SBT buktikan bahawa anda memang selayaknya dipilih atas prinsip merit.

  16. sekolah seksyen 9 mane??

  17. slm..skola imtiaz kn ad 4.. yg ne 1 dpt sbt??

  18. Alhamdulillah smk jalan 4 atau lebih dikenali sebagai JESS (Jalan Empat Secondary School) mendapat pengiktirafan SBT. Satu satu nya sekolah harian yang mendapat SBT. Go jess! Go jess! 🙂 you guys should visit us in Bandar Baru Bangi, Selangor!;)

  19. ayah sye kat semesta.nak joint juge

  20. SEMESTA,RAUB THE BEST

  21. hidayahs idayahs says:

    yes!!!!! Convent muar berjaya merebut gelaran "SBT"

  22. Alam Perwira says:

    assalamualaikum..

    nak tanya kat mana nak dapatkan senarai penuh satu Malaysia SBT KOHORT 1 hingga KOHORT 5 (2014)??

    byk link tak lengkap dan x update..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.