Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa dan dermasiswa kepada rakyat Malaysia yang layak iaitu mereka yang cemerlang dalam keputusan akademik dan kualiti kepimpinan. Biasiswa ini bagi membantu mereka meneruskan pembelajaran di peringkat vokasional, sijil, diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi dalam negara dan luar negara.
Kategori Biasiswa
Biasiswa Yayasan Sime Darby terbahagi kepada 3 kategori;
Program Biasiswa Kecemerlangan
Biasiswa tahunan ini untuk mereka yang amat cemerlang dan serba boleh bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa di dalam dan luar negara.
Program Biasiswa Peningkatan Kemahiran
Biasiswa akan ditawarkan kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian dalam program sijil teknikal dan diploma di Sime Darby Plantation Academy, Sime Sime Darby Nursing and Health Sciences College atau Sime Darby Industrial Academy.. Biasiswa termasuk yuran tuisyen penuh, elaun sara hidup dan elaun buku.
Program Bursary
Biasiswa untuk mereka yang boleh dikategori sebagai kurang bernasib baik ini diberi kepada pelajar berkeperluan khas atau OKU serta individu dari keluarga berpendapatan rendah yang telah mencapai prestasi akademik yang memuaskan untuk melanjutkan pelajaran di institusi ternama tempatan di Malaysia.
Tawaran Biasiswa
Biasiswa yang ditawarkan ketika ini adalah;
Program Biasiswa Kecemerlangan
- Biasiswa Pra-Universiti (China)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Malaysia)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Indonesia)
Program Bursary
- Bantuan Pelajaran Dan Latihan Industri Untuk Pelajar – Pelajar Lepasan SPM (SEAIT)
- SEAIT adalah Program Bantuan Pelajaran bagi mengikuti kursus sambil bekerja di bawah Program Bantuan Pelajaran dan Latihan Industri untuk pelajar – pelajar lepasan SPM (SEAIT).
- Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta memperoleh pencapaian akademik yang memuaskan, untuk meneruskan pengajian di peringkat London Chamber of Commerce and Industry (LCCI Diploma Perakaunan) secara sepenuh masa untuk semester pertama dan secara separuh masa untuk semester kedua.
- Bursary Ijazah Pertama (Malaysia)
Syarat Asas Biasiswa
Biasiswa Pra-Universiti (China)
- Warganegara Malaysia
- Memperolehi sekurang-kurangnya 7As (A+ & A sahaja) dalam SPM 2012
- Penglibatan aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum, sukan dan komuniti
- Kualiti kepimpinan yang terserlah melalui jawatan yang disandang
- Berminat untuk belajar di universiti terpilih di China
Biasiswa Ijazah Pertama (Malaysia)
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Lepasan STPM atau pelajar yang telah tamat atau sedang dalam semester akhir asasi, matrikulasi atau diploma dan akan mendaftar ke dalam program sarjana muda di universiti tempatan pada tahun 2013
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3As dalam STPM atau
- Memperolehi CGPA 3.50 atau lebih dalam peperiksaan terbaru
- Kemahiran berkomunikasi yang baik
- Mampu menunjukkan kualiti dan potensi sebagai pemimpin
- Penglibatan aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Biasiswa Ijazah Pertama (Indonesia)
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Pelajar yang telah tamat atau sedang dalam semester akhir asasi, matrikulasi atau diploma dan akan mendaftar ke dalam program sarjana muda di universiti di Indonesia pada tahun 2013
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3As dalam A-Level atau
- Memperolehi CGPA 3.50 atau lebih dalam peperiksaan terbaru
- Kemahiran berkomunikasi yang baik
- Mampu menunjukkan kualiti dan potensi sebagai pemimpin
- Penglibatan aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Bantuan Pelajaran Dan Latihan Industri Untuk Pelajar – Pelajar Lepasan SPM (SEAIT)
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 25 tahun
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah kurang daripada RM2,500 sebulan
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit (termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik) di peringkat SPM atau O-Level
Bursary Ijazah Pertama (Malaysia)
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah kurang daripada RM2,500 sebulan
- Lepasan STPM atau pelajar yang telah tamat atau sedang dalam semester akhir asasi, matrikulasi atau diploma dan akan mendaftar ke dalam program sarjana muda di universiti tempatan pada tahun 2013
- Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan terkini STPM, Asasi, Matrikulasi atau Diploma
- Kemahiran berkomunikasi yang baik
- Mampu menunjukkan kualiti dan potensi sebagai pemimpin
- Penglibatan aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Bidang Pengajian
Biasiswa Pra-Universiti (China)
- Perniagaan:
Ekonomi, Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan, Perdagangan, Kewangan
Biasiswa Ijazah Pertama (Malaysia)
- Perniagaan:
Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan, Ekonomi, Sumber Manusia, Kewangan, Hartanah dan Pengurusan Aset, Harta Tanah & Pengurusan Nilai - Kejuruteraan dan Teknologi:
Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - Sains:
Pertanian, Teknologi Perladangan , Pengurusan Ladang, Sains Alam Sekitar, Agronomi
Biasiswa Ijazah Pertama (Indonesia)
- Perniagaan:
Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan, Ekonomi, Sumber Manusia - Sains:
Pertanian, Teknologi Perladangan, Pengurusan Ladang, Sains Alam Sekitar, Agronomi
Bantuan Pelajaran Dan Latihan Industri Untuk Pelajar – Pelajar Lepasan SPM (SEAIT)
-
LCCI (London Chamber of Commerce and Industry) Diploma Perakaunan
-
Latihan dalam pekerjaan di Sime Darby Global Services Centre (GSC), Kuala Lumpur
Bursary Ijazah Pertama (Malaysia)
- Semua bidang pengajian kecuali untuk Perubatan, Farmasi, Pergigian, dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perubatan.
Permohonan
Permohonan perlu dibuat di pautan berikut;
- Biasiswa Pra-Universiti (China)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Malaysia)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Indonesia)
- Bantuan Pelajaran Dan Latihan Industri Untuk Pelajar – Pelajar Lepasan SPM (SEAIT)
- Bursary Ijazah Pertama (Malaysia)
Sila baca Panduan Permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
Tarikh Tutup
Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby di atas akan ditutup pada 31 Mac 2013.
Maklumat
Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Yayasan Sime Darby
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk pautan berikut;
- Biasiswa Pra-Universiti (China)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Malaysia)
- Biasiswa Ijazah Pertama (Indonesia)
- Bantuan Pelajaran Dan Latihan Industri Untuk Pelajar – Pelajar Lepasan SPM (SEAIT)
- Bursary Ijazah Pertama (Malaysia)
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby ini sila hubungi talian telefon 03-2711 0283/ 3381/ 0585/ 0583 atau faks 03-2711 5601
What about Bachelor in Pharmacy? Can I apply for this scholarship?
salam,
saya ingin bertanya, saya telah mendapat tawaran di uni of Portsmouth di UK. tetapi saya tiada penaja. Saya ingin melanjutkan pelajaran saya di sana dalam bidang senibina. Jadi, bolehkan saya memohon biasiswa Sime Darby untuk semester 2 saya di sana. terima kasih.
May I know whether there is any chance to further my studies in overseas after matriculation programme? If there is, how can I apply?
camana nak apply scholarship untuk pelajar lepasan spm??
how to apply this scholarship for diploma program?