Tarikh Tutup Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi Aplikasi Dalam Talian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut;

  • Program Pengajian Lepasan STPM dan setaraf 23 Mac 2009
  • Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf 25 Mac 2009

Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan seperti di atas. Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA adalah di http://upu.mohe.gov.my manakala calon yang ingin ke Universiti Sains Malaysia perlu mengemukakan terus permohonan melalui laman web rasmi universiti itu di http://pohon.usm.my.

Justeru KPT menyarankan dan menasihati agar semua pemohon ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 mengemukakan permohonan awal dalam usaha meningkatkan kelancaran dan mengurangkan kesulitan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka.

Kaedah ini merupakan langkah pre-emptive KPT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta melicinkan lagi pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan dan mesra pengguna.

Sebarang kemusykilan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801, 03-88835802, 03-88835858 dan 03-88835848 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

91 thoughts on “Tarikh Tutup Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010

  1. hai nilam,
    saya nak tanya,boleh tak kalau saya tak isi fasa 1 untuk permohonan upu..saya terus isi fasa2 sebab waktu saya nak isi fasa1 dah tak sempat..

  2. hai nilam,
    nak tanya lagi,ape jadi klu saya tak kemaskini borg permohonan matrikulasi saya..saya cuma isi borang waktu permohonan saje..

  3. Hawa,
    1. Boleh
    2. Tak mengapa

  4. Hai nilam…sy lepasan spm 2008 dan dah isi borang kemasukan ke UiTM bagi sesi 2009/2010 nie..sya nak mnta tlong mengenai apa kursus2 pengajian yang ditawarkan di UiTM Sabah?? Sya dah cuba cari kat portal UiTM, tpi takda..blehkah awk tlong sy??

  5. Fazha,
    Hi… Sila rujuk Program Akademik UiTM Sabah.

  6. hai, saya ada confuse cket, saya dah isi upu online dan dah pos semua permohonan ke IPTA yg di pohon, cuma ruangan muet sy x isi cuz saya akan amek muet pada april ni, dan saya adalah calon persendirian.sy bru dpt sy nyer angka giliran utk muet dlm a few days ago n try kemaskini permohonan upu sy, tp xboleh..so, anyone can help me?

  7. Feyza,
    Memang anda sudah tidak boleh mengemaskini permohonan kerana semuanya telah ditutup. Saya syorkan anda menghubungi UPU di talian 03-8883 5858 untuk bantuan.

  8. Saya ialah salah seorang pegawai kerajaan dan bertugas sebagai salah seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah di Bintulu.Bolehkah sekiranya pihak JPA menaja persekolahan anak say masuk ke IPTA memandangkan keputusan anak saya 2A,5B dan 2C.Besarlah harapan saya sekiranya JPA dapat membantu saya memandangkan saya mempunyai 5 orang anak yang sedang bersekolah dan yang sulong masih dalam Tingkatan 6 Atas

  9. Bila keputusan permohonan ke ipta sesi 2009/2010 akan keluar. Sebab keputusan ke Matrix dah keluar beberapa hari lepas. Tarikh pendaftarannya bulan depan 11 may.

    satu lagi soalan. saya bercita-cita untuk menjadi seorang graphologist. Pekerjaan ini merupakan cabang kerja bagi bidang psikologi .Graphologist merupakan bidang kerja yang melibatkan mengkaji psikologi seseorang individu melalui tulisannya. Kursus apa yang patut saya ambil di U nanti.

  10. salam..sy de satu pertanyaan..
    bila tarikh yang sbnrnye kmskn asasi bg sesi akademik 2009/2010??
    Please sy nak tahu da real date..
    nilam,,please help..

  11. Ngali,
    Pelbagai sekim pinjaman, bantuan dan biasiswa disediakan untuk para pelajar IPTA. Anak anda hanya perlu memohon mana yang sesuai dan layak bagi meringankan keperluan di IPTA.

    Popi,
    Keputusan permohonan bagi lepasan SPM dijangka pada awal Mei sebelum tarikh pendaftaran Matrikulasi.
    Saya tidak mempunyai maklumat yang berkaitan dengan program pengajian berkenaan, mungkin para pembaca lain boleh membantu.

    Desfif,
    Belum diketahui lagi tetapi tahun lepas, Asasi UM pada 25 Mei 2008 dan Asasi UIA pada 10 Jun 2008.

  12. hi nilam.. saye cuma nak tanya :
    bilakah keputusan upu keluar ?
    dan juga asasi sains @UPM

  13. matrik x dapat, cikgu x dapat, upnm x dapat, ipta x tahu lagi. kalau x dapat semua apa saya boleh mohon lagi lepas ni?

  14. sy ad poblem ckit je. tapi merungsingkan sy.
    sy da isi borg UPU and sume borg U yg laennya melalui online. tp, masalah kini sy tdk mencetak borg tersebut krn printer d rumah rosak.
    sy tdk berkesempatan utk ke CC utk cetak semua borg yg tlh d isi.
    soalan sy, blh atau tdk sekiranya kita tdk mencetak borg trsbut?
    kalau msh boleh cetak,
    bagaimana utk sy buka blik borg2 yg tlh sy isi.
    sy tlh buka bhgian portal kolej komuniti, tp xbjya. kerana katanya pin number sy slh.
    help me….!
    plz.

  15. assalamualaikum NILAM
    help me.
    saya ada masalah sedikit.
    saya tidak mencetak semua borang yang telah saya isi melalui online.
    bolehkah begitu?
    jika tidak, bagaimana untuk saya mencetak kembali borang yang telah saya isi?
    cthnya : saya telah membuka laman web KOLEJ KOMUNITI untuk mencetak kembali borang yang telah saya isi, tapi katanya NO. KAD PENGENALAN DIRI dan PIN saya salah.
    adakah ini bermakna saya telah terlambat untuk mencetak semua borang saya?
    tidak mengapakah jika saya tidak mencetak borang tersebut?

  16. Rae,
    Sila rujuk Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010.

    Rosli1462,
    Anda boleh masuk ke Tingkatan 6 atau cuba memohon pengambilan Disember/Januari nanti.

    Ayu,
    Salam… Buat masa ini memang sudah tidak boleh lagi mencetak borang yang diisi.
    Walau begitu hanya pemohon Kategori C dan D wajib mencetak maklumat permohonan setelah mengemukakan permohonan. Manakala kategori lain yang perlu mencetaknya sebagai bukti bahawa permohonan telah berjaya dikemukakan.

    Mengenai Kolej Komuniti sila hubungi mereka di 03-8939 4164/4166/4365/4366 untuk bantuan.

  17. sape2 yg dpt twran mtrik,memang cnfirm ar akan dpt ipta???plez answer me…..

  18. Anies,
    Tidak semestinya.

  19. salam..
    nk tanya,mane surat tawrn kemasukn ke Uitm..?kate 4mei kuar tp da puas sy cari tp x jumpe..
    nilam,plz help me..

  20. Nana,
    Salam… Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009 di http://istudent.uitm.edu.my/intake.

  21. aznineem says:

    Salam
    Saya ingin tahu status permohonan saya kemasukan mei 2009.
    Noor Azni Ibrahim
    61012708 5370

  22. Aznineem,
    Sila rujuk http://upu.mohe.gov.my/ untuk membuat semakan.

  23. adakah pinjaman ptptn bagi uitm akan diuruskan sendiri oleh pelajar? bila tarikh permohonan ptptn dibuka untuk urusan pinjaman bg plajar uitm?

  24. Fezah,
    Ya diuruskan oleh pelajar sendiri. Permohonan adalah secara online dan boleh dibuat mulai pertengahan Jun ini.

  25. salam..saya nak tanya kalau tuk kemasukan lepasan diploma ke Uitm sesi 2009/2010 bagi bulan disember..bila tarikh yang boleh saya beli nombor pin dan register secara online?

    terima kasih.

  26. Asmaa,
    Salam… Biasanya dalam bulan Ogos/September, selalu kunjungi laman web UiTM untuk mengetahui tarikh yang sebenar.

  27. sy akan dftr kat uitm pada 27/6/09 nt untuk diploma…tp sy x tau bila boleh buat online ptptn ni..kalau untuk uitm,bila boleh start online??dan bila plak trikh tutup dia??sy dah cari kat uitm tp x jmpe la…tlong sy

  28. Fitrah,
    Sila rujuk laman web PTPTN di http://epinjaman.ptptn.gov.my/

  29. Hai nak tnya blh tak? Bla kta blh start isi UPU & USM fasa 2 bgi lepasn matrikulasi? Bla pla tarikh tutup nya?

  30. Shan,
    Tarikh tutup Fasa 2 untuk USM 23 Mei dan UPU 27 Mei, sila rujuk Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi.

  31. macam mana nak ubah pengajian ni. saya x jumpe pun mcm mana nak kemaskini pemohonan. sume mcm cara2 je nak mohon u …. tolong le saya.

  32. slm nilam…
    sy ni student lpsn matrik…so, sy nak tahu bila tarikh keputusan kmsukkan ke ipta utk sesi 2009/2010…..

  33. Nurul,
    Salam… Dijangka pada minggu ketiga bulan Jun nanti.

  34. salam nilam..
    ada tak rayuan untuk kemasukan ke program asasi 2009/2010?

  35. sy tak kemaskini pemohonan fasa 2 untuk upu lpasan matrix…cam mana ek…tak pe ke……

  36. Art,
    Saya tidak pasti, cuba hubungi UPU untuk mendapatkan kepastian.

  37. akooom….saya da bka lman ptptn untuk memohon pinjaman ptptn…..tapi bla sya bka epinjaman untuk pnjaman tersebut dan isi sume yang die nak…..die suh klik kat daftar tapi no respon langsung……sya da bli num pin tolong saya…..sya daftar di uitm sri iskandar 27.6.09…pe nak uat neh

  38. Raihan,
    Salam… jika anda ada masalah apabila menggunakan laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my/ cuba guna laman web ini http://202.184.125.150/ pula. Jika masih ada masalah sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2092 7788 untuk bantuan.

  39. salam nilam,
    sy nk cetak permohonan rayuan ke IPTA yg da sy bt dlu tp rayuan da tutup.sy t’lp nk cetak mse bt rayuan dlu.sy da cr kat MOHE, da xdpt bk.mcmane ek sy bole dpt bk page 2?tlg la sy..nk bw 4 rayuan ke pihak UITM utk rjukan.plez reply ASAP.
    thnx nilam

  40. Ieka,
    Memang link tersebut telah tiada di laman web UPU sekarang. Saya rasa anda perlu berhubung terus dengan UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan bantuan.

  41. Hai,
    Saya pelajar lepasan matrikulasi 2008/2009 dan sudah ditawarkan ke UKM untuk sesi 2009/2010. Bilakah saya boleh memohon biasiswa MARA atau JPA?
    Terima kasih.

  42. Daus,
    Anda boleh memohon apabila permohonan untuknya dibuka. PIDN JPA dijangka akan dibuka dalam minggu ini atau awal minggu depan.

  43. salam…
    bla tarikh permohonan borang upu untk intake januari 2010??

  44. Ecah 87,
    Salam… Pengambilan sesi Januari tidak melalui UPU tetapi terus melalui universiti. Oleh itu anda perlu semak di laman web universiti yang berkenaan kerana tarikhnya berbeza-beza mengikut universiti.
    Biasanya permohonan dibuka dalam bulan Ogos atau September.

  45. sy ingin memohon utk bulan disember..de kne beli no pin?
    cm ne cre nak apply melalui u..de dinyatakan di lmn web mohe

  46. Ila,
    Permohonan untuk pengambilan Disember/Januari biasanya dibuka dalam bulan Ogos/September. Permohonan perlu dibuat terus kepada universiti yang berkenaan dan bukan melalui UPU. Anda perlu membeli samada No. PIN di BSN atau Wang Pos/Kiriman Wang yang berbeza bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh universiti tersebut. Tarikh permohonan dibuka dan ditutup juga berbeza mengikut universiti.
    Bagi pengambilan Disember/Januari ini cuma beberapa universiti dan program pengajian tertentu sahaja yang akan dibuka. Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenainya dan paparkannya di sini.

  47. terima kasih..

  48. Ila,
    Sama-sama

  49. saya nak tahu bilakah tarikh untuk permohonan kemasukan sesi disember di uitm. dan saya nak tahu laman web untuk menyemak tarikh kemasukan sesi disember di uitm.

  50. Ain,
    Tarikh yang tepat saya tidak pasti kerana setiap IPTA berbeza tapi biasanya dalam bulan Ogos atau September. Maklumat mengenai pengambilan UiTM boleh disemak di http://uitmonline.edu.my/.

  51. salam..sy lepasan diploma dr politeknik.sy ingin memohon utk masuk ke uitm segamat bg ambilan disember 2009/2010..so ape yg ptut sy buat?

  52. Aurora,
    Salam… Sila memohon melalui laman web http://uitmonline.edu.my/. Permohonan dijangka akan dibuka dalam bulan Ogos atau September.

  53. lupa nk tnya…kene beli no pin jgak ke utk intake dis ni??

  54. Aurora,
    Bergantung kepada universiti yang berkenaan, ada yang perlu membeli nombor pin di BSN dan ada juga yang perlu membuat pembayaran samada dengan melalui bank atau pembelian kiriman wang.

  55. pemohonan untuk 2010 dah ttp ker sbb sye cari xdapt
    bley tunjuk mcm new nak on9 borang uitm boley tlg x secpt mungkin

  56. Pika,
    Permohonan untuk pengambilan Januari 2010 belum dibuka lagi. Bagi UiTM sila rujuk laman web http://uitmonline.edu.my/.

  57. salam.
    nak minx tolong nilam updatekan tntg disember intake 2009/2010
    *universiti yg terlibat
    *pengajian yg ditawarkan
    k,thanx

  58. saya lepasan diploma. Saya berminat untuk sambung ke bidang pendidikan
    Bila borang upu kluar untuk kemasukan Jan2010

  59. Qieka,
    Salam… saya akan usahakan dalam masa terdekat ini.

    Yatie,
    Iklan permohonan biasanya akan keluar dalam bulan Ogos atau September ini. Saya tidak pasti mengenai kursus perguruan.

  60. salam.. boleh tak erah tahu tarikh permohonan ipta sesi december 2009 dan ipta mane yg ambil intake dec..

  61. Erah,
    Salam… Biasanya pengambilan IPTA Disember/Januari akan dibuka dalam bulan Ogos/September ini. Saya tidak pasti senarai U yang akan membuat pengambilan tetapi saya usahakannya.

  62. sy nk thu bile tarikh permohonan upu ambilan december 2009/2010?

  63. Salam nilam,

    saya baru sahaja tamat diploma, saya nak sambung degree, saya tidak tahu bila borang mohon upu akan di buka lagi,

    harap nilam dapat membantu.

  64. Ila dan Hadis,
    Salam… Pengambilan kemasukan sesi Disember/Januari tidak diuruskan oleh UPU tetapi oleh universiti-universiti yang berkenaan. Oleh itu permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang berkenaan.
    Permohonan bagi pengambilan sesi Disember/Januari biasanya akan mula dibuka pada bulan Ogos/September ini. Walau bagaimanapun tidak semua IPTA dan program pengajian akan ditawarkan.

  65. boleh saya tahu universiti mana yang ada ambil student untuk intake dec2009?harap dapat membantu.terima kasih

  66. salam..boleh saya tahu upsi ada ambil pelajar untuk kemasukan Disember 2009/Januari 2010 ni x?

  67. Acer dan Mia,
    Saya akan cuba usahakan untuk menyediakan senarai universiti yang ada membuat pengambilan.

  68. Mujahidah_Haq says:

    salam ukhwah fillah…ana nk tanya ye,bler b0leh m0hon untk kemasukkan ke IPTA..?? untuk sesi 2009/2010..adakah perm0honan talian telah dbuka untuk sesi dis 2010..?? syukran jazakallah…

  69. Mujahidah Haq,
    Salam… sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk maklumat lanjut.

  70. salam..nilam, boleh atau tidak kalau saya memohon lebih daripada satu universiti untuk kemasukan disember 2009/januari 2010 ni?

  71. Mia,

    Salam… Memang boleh.

  72. terima kasih ya nilam..selamat menyambut Ramadan Al Mubarak…

  73. Mia,
    Sama-sama… kepada anda juga.

  74. nilam borang kemasukkan uitm 2010 da keluar ke?

  75. Jieda,
    Kemasukan UiTM bagi sesi pengambilan Julai 2010 adalah melalui UPU. Oleh itu sila tunggu pengumuman oleh UPU pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

  76. nilam, borang pendaftaran ke matrikulasi ada lagi ke? adakah saya sudah terlambat? what should i do now ?

  77. Abu,
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010 tapi ia telah ditutup pada 18 Oktober yang lalu.

  78. bile tarikh buka n tutop untuk mengisi borang kmasukan ke ipta???

  79. slm….sy nak tau bilekah tarikh tutup tuk apply program diploma kt uitm?

  80. boleh saya tahu nom pin maktab perguruan untuk sesi 2010 akan di keluarkan bila?

  81. Ziey,
    Salam… Bagi pengambilan Disember 2009 telah pun ditutup. Bagi pengambilan Jun/Julai 2010 permohonan perlu dibuat melalui UPU dan tarikh tutup adalah mengikut yang ditetapkan oleh UPU. Bagi Pengambilan Sesi Akademik Jun/Julai 2010/2011 sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.

    Wani,
    Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan. Walaupun begitu anda boleh menyemak laman web Kementerian Pelajaran atau ePutra dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumt terkini.

  82. nk wat rayuan untuk pengambilan uitm intake dec ni cmne???

  83. Boleh saye tau corse ape yg ada tok ipta?n ape yg perlu saya lakukn lg selepas da daftar?sy masih ada 3kaly tembaharuan maklumat,tq

  84. Amirul,
    Sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 dan laman web UPU untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  85. usm ader intake dec x?

  86. siti aishah says:

    salam.. saya merupakan pelajar lepasan diploma dan bercadang untuk membuat permohonan bagi sesi disember… saya keliru kerana terbaca satu statement y mengatakan permohonan perlu dibuat terus pada universiti berkenaan dan tidak melalui upu…soalan saya , adakah tidak boleh membuat permohonan melalui upu sekarang..? dan sekiranya permohonan perlu dibuat di setiap universiti berkenaan, bagaimanakah penggunaan no pin? adakah ia berbeza bagi setiap permohonan universiti y berbeza? terima kasih..