Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2013

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2013.

BIDANG PENGAJIAN

Program Universiti Luar Negara

  • Ijazah Sarjana Muda:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
    • Perakaunan

Yayasan TNB

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

  • Asas Kejuruteraan:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
  • Asas Bukan Kejuruteraan:-
    • Sains Komputer
    • Teknologi Maklumat
    • Perakaunan
    • Kewangan
    • Pengajian Bisnes

SYARAT AM

Program Universiti Luar Negara

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2013
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  5. Telah memohon kemasukan ke UNITEN

KELAYAKAN AKADEMIK

Program Universiti Luar Negara

Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus peperiksaan SPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
    • Kejuruteraan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik
      • Matematik Tambahan
      • Fizik
      • Kimia
      • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
    • Perakaunan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik
      • 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
        Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
      • dan 1 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
        Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.

Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM 2012 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
    • Kejuruteraan
      • Pengajian Am
      • Fizik
      • Kimia
      • Matematik T / Matematik Lanjutan T
    • Perakaunan
      • Pengajian Am
      • Perakaunan
      • 2 mata pelajaran pilihan lain
    • Serta lulus SPM 2010 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A serta mendapat aggregat tidak melebihi 5 dalam 4 mata pelajaran berikut:-
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

    Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

    Lulus SPM 2012 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

    • Kejuruteraan
      • Bahasa Melayu
      • Matematik Tambahan
      • Fizik
      • Kimia
    • Bukan Kejuruteraan
      • Bahasa Melayu
      • dan 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-

        Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

    CARA MEMOHON

    1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line di laman web Yayasan Tenaga Nasional iaitu: http://yayasan.tnb.com.my/sam
    2. Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi program Universiti Luar Negara dan di UNITEN. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
    3. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online

    TARIKH TUTUP

    • Permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini akan ditutup pada 28 Mac 2013.
    • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

    BENGKEL PEMILIHAN & TEMUDUGA

    • Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk Bengkel Pemilihan dan Temuduga.
    • Semakan keputusan ke sesi Bengkel Pemilihan boleh dibuat di laman web Yayasan Tenaga Nasional seperti berikut;
      • Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 petang 1 April 2013.
      • Program UNITEN mulai jam 2 petang 4 April 2013.
    • Semakan keputusan ke sesi Temuduga boleh dibuat di laman web Yayasan Tenaga Nasional seperti berikut;
      • Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pagi 8 April 2013.
      • Program UNITEN mulai jam 10 pagi 22 April 2013.

    MAKLUMAT

    • Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lebih terperinci.
    • Pastikan anda membaca Arahan Biasiswa, Iklan Tawaran Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional, Senarai Semak Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional dan Manual Pengisian Borang.
    • Sila rujuk juga komen-komen di Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2010 dan 2012 sebagai panduan.
    • Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini sila hubungi:-
      • UNITEN
        En. Ahmad Iqbal 03-89247529,
        En. Mohd Hakimi 03-89247524,
        En. Mohd Nasir Ali 03-89247519,
        En. Nasir Yusuf 03-89247533,
        Pn. Roba’iyah 03-89247516
      • Luar Negara
        En. Azhar 03-89247540,
        Pn. Wan Qobatiah 03-89247520,
        Pn. Zalina 03-89247514
      • Masalah Teknikal
        En. Mohd Jafri 03-89247523,
        En. Mohd Amrizal 03-89247549
      • E-mel infoytn@tnb.com.my

    2 thoughts on “Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2013

    1. norfatimah says:

      salam.saya pelajar lepasan spm 2012.saya nak tanye.saya ada memohon biasiswa ytn..tapi saya tersilap key in email.saya dah hantar permohonan secara online.macam mana saya nak betulkan email tu

    2. qusstina says:

      Salam, saya musykil la, biasiswa ni just utk student yg akan ambik perakaunan ke utk degree. Tp sye dpt kos ekonomi for degree. Adakah saya layak memohon ytn?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.