Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa mereka yang layak untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi tahun 2013. Biasiswa ini dinamakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman, bagi mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawar kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi untuk membolehkan penerima mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Kelayakan Akademik
- Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75. Pemberian biasiswa tertakluk kepada pemohon diterima masuk IPT tempatan dalam negara.
- Pemohon juga dibuka kepada pelajar yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
- Kepujian tertinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Ko-kurikulum
- Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum, terutama di peringkat luar sekolah / universiti.
Syarat Tambahan
- Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
Kadar Biasiswa
- Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Permohonan
- Permohonan adalah dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang boleh dimuat turun di Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang berkenaan perlu dihantar ke alamat berikut :
Yayasan Tunku Abdul Rahman,
A-10-10,
Menara UOA Bangsar,
No.5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur
Tarikh Tutup
- Permohonan Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman ini ditutup pada 29 Mac 2013.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
Maklumat
- Sila rujuk laman web Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini sila hubungi talian telefon 03-2283 6063 / 6073 atau faks : 03 2283 6052 atau emel: yayasantar@gmail.com
macam mana nak thu sama ada diterima atau ditolak ? agak2 bulan brape dipanggil temuduga?