Pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal Sesi Januari 2011

Permohonan Kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2011.

Kursus Yang Ditawarkan

  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)

Kelayakan Umum

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.

Kemudahan Yang Diberi

  • Elaun bulanan sebanyak RM 350.00
  • Tambang bas dari tempat tinggal di sekitar Kuala Lumpur ke Institut Kemahiran Baitulmal sepanjang kursus.
  • Peralatan kursus disediakan.
  • Yuran pengajian dan bayaran peperiksaan adalah percuma.
  • Dua pasang pakaian seragam.
  • Kemudahan asrama (tempat terhad).

Cara Memohon

  • Borang permohonan boleh didapati secara percuma seperti berikut :-
    • Datang mengambil sendiri di IKB, atau
    • Melalui pos dengan menghantar satu sampul surat berukuran 10 inci x 7 inci bersetem 70 sen dan beralamat sendiri ke IKB, atau
    • Muat turun di laman web MAIWP
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke IKB beserta dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan persekolahan yang telah disahkan oleh ketua Jabatan/Imam/Ketua Amil/Pengawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Tarikh Tutup

  • Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2011 ditutup pada 30 Ogos 2010.

Maklumat

  • Sila rujuk iklan pengambilan pelatih IKB bagi kemasukan Januari 2011.
  • Alamat surat menyurat IKB adalah seperti berikut : Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
  • Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi IKB di talian 03 92830385 / 0386 / 0198 jika terdapat sebarang pertanyaan

Related posts:

  1. Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2010/2011
  2. Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2009/2010
  3. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  4. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010
  5. Permohonan Terbuka Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

16 Comments

  1. gabian jos says:

    how to apply in matrix?

  2. ainiey says:

    salam..boleh sy tahu bila keluar lagi borang ikb untuk pgambilan seterusnya???

  3. eh???dah tutup kew???

  4. wan chaidek says:

    bila keluar lagi borang untuk memohon IKB ni????

  5. Kawi King says:

    pengambilan pelajar ke ikb bile ???

  6. Kawi King says:

    bile pengambilan pelajar ikb ???

  7. tamrin says:

    bila pengambilan sesi ikbn INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL SESI 2011……..

  8. nana says:

    isi borang n hantar tuk pengambilan seterusnya boleh tak?

  9. ekichi_90 says:

    salam..jom joint ikb…best..lagi2 krusus seni lukis seni reka..banyak ilmu yg kita boleh dpat..
    .;)

  10. puteri cekedis says:

    ley sy tanye law xd spm ley ker msuk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives