Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Januari 2018

Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Sesi Januari 2018

Para lepasan Sijil Kemahiran, SPM, SPMV, STAM, STPM dan yang setaraf dengannya dipelawa membuat permohonan kemasukan KKTM MJII IKM iaitu di antara institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2018.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)

Program Pengajian

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

  • Pelbagai bidang pengajian kejuruteraan elektronik peringkat Diploma

Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Januari 2018

Syarat Am

Syarat am kelayakan untuk memohon :‑

  • Lulus SPM dan setaraf dengannya.
  • Bumiputera.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak buta warna (bagi kursus eletrik dan elektronik)

Syarat Khusus

Syarat kelayakan khusus untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk:

Unit Pusat Institusi MARA

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Tajaan Pengajian

Calon yang terpilih mengikuti pengajian di KKTM, MJII dan IKM yuran pengajian dan peperiksaan akan dibiayai oleh MARA. Elaun sara hidup juga akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan kemasukan KKTM MJII IKM boleh dibuat secara online di laman web Permohonan Masuk Institusi Pendidikan MARA.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan KKTM MJII IKM sesi Januari 2018 ditutup pada 27 Oktober 2017.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
  • Sila rujuk laman web institusi yang berkenaan seperti dinyatakan di bawah.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan MARA yang berkenaan :
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
      Institut Kemahiran MARA

      Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612
      Faks: 03-2691 4510
      e-mel: [email protected]
      Laman web : ekemahiran.edu.my
    • MARA Japan Industrial Institute
      Lot 2333 Jalan Kajang Seremban
      43700 Beranang
      Selangor Darul Ehsan
      Tel : 03-8724 9344 / 9355
      Fax : 03-8724 9275
      e-mel: [email protected]
      Laman web : mjii.kktm.edu.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>