SPM Sah Dihadkan 10 Mata Pelajaran

Mulai tahun depan, calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan boleh mengambil 10 mata pelajaran sahaja.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada calon SPM aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan tersebut untuk tahun depan sahaja.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian pelajaran bersetuju dengan rayuan pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama supaya pelajar diizinkan mengambil 11 mata pelajaran.

Katanya, ia merupakan pengecualian terhadap pelajar yang perlu mengambil aliran Sains dan Agama sekaligus, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata pengecualian itu hanya untuk peperiksaan pada 2010 dan akan kembali kepada 10 mata pelajaran maksimum bagi calon aliran Sains Agama pada tahun 2011.

“Ini kerana mereka tidak boleh tukar (mata pelajaran) dengan segera, tetapi mulai 2011 semua calon akan ambil 10 mata pelajaran sahaja, maknanya kita beri tempoh kepada sekolah agama untuk membuat pengubahsuaian dan calon memilih mata pelajaran yang benar-benar dikuasai mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain empat mata pelajaran teras yang diambil oleh calon aliran berkenaan, tujuh mata pelajaran elektif yang diambil ialah Al-Quran, Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Muhyiddin berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan “pendidikan pengetahuan” tetapi juga “pendidikan insaniah”.

Beliau berkata di samping itu, ia akan menolak sesetengah persepsi yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

“Jika ambil sejumlah (mata pelajaran) yang banyak itu, sudah pastinya ia menjurus kepada keputusan yang baik dan ia menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan, maka kita akan bangunkan potensi murid dalam jurusan yang dipilih secara lebih intensif dan komprehensif,” katanya.

Beliau berkata dengan itu guru dan pelajar juga akan mempunyai lebih masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani dan emosi pelajar secara seimbang dan selari dengan falsafah pendidikan negara.

Kementerian baru-baru ini cadangan mengehadkan sejumlah 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bagaimanapun, 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini membantah dan mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

5 thoughts on “SPM Sah Dihadkan 10 Mata Pelajaran

  1. aku tak setuju..!!
    kalo bhsa inggeris nk lulus tuh aku setuju..!!
    sal nih..
    aku xberapa setuju..
    asl kerajaan nk hadkan mik 10 ja??
    cian kt calon-calon spm nih..
    na tawu diowg da msa depan diowg sendiri…
    snggup nk amik 20 mta pljrn..
    tgk2 kerajaan hadkn lak..
    cian r sma..
    da depa pndai nk wt cmna??
    nih mst da owg xpuas ati nih…
    taw pn ank melayu ja dpt setiap thn result bgus..
    jgn la dgki cgt kt depa…
    bia r diowg da leyh nk mik 20 mta pljrn pn…
    aku nk kerajaan pertimbangkn lagi la.. k??
    wlpn aku nih amik 9 mta pljrn ja..
    aku cian kt budak2 yg sggup nk mik 20 lbey tuh…

    • anak bangsa says:

      think it back..awak pun ambik 9 mata pelajaran sahaja..tapi awak komen mcm ambik lebih dari 10 subjek..
      tujuan pengambilan subjek di hadkan adalah di sebabkan ingin membantu orang melayu..
      awak mengambil 9 subjek tapi bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang melebihi 10 subjek akan di serap dulu ke IPTA/IPTS..sedangkan awak hanya mempunyai 9 subjek sahaja..sekiranya pengambilan subjek dihadkan kepada 10 subjek jadi kemungkinan besar jika keputusan awak bagus,awak akan dapat menikmati kehidupan di IPTA/IPTS..

  2. Bg pihak kerajaan,tlg fkirkn tindkn..jgn brtindak trburu buru..apakah dengki dgn pljr sk0lh agama yg slalu memecahkn rek0d spm malaysia?yg mana pelajar kmentrian yg slaluny mnjdi punca utama mslh negara?vandalisme?pusat serenti?fkIrknlh whai kerajaan..jgn brtindk mgikut fhmn liberisme..brtindklh mgikut acuan islam..wujudknlh sk0lh2 agama..pimpinlah rakyatmu dgn smpurna mgikut islam yg syumul..fkirlah..

  3. […] dari tahun 2010 calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan mengambil 10 mata pelajaran sahaja. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon SPM mengambil lebih daripada […]

  4. Bolehkah sekiranya pelajar SMKA aliran sains agama nak drop satu subjek? Misalnya, seseorang pelajar tu hanya ambil empat pelajaran teras, iaitu BM, BI, Sejarah dan Matematik serta turut mengambil 6 subjek elektif kecuali subjek Biologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.