Biasiswa SC Pengajian Luar Dan Dalam Negara 2010

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa mereka yang cemerlang, berwawasan, dan bersemangat waja untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan membina kerjaya yang mencabar dan memuaskan bersama mereka.

Jika anda seorang yang bijak, bercita-cita tinggi, mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin mengkuti pengajian dalam bidang ekonomi, kewangan, kewangan dan perbankan Islam, pelaburan perbankan, pentadbiran perniagaan, perakaunan dan undang-undang, rebutlah peluang untuk memohon Biasiswa SC hari ini.

Prospek kerjaya yang cemerlang menanti pemegang Biasiswa SC selepas menamatkan pengajian dengan jayanya. Sebagai agensi pengawalseliaan yang progresif dalam pasaran modal Malaysia,  mereka menawarkan pendedahan meluas dan peluang pembangunan kerjaya, serta peluang menimba pengetahuan daripada yang pakar di dalam bidang berkaitan.

Bidang Pengajian

Biasiswa ini adalah untuk bidang pengajian berikut;

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Pelaburan Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Perakaunan
  • Undang-undang

Biasiswa

Dua jenis biasiswa yang ditawarkan;

  1. Biasiswa Pra-Ijazah
  2. Biasiswa Pengajian Ijazah

Biasiswa ini merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.

Biasiswa Pra-Ijazah

Biasiswa Pra-Ijazah untuk pengajian A-Level di universiti atau institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf.

Biasiswa Pengajian Ijazah

Biasiswa Pengajian Ijazah untuk pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara.

Kelayakan Memohon

Biasiswa Pra-Ijazah
  • Minimum 9A dalam peperiksaan SPM 2009
  • Berumur bawah 19 tahun
Biasiswa Pengajian Ijazah
  • Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM atau
  • 2A dan 1B di peringkat A-Levels atau
  • 3.5 CGPA pada peringkat Diploma/Matrikulasi

Syarat Memohon

  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
  • Tidak menerima biasiswa daripada organisasi lain

Syarat Tawaran

Tawaran bersyarat akan dibuat kepada calon-calon yang berjaya, tertakluk kepada penerimaan mereka ke universiti/institusi pengajian tinggi yang terkemuka dan diiktiraf serta sedia berkhidmat dengan SC bagi jangka masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

Permohonan

Tarikh Tutup

Permohonan Anugerah Biasiswa SC 2010 hendaklah dikemukakan sebelum atau pada hari Selasa 23 Mac 2010 jam 5.00 petang.

Maklumat

  • Sila layari laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau kunjungi pejabat mereka di Khidmat Korporat SIDC, Securities Industry Development Corporation, No 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03 6204 8667 / 8669 atau faks: 03 6201 8008 atau e-mel: sidc@sidc.com.my / scholar@seccom.com.my

3 thoughts on “Biasiswa SC Pengajian Luar Dan Dalam Negara 2010

  1. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by eputra: RT @eputra Biasiswa SC Pengajian Luar Dan Dalam Negara 2010 http://bit.ly/9lHVlI

  2. assalamualaikum.boleh tak dipanjangkan masa untuk permohonan biasiswa

  3. […] kerjaya yang cemerlang menanti pemegang Biasiswa SC selepas menamatkan pengajian dengan jayanya. Sebagai agensi pengawalseliaan yang progresif dalam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.