Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2017 warganegara Malaysia yang telah menduduki UPSR 2017 untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2018. Permohonan kemasukan MRSM ini perlu dibuat secara atas talian.

Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan lima program seperti berikut;

  1. MRSM Biasa
    • Melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM Premier).
  2. MRSM Ulul Albab
    • Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
    • Sila rujuk maklumat Sistem Pendidikan SPMRSM Ulul Albab.
  3. MRSM IGCSE
    • Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) ini menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Cambridge IGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian.
    • Peperiksaan IGCSE akan diduduki semasa Tingkatan 4 manakala SPM di Tingkatan 5.
    • Yuran peperiksaan dan kos buku IGCSE akan dibiayai oleh ibubapa mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
    • Sila rujuk maklumat Sistem Pendidikan SPMRSM IGCSE.
  4. MRSM International Baccalaureate
    • Program ini mengekalkan kurikulum sedia ada di seluruh MRSM dan melaksanakan pendekatan Middle Years Programme (MYP) dari Sistem International Baccalaureate.
    • Sila rujuk maklumat Sistem Pendidikan SPMRSM IB.
  5. MRSM Teknikal
    • Program SPMRSM Teknikal ini menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal semasa di Tingkatan 1 hingga 3.
    • Seterusnya untuk SPM pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
    • Sila rujuk maklumat Sistem Pendidikan SPMRSM Teknikal.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.
  4. Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 3A 3B (Semenanjung Malaysia) atau 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam UPSR tahun 2017.
  5. Mencapai gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2017.
  6. Tahap kesihatan yang baik.
  7. Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  8. Aktif kegiatan kokurikulum.
  9. Mengisi borang permohonan secara online.
  10. Menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan.

Maktab Rendah Sains MARA

SYARAT KHAS

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Ujian Khas – Tiada

MRSM Ulul Albab

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menyediakan Program Ulul Albab sebagai pilihan pertama iaitu MRSM Gemencheh, MRSM Kepala Batas, MRSM Kota Putra, MRSM Sungai Besar atau MRSM Tun Mustapha.
  4. Ujian Khas – Hafazan dan tulisan jawi.

MRSM IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menawarkan Program IGSCE iaitu MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Batu Pahat, MRSM Baling, MRSM Alor Gajah, MRSM Langkawi, MRSM Tumpat, MRSM Serting, MRSM Kuantan, MRSM Johor Bahru, MRSM Parit, MRSM Kubang Pasu, MRSM Kuala Klawang, MRSM Kuala Kubu Bharu atau MRSM Kuching sebagai pilihan pertama.
  4. Ujian Khas – Temu bual dalam Bahasa Inggeris.

MRSM International Baccalaureate

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menyediakan Program MYP International Baccalaureate sebagai pilihan pertama iaitu MRSM Balik Pulau, MRSM Tun Dr Ismail atau MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens.
  4. Ujian Khas – Tiada

MRSM Teknikal

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan untuk mengikuti aliran teknikal.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menyediakan Program Teknikal sebagai pilihan pertama iaitu MRSM Bentong.
  4. Ujian Khas – Amali Teknikal

Pemilihan

  1. Selain syarat umum dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah bandar atau luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan Kemasukan MRSM

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan

  1. Pemohon perlu mendapatkan kata laluan sebelum mengisi borang permohonan.
  2. Kata laluan boleh diperolehi secara online melalui laman web : Kata Laluan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018
  3. Permohonan kata laluan adalah percuma.
  4. Tempoh permohonan kata laluan adalah dari 19 September sehingga 31 Oktober 2017.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2018.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pastikan hanya nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi sahaja diisi bagi memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Online Self-Assessment (OLSA)

  1. Semua pemohon kemasukan MRSM perlu menjawab OLSA setelah selesai menghantar permohonan.
  2. Hanya pemohon sendiri yang menjawab OLSA.
  3. OLSA hanya boleh dijawab sekali sahaja.
  4. Sila rujuk Panduan Online Self-Assessment (OLSA) sebelum mula menjawab OSLA.

Ujian Khas

  1. Pemohon yang memilih program MRSM Ulul Albab, MRSM Cambridge IGCSE dan MRSM Teknikal perlu memduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.
  2. Penggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
  3. Semasa datang untuk menduduki Ujian Khas pemohon mestilah membawa cetakan borang permohonan, dokumen asal dan salinan dokumen asal yang telah disahkan.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 31 Oktober 2017.
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2613 2000 sambungan 34516, 34517, 34533 atau 34578.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di kategori MRSM sebagai panduan.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Lain

  • Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP & SBPI) belum dibuka lagi.
  • Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Kelas Aliran Agama (KAA) perlu dibuat terus melalui sekolah rendah masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.