Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014

Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014

Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2014 telah boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai 31 Januari 2014 pukul 9.00 pagi tadi.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 4 adalah:

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS

Maktab Rendah Sains MARA

  • Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS.
  • Format SMS : MARA MRSM Nombor MyKad dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

Surat tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak selepas membuat semakan keputusan di pautan di atas.

Pendaftaran Pelajar Baru

Para pelajar baru perlu datang mendaftar ke MRSM yang ditawarkan pada 10 Februari 2014.

Rayuan MRSM

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2014 dianggap tidak berjaya.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

One thought on “Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014

  1. […] permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM pula biasanya akan diumumkan pada 31 Januari 2014 awal bulan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>