Minggu Media Sosial Malaysia 2014

Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week (MSMW) bagi tahun 2014 akan diadakan mulai 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid. Ini merupakan tahun ketiga Minggu Media Sosial Malaysia dianjurkan oleh Social Media Chamber Malaysia dengan tema Engage, Educate dan Entertain.

Minggu Media Sosial Malaysia adalah acara peringkat kebangsaan yang menghubungkan orang ramai, kandungan dan perbincangan sekitar trend baru melalui media sosial. Minggu Media Sosial ini akan memgumpulkan pelbagai peringkat individu yang akan berkomunikasi berkongsi idea dan pengalaman untuk meningkatkan pemahaman tentang peranan media sosial dalam masyarakat.

Malaysia Social Media Week 2014

Program

Sepanjang Minggu Media Sosial ini terdapat 4 acara utama yang akan dilangsungkan iaitu;

  1. Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial
  2. Anugerah Blogger dan Media Sosial
  3. Bengkel Media Sosial
  4. Twitterthon

Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial

Dalam sidang kemuncak ini, beberapa penceramah terkemuka dunia, penulis blog dan media sosial serta pemikir dari pelbagai industri akan berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan mereka dengan para hadirin. Pengamal media sosial yang telah mendapat pengiktirafan dunia berdasarkan kepakaran dan kepimpinan mereka dalam media sosial akan menjelaskan tentang kuasa era digital baru ini.

Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial ini akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari 2014 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid, Selangor.

Anugerah Blogger dan Media Sosial

Anugerah Blogger dan Media Sosial disediakan untuk individu, syarikat dan organisasi untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam arena media baru ini.

Sebanyak 13 kategori disediakan untuk anugerah blog terbaik iaitu;

  1. Best Auto Blog
  2. Best Business Blog
  3. Best Music & Entertainment Blog
  4. Best Educational Blog
  5. Best Foodie Blog
  6. Best Gossip Blog
  7. Best Photography Blog
  8. Best Gadgets Blog
  9. Best Shopping Blog
  10. Best Sports Blog
  11. Best Travel Blog
  12. Best Lifestyle Blog
  13. Best Micro Blog

ePutra.com telah dicalonkan di dalam kategori Best Educational Blog.

Di samping itu sebanyak 12 kategori disediakan untuk anugerah kecemerlangan media sosial iaitu;

  1. Social Media Excellence Award – Automotive Industry
  2. Social Media Excellence Award – Banking Industry
  3. Social Media Excellence Award – Tele-communication Industry
  4. Social Media Excellence Award – FMCG Industry
  5. Social Media Excellence Award – Lifestyle Industry
  6. Social Media Excellence Award – Media Industry
  7. Social Media Excellence Award – Logistics & Transportation Industry
  8. Social Media Excellence Award – Property Industry
  9. Social Media Excellence Award – Retail Industry
  10. Social Media Excellence Award – Education Industry
  11. Social Media Excellence Award – Public Service Industry
  12. Social Media Excellence Award – Food & Beverages Industry

Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial ini akan diadakan pada 26 Februari 2014 di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Bengkel Media Sosial

3 bengkel akan diadakan dengan tajuk Keyboarding!, Bullseye! dan Black Out! Bengkel Media Sosial ini akan dijalankan pada 27 Februari 2014 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid, Selangor.

Twitterthon

Acara ini diadakan untuk menampilkan gabungan unik Twitter dan Marathon. Twitterthon adalah pendekatan yang berbeza kepada persaudaraan media sosial yang cuba menyatukan kebijaksanaan minda. Twitterthon ini mensasarkan untuk mewujudkan perkembangan positif dalam masyarakat dengan dipacu oleh media sosial sebagai dorongan utamanya.

Maklumat

Maklumat lanjut berkenaan Minggu Media Sosial Malaysia 2014 ini boleh diperolehi di laman web Malaysia Social Media Week atau hubungi pihak penganjur di talian telefon 03 2035 5777 atau faks 03 2035 5797.

One thought on “Minggu Media Sosial Malaysia 2014

  1. SGP/HK 082317877775

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.