Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2017 warganegara Malaysia yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017 untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2018. Permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 ini perlu dibuat secara atas talian.

Bagi pengambilan kemasukan MRSM Tingkatan 4, MARA menyediakan tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) seperti berikut;

  1. MRSM Biasa
    • Melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM Premier).
  2. MRSM Sains Keusahawanan
    • Sistem Pendidikan MRSM Sains Keusahawanan ini menerapkan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.
  3. MRSM Teknikal
    • Program SPMRSM Teknikal ini menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan merangkumi ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
    • Sila rujuk maklumat Sistem Pendidikan SPMRSM Teknikal.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Tingkatan Tiga yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.
  4. Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 6A 4B (Semenanjung Malaysia) atau 5A 5B (Sabah & Sarawak) dalam PT3 tahun 2017 tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian.
  5. Mencapai gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam PT3 2017.
  6. Tahap kesihatan yang baik.
  7. Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  8. Aktif kegiatan kokurikulum.
  9. Mengisi borang permohonan secara online.
  10. Menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan.

Maktab Rendah Sains MARA

SYARAT TAMBAHAN

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum sahaja.

MRSM Sains Keusahawanan

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan untuk mengikuti aliran sains keusahawanan.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menyediakan Program Sains Keusahawanan sebagai pilihan pertama iaitu MRSM Imtiaz YT Ketengah.

MRSM Teknikal

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan untuk mengikuti aliran teknikal.
  3. Pemohon mestilah memilih MRSM yang menyediakan Program Teknikal sebagai pilihan pertama iaitu MRSM Bentong.

Pemilihan

  1. Selain syarat umum dan tambahan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah bandar atau luar bandar.
  2. Pemohon yang sedang belajar di Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak dibenarkan untuk memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan

  1. Pemohon perlu mendapatkan kata laluan sebelum mengisi borang permohonan.
  2. Kata laluan boleh diperolehi secara online melalui laman web : Kata Laluan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018
  3. Permohonan kata laluan adalah percuma.
  4. Tempoh permohonan kata laluan adalah dari 19 September sehingga 31 Oktober 2017.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2018.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pastikan hanya nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi sahaja diisi bagi memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Online Self-Assessment (OLSA)

  1. Semua pemohon kemasukan MRSM perlu menjawab OLSA setelah selesai menghantar permohonan.
  2. Hanya pemohon sendiri yang menjawab OLSA.
  3. OLSA hanya boleh dijawab sekali sahaja.
  4. Sila rujuk Panduan Online Self-Assessment (OLSA) sebelum mula menjawab OSLA.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ini akan ditutup pada 31 Oktober 2017.
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2613 2000 sambungan 34516, 34517, 34533 atau 34578.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di kategori MRSM sebagai panduan.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Lain

  • Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP & SBPI) belum dibuka lagi.
  • Permohonan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Menengah (SAM) perlu dibuat terus melalui sekolah / Jabatan Pendidikan masing-masing.

One thought on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018

  1. jika tiada sijil pt3 boleh mohon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.